Sunday, March 28, 2010

MINGGU 12 MAC 2010

Minggu 12 - 29 Mac - 2 April 2010
Guru Bertugas Minggu Ini :Ustz Inayah & Ustz Juariah
Penggunaan MAKMAL BESTARI sila jumpa GPB.
Jadual tetap masih belum dapat dibuat.
PERINGATAN KEPADA SEMUA GURU TINGKATAN - SILA KUMPULKAN BORANG SMSSEKOLAH dan SERAHKAN KEPADA PENYELARAS TINGKATAN SEGERA (MINGGU INI)
TAWARAN MENYERTAI KURSUS LAMAN WEB SELAMA 1 MINGGU DI UNITAR,KELANA JAYA PADA BULAN DISEMBER 2010. GURU YANG BERMINAT SILA BAGI BUTIRAN - NAMA, NOMYKD, NO TELEFON KEPADA GPB SEBELUM 02 APRIL 2010. (TARIKH DAN TEMPAT BELUM DITENTUKAN OLEH PENGANJUR)

AKTIVITI MINGGU INI IKUT TAKWIM
29/03/2010 (ISNIN)
1. Perhimpunan - Pelancaran Kempen Kebersihan Sekolah - Slogan 3S - "Saya Sayang Sekolah"
2. Tiada aktivti dicatat dalam TAKWIM SEKOLAH
30/03/2010 (SELASA)
1. Mesyuarat Penghayatan Islam & Nilai Murni
31/03/2010 (RABU)
1. Tiada aktiviti dicatat dalam TAKWIM SEKOLAH
01/02/2010 (KHAMIS)
1. Mesyuarat JK SKSLK 2
2. Mesyuarat JK Disiplin/MKP/MKPA/KPJ
02/04/2010 (JUMAAT)
1. tiada aktivti dicatat dalam TAKWIM SEKOLAH
03/04/2010 (SABTU)
Mesyuarat Kurikulum 2

Saturday, March 27, 2010

Bengkel Penandaan Kertas Geog 2







Sabtu 27 Mac - Satu sesi perkongsian pintar berkaitan penandaan mata pelajaran Geografi Kertas 2 STPM sedang berlangsung di SM3KB pagi ini. Sesi dikendalikan oleh Pn Zalita bt Osman - KB Kemanusiaan- yang juga merupakan pemeriksa geog kertas 2 STPM yang berpengalaman . Bengkel ini dihadiri oleh 3 orang guru dari SMK Sg Choh & SM Syed Masyur bagi menimba ilmu dalam usaha memantapkan P&P mereka di sekolah masing-masing.

Thursday, March 25, 2010

Mesyuarat Agung Alumni

Alumni SMKKKB telah didaftar dengan rasminya. Mesyuarat Agung kali pertama akan diadakan pada 24 April 2010. Butiran lanjut sila ke http://persatuanalumnismkkkb.blogspot.com/

Monday, March 22, 2010

MINGGU 11 BULAN MAC 2010

Minggu 11 Bulan Mac 2010
Guru Bertugas Minggu Ini (22.03.2010 - 26.03.2010) Cikgu Husniza & Cikgu Ili Syairah
Penggunaan MAKMAL BESTARI sila jumpa GPB. Jadual tetap masih belum dapat dibuat.
Aktiviti Ikut Takwim 2010 Minggu 11 Bulan Mac
PERINGATAN KEPADA SEMUA GURU TINGKATAN - SILA KUMPULKAN BORANG SMSSEKOLAH SELEWATNYA ESOK..23/03/2010
TAWARAN MENYERTAI KURSUS LAMAN WEB SELAMA 1 MINGGU DI UNITAR,KELANA JAYA PADA BULAN DISEMBER 2010. GURU YANG BERMINAT SILA BAGI BUTIRAN - NAMA, NOMYKD, NO TELEFON KEPADA GPB SEBELUM 26 MAC 2010. (TARIKH DAN TEMPAT BELUM DITENTUKAN OLEH PENGANJUR).
22/03/2010 (ISNIN)
1. Perhimpunan
2. Takliamat Guru (7.30 pagi)

WARGA SM3KB mengalu-alukan kemasukan Kaunselor baru Pn Norhayati bt Mohd Yusop ke sekolah ini. SELAMAT BERTUGAS!!!
23/03/2010 (SELASA)
1. tiada aktiviti
24/03/2010 (RABU)
1. Mesyuarat SPBT
25/03/2010 (KHAMIS)
1. Mesyuarat JK PBS 1
26/03/2010 (JUMAAT)
1. tiada aktiviti
27/03/2010 (SABTU)
Mesyuarat Guru 2 / LADAP

Saturday, March 20, 2010

SM3KBian Sabah

Sabtu 20 Mac - Pertemuan semula pencatat dengan bekas pelajar SM3KB dari Sabah mengembalikan nostalgia yang tidak dapat digambarkan. Mereka yang sempat ditemui ketika berada di Ranau, Sabah ...
Camillus@Ezwan Said SMKKKB 1980-1984(0198073503)
Ajmain (Jepun)
Azman Amat
Butiran lanjut ada di http://alumnism3kb@blogspot.com


Kami berada di Ranau ini menghadiri Majlis Perkahwinan seorang lagi SM3KBian - Faisal bin Hj Mohd Safari Pada waktu ini juga pencatat terjumpa satu dokumen harta karun yang tinggi nilai estatikanya...tengok sendiri dan cuba teka sapa yang kena!!!

Thursday, March 11, 2010

SPM 2009

Khamis - 11 Mac 2010 merupakan harI bersejarah kepada calon yang telah bertungkus lumus dalam SPM tahun lalu. Hari ni keputusan diumumkan. Keputusan adalah seperti berikut:
2008 – 98.25 % meningkat kepada 98.8& (2009).
Pelajar yang mendapat 'STRAIGHT ‘A’S” dalam semua matapelajaran yang diambil :
1. MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL RAHMAN 14 A (13A+ / 1A)
2. KEW SIEW YEE 10A (9A+ /1A-)
3. CHONG ELAINE 10A (8A+ /2A)
4. NG JECK LEE 10A (6A+/ 3A /1A-)
5. MARDHIAH BT MOHAMMAD ALI 10A (4A+ /3A / 3A-)
Seramai 12 orang pelajar lagi turut mencapai antara 10A(1B) -5A menjadikan 17 orang pelajar cemerlang.
Kepada yang berjaya SYABAS dan TAHNIAH - termasuk kepada guru-guru yang telah memberi tunjuk ajar serta menjayakan program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun lepas - kini telah membuahkan hasil yang membanggakan - langkah kanan ke SMK KKB UNGGUL 2014!!!Wajah ceria pelajar terbaik Muhammad Afiq (13A+,1A) bersama datuk,En Abas Naim (bekas staf SM3KB) dan ibu (Pn NorHawadiah bt Abas - bekas pelajar SM3KB )- menjadi calon kebanggaan sekolah.

Wednesday, March 10, 2010

Program SMSSekolah

Perkhidmatan SMSSekolah yang diberikan oleh Syarikat MyPresto akan diteruskan untuk tahun 2010. Urusan mengemaskini data murid baru saja selesai. Surat siaran untuk makluman ibu bapa tentang perkara ini akan diedarkan dalam minggu ini. Ibu bapa diminta mengisi borang yang dilampirkan bersama surat Ruk:SMKKKB/06/04/040/sk2 bertarikh 10 Mac.2010. Borang ini perlu dikembalikan pada 23 mac 2010 - tidak kira sama ada ibu bapa ingin melanggan atau tidak perkhidmatan ini. Pengesahan untuk melanggan hanya boleh dibuat dengna mengirim REG SMSSEKOLAH dan hantar ke 32020.
Perkhidmatan ini membolehkan ibu bapa mengirim SMS ke sekolah bagi tujuan menyataka apa saja perkara yang difikirkan sesuai spt - ucapan tahniah, makluman anak tidak hadir ke sekolah, minta laporan disiplin anak dsb. Makluman dari pihak sekolah seperti perubahan jadual Ko-ku, peringatan minggu peperiksaan, laporan disilin anak dsb. -semuanya disampaikan melalui SMS. Kepada ibu bapa boleh baca syarat dan terma di muka surat belakang borang yang dilampirkan.

Tuesday, March 9, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO YOU "PN MAZMIN BT MOHD " PENGETUA SM3KB...SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZKI DAN SENTIASA DIRAHMATI ALLAH S.W.T
MAKLUMAN KEPADA SEMUA GURU:
SEMUA GURU DIMINTA MENGHANTAR BORANG SESI KLINIKAL DAN BORANG MAKLUM BALAS PATS BERSAMA BUKU PESEDIAAN MENGAJAR PADA HARI JUMAAT BERSAMAAM 12 MAC 2010.

Sunday, March 7, 2010

Minggu 10 Mac 2010

Minggu 10 Bulan Mac 2010
Guru Bertugas Minggu Ini (08.03.2010 - 12.03.2010)
Cikgu How Lee Fong & Cikgu Hor Wai Yee
Penggunaan MAKMAL BESTARI sila jumpa GPB. Jadual tetap masih belum dapat dibuat.
Aktiviti Ikut Takwim 2010 Minggu 9 Bulan Mac
08/03/2010 (ISNIN)
1. Perhimpunan
2. Takliamat Pengurusan Peperiksan Untuk Guru Tingkatan (7.30 pagi)
09/03/2010 (SELASA)
1. Ujian Pencapaian 1
10/03/2010 (RABU)
1. Ujian Pencapaian 1
11/03/2010 (KHAMIS)
1. Ujian Pencapaian 1
12/03/2010 (JUMAAT)
1. Ujian Pencapaian 1
2. Kursus Kepimpinan Siri 2
13/03/2101(Sabtu) - 21/03/2010 (Ahad)- Cuti Antara Semester bermula.

Saturday, March 6, 2010

MESYUARAT AGUNG KALI KE 36



(siaran langsung tidak dapat diadakan sebab masalah teknikal - tiada line broadband). Makluamt lanjut di http://pibgsm3kb.blogspot.com

Wednesday, March 3, 2010

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR UNGGUL

Rabu - Program Pemantapan Sahsiah Pelajar Unggul melalui Penghayatan Maulid-ur-Rasul (bertemakan Memantap Ukhwah,Memperkasa Ummah) dan Penerapan Nilai-nilai Murni telah diadakan pagi ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh Pn Mazmin bt Mohd. Selepas ucapan perasmian, selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W telah disampaikan beramai-ramai. Pelbagai acara kemudiannya dijalankan termasuk ceramah agama & kuiz, explorace serta ceramah khas untuk pelajar bukan Islam. Semua acara berjalan lancar dan P&P bersambung mulai jam 10.30 pagi. Banyak lagi gambar di http://gpbbea5061.fotopages.com/ Untuk tempahan gambar sila berurusan dengan Pengerusi atau bendahari Briged Bestari.

Tuesday, March 2, 2010

Pembangunan Sahsiah Pelajar

Isnin - Pemeriksaan kekemasan pelajar telah diadakan pada pagi hari ini bagi memastikan peraturan sekolah dipatuhi. Pemeriksaan hari ini lebih kepada pelajar perempuan kerana telah ada yang cuba-cuba melanggar peraturan dengan tidak mematuhi panduan penjaggan rambut bagi pelajar bukan Islam (yang tidak bertudung). Beberapa orang pelajar telah diberi teguran dan diminta mengemaskan diri 'on the spot'. Kaedah ini diamalkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menyedari kesalahan yang dilakukan. Tindakan seterusnya akan diambil jika pelajar yang sama mengulangi kesalahanan mengikut sistem merit yang diamalkan di sekolah ini. Pemeriksaan berkala ini dijalankan oleh Unit Kekemasan diri di bawah JK Disiplin.

Monday, March 1, 2010

Persaraan Kaunselor SM3KB

Pagi ini warga SM3KB telah meraikan En Ahmad Fauzi bin Mohd Zin yang telah bersara wajib bermula 28 Februari 2010. Dengan pengalaman mengajar masuk 32 tahun, kaunselor yang digemari guru dan pelajar di sekolah ini terpaksa melepaskan jawatan dalam bidang yang diceburinya kerana tuntutan umur. Ilmu dan sumbang baktinya kepada sekolah khususnya para pelajar sangat tinggi nilainya dan tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit selain doa semoga beliau dan keluarga sentiasa dirahmati dan berkati oleh Allah S.W.T
SELAMAT BERSARA !!!Sementara itu pada sebelah petangnya bermula jam 3, satu majlis hi-tea telah diadakan di Rumah Rehat KKB. Majlis dihadiri oleh hampir semua staf SM3KB sebagai tanda penghormatan terakhir kepada rakan sejawatan (butiran berkaitan boleh dicapai di www.kestafsm3kb.blogspot.com )