Sunday, January 25, 2009

GONG XI FA CAI !!!

Selamat Tahun Baru (Lembu) kepada semua guru, pelajar dan ibubapa serta penjaga yang menyambutnya pada 26 Januari 2009. GONG XI GONG XI GONG XI NI !!!

Monday, January 19, 2009

MAJLIS PERLANTIKAN MKP


Pemilihan dan temuduga telah dijalankan oleh JK Pemilihan Majlis Kepimpinan Pelajar (dulu Pengawas) sejak penghujung tahun 2008. Hari ini telah disempurnakan perlantikan mereka dalam satu majlis yang agak meriah semasa perhimpunan pagi hari Isnin 19 Januari 2009. Hari yang bersejarah bagi sesetengah pelajar yang baru pertama kali dipilih dan dilantik menjadi MPK tahun 2009. Menambahkan seri pada pagi itu ialah kehadiran Timb. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Bakhtiar. Dalam ucapan perasmian, beliau telah mengumumkan pelaksanaan PETI CADANGAN POLIS untuk SMKKKB, perlantikan Pegawai Perhubungan Polis wanita Ketua Insp.Salmi bt Abdul Rahman dan perlantikan Sub Insp Zakaria (cawangan trafik) bagi membantu pihak sekolah mengendalikan masalah disiplin pelajar sekolah ini dari semasa ke semasa.

Tuesday, January 13, 2009

MERENTAS DESA 2009



Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2009 SM3KB telah berlangsung pada hari Jumaat 16 Januari 2009 bermula jam 8.00 pagi. Semua pelajar dimestikan menyertai aktiviti ini. Setiap ahli rumah akan menyumbangkan mata keada rumah sukan masing-masing sekiranya dapat selesaikan larian dalam tempoh masa yang ditetapkan. Latihan telah dijalankan pada 13 dan 14 Jan. bagi membiasakan pelajar dengan laluan larian khususnya pelajar tingkatan 1. Keputusan : Johan Rumah Perak. Pemenang bagi setiap kategori akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Tahniah kepada yang berjaya.

Monday, January 12, 2009

PMD Tingatan 1





Program Maju Diri (PMD) anjuran kaunselor sekolah untuk pelajar tingkatan 1 akan bermula pada hari Selasa 13/1/09 hingga Sabtu 17/1/09 (4 hari). Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah mengikut jadual yang telah dimaklumkan kepada semua ibubapa dan pelajar terlibat.
Hari Selasa & Khamis 7.30-10.00pg- 1S,1B,1C
10.30-1.50ptg-1D,1G,1M
Rabu 7.20-10.00pg -1D,1G,1M
10.30-1.50ptg -1S, 1B, 1C
Pada hari Sabtu 17/01/09 Semua tingkatan telah diberi taklimat pengurusan ICT oleh Guru Penyelaras Bestari,Pengurusan Pusat Sumber Sekolah oleh Penyelaras PSS, Pengurusan HEM oleh PK HEM dan Pengurusan Kokurikulum oleh PK KoKU dan diakhir program ini dengan majlis Ikrar Pelajar. Program telah dijalankan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat khususnya kaunselor sekolah yang telah dibantu oleh 2 orang pelatih dari UPSI.

WELCOME - PELATIH UPSI


Seramai 18 orang pelatih dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah melaporkan diri di SM3KB pagi Isnin 12/1/09. Mereka akan berada di sini selama hampir 4 bulan untuk menjalankan praktikum bagi memenuhi syarat kelayakan menjadi guru terlatih. SELAMAT DATANG ke SM3KB dan selamat menjalani latihan mengajar supaya tercapai cita-cita tersemat di hati.
1. Saidah bt Sulaiman
2. Siti Rasyidah bt Abdullah
3. Suzyidayu bt Mokhtar
4. Siti Nur Hajar bt Abd Samad
5. Nor Syuhadah bt Zawawi
6. Khalijah bt Hassan
7. Hajariyah Nor bt Haramaini
8. Latchumie Devi a/p Varatha Raju
9. Durgadevi a/p Ramasamy
10. Nor ashana bt Jamaiah
11. Idahwati bt Banin
12. Harisah bt Junus@Muhammad Nor
13. Rus bt Bahudin
14. Mohd Nazman bun Mohd Fazil
15. Ainul Amry Hafifi bin Ahmad
16. Abdul Rasidi bin Mohammed
17. Ahmad Syahir bin Nekmat
18. Mohd Fridaus bim Mohamed Ali

Monday, January 5, 2009

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU


Seramai hampir 270 orang pelajar baru tingkatan 1 telah mendaftar pagi tadi 5 Januari 2009 melangkah kaki mereka buat kali pertama ke sekolah menengah. Kehadiran mereka dialu-alukan oleh PK HEM yang telah memberi taklimat ringkas latar belakang sekolah dan pengurusan disiplin di SM3KB. Sistem salah laku disiplin dengan kiraan mata merit bermula sebaik saja mereka mendaftar sebagai pelajar SM3KB. Kepada semua mereka warga SM3KB mengucapkan SELAMAT DATANG KE SM3KB... sama-samalah kita mantapkan akademik, ko kurikulum dan dsiplin diri agar nama SM3KB terus mekar dan segar di kalangan komuniti KKB khasnya dan Selangor amnya. Untuk gambar peristiwa sila klik pada GAMBAR KENANGAN..pelajar baru

Sunday, January 4, 2009

Pendaftaran Pelajar Asrama 2009



Sesi pendaftaran masuk semula ke asrama untuk pelajar terpilih dan pelajar baru khususnya tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2009 telah selamat berlangsung di Dewan Gemilang Asrama SM3KB. Keterangan lanjut dan gambar-gambar peristiwa boleh klik kat ...pautan AsramaSM3KB.