Sunday, October 25, 2009

Gotong Royong

Walaupun hari Ahad, NYDP PIBG masih sudi meluangkan masa untuk menjalankan gotong royong bersama penghuni asrama awal pagi tadi. Setelah selesai menjalankan kerja-kerja, laluan air yang tersekat menjadi lebih lancar,jalan berlopak sempat ditimbus walaupun tak sempurna sebab backhoe yang dijanji tak sampai. Tetapi dengan kerja keras putera & puteri serta warden hasilnya boleh juga dibanggakan. Laporan telah dihantar kepada SINAR agar masalah bangunan terbengkalai, masalah keselamtan serta kebersihan kawasan asrama akan mendapat perhatian pihak yang berkenaan.Inilah usaha murni PIBG demi keselamatan pelajar SM3KB khususnya penghuni asrama.

Saturday, October 24, 2009

Okt 24

Majlis Khatam Quran, Jamuan Hari Raya dan Perpisahan Pelajar Asrama Tahun 2009 sedang berlangsung di Dewan Gemilang Asrama SM3KB. Cerita lanjut di www.asramasm3kb.blogspot.com

Thursday, October 22, 2009

Okt 22

Sekali lagi dimaklumkan kepada semua guru yang masih memegang NB PPSMI, diminta kerjasama untuk menyerahkan NB kepada GPB untuk tujuan pemeriksaan dan semakan inventori. Sila serahkan sebelum 30 Oktober 2009.

Wednesday, October 21, 2009

Rabu 21 Okt

Di awal pagi keadaan masih sunyi sepi. Mungkin mood peperiksaan sudah mula meresapi para pelajar yang sedang menjalani MUET mulai semalam hingga esok. Dalam pada itu peperiksaan akhir tahun akan bermula Jumaat ini 23/10/09 untuk tingkatan 4, Isnin 26/10/09 untuk tingkatan 6B dan Khamis 29/10/09 untuk tingkatan 1&2. Semuanya akan berakhir pada 6 Nov kecuali tingkatan 6B pada 10 Nov 2009. Pada sebelah petang telah diadakan mesyuarat kumpulan 'think-tank' perancangan strategik untuk tahun 2010-2014. Satu Visi dan Misi baru telah digubal dan akan diumumkan secara rasmi oleh pengetua tidak lama lagi.

Tuesday, October 20, 2009

Switch baru - akses laju

Semua sudah kembali ke sekolah. Bagi pelajar SPM dan STPM, mereka perlu membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang semakin hampir. Pelajar tingkatan 1,2,4 dan 6Bawah akan mula menghadapi peperiksaan akhir tahun mulai Jumaat ini 23/10/09. Sementara itu pelajar tingkatan 3 yang baru lepas dari tekanan PMR merasa lega dan gembira untuk mengisi masa-masa berbaki sebelum cuti panjang dengan aktiviti-aktiviti yang telah diatur khas untuk mereka. Hari juga pihak BTP telah menggantikan switch lama (dah masuk 10 tahun jenis accton) dengan yang baru jenis Allied Telesis yang dalam perancangan awal diganti pada bulan Disember 2008. Diharap dengan penggantian ini akses akan menjadi lebih lancar dan laju. Beginilah rupa cabinet yang telah disusunkemas oleh mereka bertiga.

Monday, October 19, 2009

Isnin Masih Cuti

Hari ini masih cuti...cuti yang telah diganti dulu. Tapi staf pejabat kena kerja le kot kecuali yang ambil cuti. Kira caturan yang amat tepat setelah penat berpesta air semalam, hari ini boleh rehat menghilangkan lelah sebelum kembali bertugas esok hari.

Sunday, October 18, 2009

HK - Sukses

Sambutan Hari Keluarga yang sukses. Semua yang hadir diharap sudah selamat kembali ke rumah masing-masing. Tukang catat sampai ke KKB pukul 11.00 malam - sebab singgah di Teluk Batik. Nak tahu ceritanya klik di sini. Sebelum bergerak tengah hari itu, pada sebelah pagi selepas sarapan telah diadakan aktiviti permainan untuk staf dan anak-anak. Selama 2 jam penuh dengan gelak ketawa dan suasana kegembiraan di kalangan staf yang hadir. Sebelum tiba waktu check out, masih ada yang sempat menaiki bot pisang untuk memahatkan kenangan terindah di Pulau Pangkor untuk kali terakhir. Belum tahu bila lagi kita akan sampai ke tempat ini.

Saturday, October 17, 2009

HARI KELUARGA 2009

Hari Keluarga warga SM3KB akan berlangsung hari ini di Pulau Pangkor. Bergerak dari KKB mulai 7. pagi dan dijangka sampai di sana pada jam 2.0 petang. Beberapa kereta telah konvoi dari SM3KB ke Jeti Lumut. Yang sempat berkumpul di sana bersama keluaga - Cikgu Serina, Cikgu Ct Noor, Cikgu Zalita, Cikgu Suhaily, Cikgu Faridah, Cikgu Zainab dan turut serta Pn Rosemah dan suami. Konvoi bergerak mulai jam 7.45 pagi melalui tol Tanjung Malim dan keluar di Tol Sungkai melalui Bidor ke Lumut. Di jeti lumut sedia menanti keluarga Pn Pengetua, Cikgu Roha, Cikgu Azura, , Cikgu Majlila, Cikgu Shirine, Cikgu Asmurni, Cikgu Nuratiqah,Cikgu Maniza, Cikgu Nurizan & suami , Cikgu Siti Faridah & suami dan kumpulan orang-orang bujang - Cikgu Rafizi & tunang, Cikgu Juliana & tunang & Sopian. Selepas menunggu seketika keluarga Cikgu Suhaini dan Cikgu Qamariah pun sampai. Penantian diteruskan kerana keluarga Pn Rosmina tersesat jalan tapi selamat sampai sebelum waktu menaiki feri untuk ke pulau bergerak jam 12.30 tgh. Rombongan tiba di Puteri Bayu Beach Resort kira-kira jam 1.45 petang dan check in ke chalet masing-masing. Waktu petang diisi dengan aktiviti pusing pulau menaiki van dan island hopping naik bot. Sementara itu budak-budak dan mak budak menghabiskan masa dalam kolam renang hingga lewat petang. Semuanya selesai dalam waktu yang mencukupi untuk persediaan program malam...BBQ sambil diselitkan aktivti yang cukup meriah dan penuh dengan hadiah. Selain acara selingan kira ok...(Pengetua sedang berucap bukan menyanyi), permainan dan cabutan bertuah turut diadakan. Aktiviti ini berakhir pada jam 11.00 malam dan semuanya masuk tidur dek keletihan
Mari mengenali keluarga warga SM3KB.dan bakal keluarga .Jangan tak jadi, satu dunia dah tahu!!!

Friday, October 16, 2009

Happy Deepavali

Hari ini mula cuti sampai hari Isnin. Selamat Hari Deepavali kepada semua guru dan pelajar India SM3KB yang akan menyambutnya esok hari. Yang lain pun tumpang seronok sebab cuti 4 hari. Apa nak dikata....MALAYSIA BOLEH!!!

Thursday, October 15, 2009

HARI ANUGERAH KO-KURIKULUM

Dirasmikan oleh En Kamal Rusdi mewakili PPD HS pada awal pagi tadi bermula dengan tabik hormat yang berlangsung di Astaka SM3KB. Dikuti dengan lawatan ke gerai-gerai jualan, pameran dan seterusnya acara di Dewan Bestari. Majlis penyampaian sijil dan penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam ko-kurikulum telah disempurnakan oleh wakil PIBG En Murali dan En Kamal Rusdi. Sementara majlis di dewan berjalan, gerai-gerai jualan makanan, cenderamata serta tidak ketinggalan kareoke turut diadakan. Sambutan sangat menggalakkan. Daripada banyak-banyak ruang bersantai yang disediakan untuk para pelajar yang hadir ke sekolah hari ini, rumah hantu telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan sehingga pelajar perlu berbaris panjang untuk masuk. Tayangan gambar, permainan komputer game,pameran AADK, Pejabat Kesihatan, F1 dan hasil kerja tangan seni para pelajar turut mendapat perhatian semua yang hadir. Hari Kecerlangan Ko-kurikulum telah menjadi satu agenda yang sangat berjaya dengan kutipan mencapai >RM10 000. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Tahniah kepada Nurul Sharlina Abu Hassan yang telah terpilih sebagai Tokoh Kokurikulum 2009.


Wednesday, October 14, 2009

Laporan Dari Hotel Putra,KL

Hari ini bertempat di 2 orang guru cemerlang dari SM3KB sedang menjalani bermula hari Isnin lalu dan berakhir hari ini Rabu.Mereka yang dimaksudkan ialah Guru Cemerlang Matematik Cikgu Low Lai Fun dan Guru Cemerlang Bahasa Inggeris Cikgu Sakila Bibi. Turut hadir untuk memberi sumbangan tips dan panduan membina blog kepada peserta-peserta kursus ialah GPB Syed Hassan bin Hj Syed Mohamad Pengerusi JK Guru Penyelaras Bestari Negeri Selangor (ruj: http://www.gpbnsde.blogspot.com/)

Tuesday, October 13, 2009

PMR berakhir

Hari ini Selasa 13 Oktober 2009, PMR berakhir dengan kertas KHB pada awal pagi diikuti kertas Bahasa Cina,Tamil dan Arab Komunikasi. Sebelah petang pelajar Cina dan India menduduki kertas 2 BC dan BT. Tepat jam 3.10 ptg, semua pelajar Ting 3 merasa lega dan bebas dari tekanan. Deepavali betul la pelajar India Sabtu ini.

Monday, October 12, 2009

Stress off!

No news is good news !!!SO watch this for a change..

Sunday, October 11, 2009

Saturday, October 10, 2009

LDAP 2

Bengkel penghasilan Perancangan Strategik 2010-2014 akan diteruskan pada hari ini Sabtu 10 Oktober 2009 bermula jam 8.00 pagi.

Tuesday, October 6, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PMR

Kepada semua calon PMR sekolah-sekolah dalam daerah Hulu Selangor amnya dan SM3KB khasnya, diucapkan Selamat Menduduki PMR dengan iringan doa semoga sihat & tenang ketika menjawab soalan dan beroleh kejayaan cemerlang di penghujung perjuangan.
PMR akan bermula pada 7 Oktober dan berakhir pada 13 Oktober 2009.

Saturday, October 3, 2009

LDAP - PERANCANGAN STRATEGIK

Sesi 1:
Hari : Sabtu
Tarikh : 3 Oktober 2009
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Aktiviti : Taklimat & Bengkel
Program yang dirancang berjalan lancar. Sesi ke-2 akan diadakan pada 10 Oktober 2009.


Friday, October 2, 2009

PERHATIAN !!!

Kepada semua guru yang sedang menggunakan NoteBook PPSMI adalah dengan ini diminta:
1. membawa NB ke mesyuarat Pelan Tindakan Strategik esok Sabtu 3/10/09 (dan bawa extension wire sekali)
2. memulangkan semua NB untuk urusan semakan inventori sebelum 15 Oktober 2009 (NB Fasa V untuk urusan Preventive Maintenance) dan lain-lain sebelum 25 Oktober 2009. Semua urusan PPSMI kini di bawah kelolaan Guru Penyelaras Bestari.
Kepada guru-guru yang menggunakan Makmal Bestari diucapkan jutaan terima kasih. Namun begitu kerjasama cikgu amat diharapkan agar dapat :
1. memastikan PC Guru tidak digunakan oleh pelajar.
1. merekod maklumat dalam Buku Penggunaan Makmal (warna pink),
2. memastikan pelajar merekod penggunaan PC dalam fail hijau yang disediakan,
3. memastikan semua kerusi, keyboard,mousepad & mouse diletakkan di tempat yang betul. Kerusi hijau disusun semula sebelum keluar makmal.
4. memastikan kebersihan makmal dijaga bersama-sama. Balut gula-gula, kertas, alat tulis tidak ditingglkan dalam makmal.
5. mengambil kunci makmal di pejabat 15 minit sebelum mula kelas dan makmal dikunci selepas digunakan. Kunci segera dikembalikan ke pejabat untuk kegunaan guru lain. Sila tandatangan buku rekod pergerakan kunci semasa mengambil dan memulangkan kunci.
Kerjasama amatlah dihargai.

MAJLIS RESTU ILMU

Majlis Restu Ilmu untuk calon-calon PMR sedang berlangsung di Dewan Gemilang Asrama SM3KB.

Thursday, October 1, 2009

MajlisSolat Hajat

Majlis solat sunat hajat untuk calon-calon PMR berjaya diadakan di Masjid Al-Rahimah KKB. Majlis ini juga dapghribt menyatukan3 buah sekolah - SM3KB,SMDHK & SMKAP. Selepas solat Maghrib, bacaanYassin telah dipimpin oleh Iman Hj Mohamad- iman Masjid Al-Rahimah KKB. Selepas solat Isyak diikuti dengan solat sunat hajat. Majlis diakhir dengan edaran juadah untuk semua yang terlibat. Pihak sekolah merakam penghargaan kepada semua ibubapa yang hadir ke majlis ini dan mendoakan kejayaan semua calon PMR dari ketiga-tiga sekolah semoga memperolehi keputusan cemerlang tahun2009.