Monday, April 5, 2010

PROGRAM PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2010

Oleh kerana masih terdapat sebilangan kecil murid SM3KB yang tidak menguasai kemahiran membaca dan iannya memberi implikasi kepada murid terbabit menguasai sukatan pelajaran peringkat menengah. Murid terlibat turut tidak mampu menjawab soalan peperiksan secara bekesan. Program ini bermatlamat murid akan dapat mengusai kemahiran membaca, memahami bahan yang dibaca dan mampu memproses bahan yang dibaca. Program ini mensasarkan murid dari tingkatan 1 hngga 4 yang tidak menguasai kemahiran membaca yang akan berlangsung dari bulan April hingga Julai 2010. Keseluruhan program ini menitikberatkan pelaksanaan latihan (selepas bimbingan mengikut kesesuaian) dan ujian setiap 2 minggu. Guru pembimbing akan menyediakan kertas ujian mengikut kesesuaian murid. Guru-guru pembimbing yang terlibat adalah Puan Azlin Sulaiman, Pn Shamisha Mokhtar dan Pn Noratiqah Suhaili Leng Abdullah. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar mendapat sokongan dan kerjasma ibu bapa murid yang terlibat dalam program ini demi masa depan anak-anak mereka dan memberi kesan positif demi meningkatkan prestasi akademik mereka yang terlibat.

No comments: