Monday, December 31, 2012

Pendaftaran Pelajar Ting 1 Tahun 2013

Isnin, 31,12.12 - Pendaftaran pelajar tingkatan 1 dan Taklimat kepada ibubapa telah diadakan di Dewan Bestari Sm3KB bermula awal pagi tadi sehingga lewat tengah hari. Dalam taklimat yang disampaikan oleh Pengetua Cemerlang SM3KB, Tn Hj Manap bin Jarkasi, ditekankan betapa sukar untuk memasuki ke sekolah ini kerana ramai lagi yang menanti peluang untuk belajar di SMK KKB Bestari Perdana. Beliau turut memaklumkan kepada pelajar baru dan ibubapa yang hadir betapa perlunya tumpuan diberikan selama 3 tahun mulai 2013 kerana tiada lagi PMR pada tahun 2015. Penilaian pelajar adalah berdasarkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Melalui sistem ini pelajar akan dinilai pada setiap tahun dan puratanya diambil pada tahun 2015 dengan ukuran nilai prestasi Band 1 hingga Band 6. Untuk mencapai kecemerlangan pelajar perlu mendapat Band 5-6, jika boleh pada setiap tahun mulai 2013 ini. Ini adalah perubahan Dasar Pendidikan Negara yang perlu difahami oleh pelajar dan ibubapa agar tidak menyesal di kemudian hari.

Monday, December 17, 2012

Mesyuarat Guru BIl 1/2013

Isnin, 17.12.12 - Mesyuarat Guru kali pertama untuk tahun 2013 sedang berlangsung di Dewan Gemilang, Asrama SM3KB bermula 9 pagi. Kehadiran adalah memberangsangkan kerana yang tidak hadir guru-guru yang terlibat dalam urusan peperiksaan SPM.
Selasa, 18.12.12 - Mesyuarat JK Kurikulum....

Rabu, 19.12.12 - Mesyuarat JK HEM & Kokurikulum