Tuesday, March 2, 2010

Pembangunan Sahsiah Pelajar

Isnin - Pemeriksaan kekemasan pelajar telah diadakan pada pagi hari ini bagi memastikan peraturan sekolah dipatuhi. Pemeriksaan hari ini lebih kepada pelajar perempuan kerana telah ada yang cuba-cuba melanggar peraturan dengan tidak mematuhi panduan penjaggan rambut bagi pelajar bukan Islam (yang tidak bertudung). Beberapa orang pelajar telah diberi teguran dan diminta mengemaskan diri 'on the spot'. Kaedah ini diamalkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menyedari kesalahan yang dilakukan. Tindakan seterusnya akan diambil jika pelajar yang sama mengulangi kesalahanan mengikut sistem merit yang diamalkan di sekolah ini. Pemeriksaan berkala ini dijalankan oleh Unit Kekemasan diri di bawah JK Disiplin.

No comments: