Monday, March 1, 2010

Persaraan Kaunselor SM3KB

Pagi ini warga SM3KB telah meraikan En Ahmad Fauzi bin Mohd Zin yang telah bersara wajib bermula 28 Februari 2010. Dengan pengalaman mengajar masuk 32 tahun, kaunselor yang digemari guru dan pelajar di sekolah ini terpaksa melepaskan jawatan dalam bidang yang diceburinya kerana tuntutan umur. Ilmu dan sumbang baktinya kepada sekolah khususnya para pelajar sangat tinggi nilainya dan tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit selain doa semoga beliau dan keluarga sentiasa dirahmati dan berkati oleh Allah S.W.T
SELAMAT BERSARA !!!Sementara itu pada sebelah petangnya bermula jam 3, satu majlis hi-tea telah diadakan di Rumah Rehat KKB. Majlis dihadiri oleh hampir semua staf SM3KB sebagai tanda penghormatan terakhir kepada rakan sejawatan (butiran berkaitan boleh dicapai di www.kestafsm3kb.blogspot.com )

No comments: