Wednesday, March 10, 2010

Program SMSSekolah

Perkhidmatan SMSSekolah yang diberikan oleh Syarikat MyPresto akan diteruskan untuk tahun 2010. Urusan mengemaskini data murid baru saja selesai. Surat siaran untuk makluman ibu bapa tentang perkara ini akan diedarkan dalam minggu ini. Ibu bapa diminta mengisi borang yang dilampirkan bersama surat Ruk:SMKKKB/06/04/040/sk2 bertarikh 10 Mac.2010. Borang ini perlu dikembalikan pada 23 mac 2010 - tidak kira sama ada ibu bapa ingin melanggan atau tidak perkhidmatan ini. Pengesahan untuk melanggan hanya boleh dibuat dengna mengirim REG SMSSEKOLAH dan hantar ke 32020.
Perkhidmatan ini membolehkan ibu bapa mengirim SMS ke sekolah bagi tujuan menyataka apa saja perkara yang difikirkan sesuai spt - ucapan tahniah, makluman anak tidak hadir ke sekolah, minta laporan disiplin anak dsb. Makluman dari pihak sekolah seperti perubahan jadual Ko-ku, peringatan minggu peperiksaan, laporan disilin anak dsb. -semuanya disampaikan melalui SMS. Kepada ibu bapa boleh baca syarat dan terma di muka surat belakang borang yang dilampirkan.

No comments: