Thursday, December 30, 2010

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 2011

Hari pendaftaran pelajar tingkatan 1 tetap akan diadakan pada hari Jumaat 31 Disember 2010 di Dewan Bestari SM3KB walaupun telah diistihar hari cuti. Majlis akan bermula jam 8.30 pagi . SM3KB mengalu-alukan kemasukan pelajar baru ke sekolah ini untuk sesi persekolahan 2011. SELAMAT DATANG KE SM3KB !!!

Monday, December 27, 2010

MESYUARAT GURU 1/2011

Mesyuarat Guru kali pertama untuk tahun 2011 sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat SM3KB. Mesyuarat ini bertujuan menyelaraskan semua perkara berkaitan pengurusan sekolah, PnP dan yang berkaitan untuk tahun 2011.
PERINGATAN KEPADA SEMUA GURU
28.12.10 - Mesyuarat Kurikulum - semua guru terlibat bermula 8.00 pagi
29.12.10 - Mesyuarat HEM - semua guru terlibat bermula 8.00 pagi
30.12.10 - Mesyuarat Kokurikulum - semua guru terlibat bermula 8.00 pagi
31.12.10 - Pendaftaran pelajar tingkatan 1 - guru-guru terlibat - Penyelaras T1 & Guru Tingkatan 1
2.1.11 - Pendaftaran pelajar asrama - yang berkenaan terlibat.
3.1.11 - Sesi persekolahan bemula - perhimpunan 7.20 pagi.

Sunday, December 26, 2010

Reunion 1992 di SM3KB




Majlis Reunion batch 1992 telah diadakan di Dewan Bestari SM3KB... cerita dan gambat di http://alumnism3kb.blogspot.com/

Friday, December 24, 2010

KEPUTUSAN PMR 2010

Pencapaian keseluruhan : Kelulusan 87% ( GPS 2.09)
Pelajar Straight A
1.


Nur Aqilah Fazehan bt Kamshan 9A







2.
Nurul Hidayah bt Mohd Zamri 9A






3.

Zaherah bt Zulkifli 9A





4. Ameera Shuhada bt Shahril 8A








5.

Azrul Shafiq bin Alfian 8A






6.

Madihah bt Muhammad Fadhil 8A





7.

Nurathirah Syaza bt Abd Rasid 8A







8.


Jeremy Goh Chuan Wen 8A






9.


Khong Dewitt 8A






10.


Lee Jun Xian 8A






11.


Yong Yi Wang 8A





12.


Maizatul Amira bt Janil 8A






13.



Ng Pei Li 8A





14.


Nurul Kamilah bt Bahtiar 8A






15.



Ahmad Norfirdaus bin Rozali 8A -





16.




Ahmad Syazwan bin Ab Rahman 8A




TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TELAH BERJAYA !!!

Monday, December 6, 2010

SELAMAT TINGGAL 1431H.....

SELAMAT TINGGAL 1431 HIJRAH,,,MARHABAN 1432 HIJRAH. Sambutannya esok 7 Dis...tapi amalannya petang hari ini..akhir waktu Asar baca doa ini...



di awal waktu Maghrib baca pula doa ini...

Sunday, November 28, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU


Pasangan Mohd Rafizi & Ili Syairah yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada hari ini 28 November 2010 di Lot 42, Seri Geriang, Hulu Bernam. Ili Syariah adalah merupakan puteri kepada Dr Ikhsan bin Othman, bekas guru di SM3KB dan kini pensyarah di UPSI dan Dr Norila binti Md Salleh. Kedua pengantin adalah guru di SM3KB. Warga SM3KB mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kedua mempelai dengan iringan doa "Semoga hidup bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat".

Thursday, November 18, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431H...... BERKORBAN & PENGORBANAN TAPI JANGAN TERKORBAN.
SELAMAT MENDUDUKI SPM & STPM MULAI 23 NOVEMBER 2010. SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG.

Tuesday, November 16, 2010

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2011

03.01.2011 - 31.01.2011 (21 hari)
01.02.2011 - 28.02.2011 (20 hari)
01.03.2011 - 11.03.2011 (9 hari) JUMLAH 50 hari = 10 minggu
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 - 12.03.2011 - 20.03.2011 (9 HARI)
21.03.2011 - 31.03.2011 (9 hari)
01.04.2011 - 30.04.2011 (21 hari)
01.05.2011 - 27.05.2011 (20 hari) JUMLAH 50 hari = 10 minggu
CUTI PERTENGAHAN TAHUN - 28.05.2011 - 12.0.2011 (16 hari)
13.06.2011 - 30.06.2011 (14 hari)
01.07.2011 - 31.07.2011 (21 hari)
01.08.2011 - 26.08.2011 (20 hari) JUMLAH 55 hari = 11 minggu
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 - 27.08.2011 - 04.09.2011 (9 hari)
05.09.2011 - 30.09.2011 (20 hari)
01.10.2011 - 31.10.2011 (21 hari)
01.11.2011 - 18.11.2011 (14 hari) JUMLAH 55 hari = 11 minggu
CUTI AKHIR TAHUN - 19.11.2011 - 01.01.2012
MAKLUMAN :
1. Mesyuarat Guru Kali pertama - 27.12.2010 (Isnin)
2. Mesyuarat Pengurusan Akademik - 28.12.2010 (Selasa)
3. Mesyuarat HEM - 29.12.2010 (Rabu)
4. Mesyuarat Kokurikulum - 30.12.2010 (Khamis)
5. Mesyuarat Agung PIBG - 22.01.2011 (Sabtu)
6. SKT 2011 - siap Januari 2011
7. Buku Rekod Mengajar Guru - disemak & ditandatangani
8. Buku Kedatangan Murid - ditutup 19.11.10 oleh guru tingkatan
9. Buku resit yuran diselesaikan
10. Laporan Prestasi Pelajar - Akhir Tahun & Percubaan - tindakan guru tingkatan - hantar kepada ibubapa.
11. Kemaskini perkara-perkara berikut :
i. Fail Panitia
ii. Stok & Inventori
iii. Laporan 10% Kokurikulum
11. Sediakan dokumentasi perkara berikut :
i.Laporan Kelas Tambahan
ii. Laporan Nilam
12. Laporan SSDM - hantar ke PPD
13. NB/LCD - dikembalikan kepada penyelaras stok
14. Lain-lain - buku kawalan kelas, kunci makmal/bengkel, kad biru LDAP, Buku Rekod Perkhidmatan, Laporan harta, laporan bimbingan & kaunselling - makluman & tindakan semua guru yang berkaitan.

Sunday, November 14, 2010

MINGGU 41 - AKHIR

Minggu ke 41 - 15 Nov hingga 19 Nov 2010
Guru bertugas minggu ini - Cikgu Ust.Zurinawaite
14 Nov, Ahad -
1. Program Tautan Mesra 1 Asrama
2. Kumpulan F1 bertolak ke KL untk pertandingan selama 2 hari.
15 Nov,Isnin -
16 Nov, Selasa - Mesyuarat Guru Akhir Tahun 2010
17 Nov, Rabu - Cuti Hari Raya Aidil Adha
18 Nov, Khamis - Cuti ganti Raya Korban
19 Nov, Jumaat -

Sunday, November 7, 2010

MINGGU 40 - NOVEMBER

Minggu ke 40 - 8 Nov hingga 12 Nov 2010
Guru bertugas minggu ini - Cikgu Zarina ZA & Cikgu Zuraidah
Isnin - 8 Nov
1. Perhimpunan
2. Lawatan pelajar Asrama ke Pulau Pinang
Selasa - 9 Nov
1. Majlis Graduasi SPM & STPM
2. Lawatan pelajar Asrama ke Pulau Pinang
Rabu - 10 Nov
1. Perkhemahan pengakap
Khamis - 11 Nov
1. Perkhemahan pengakap
2. Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat di Masjid Ar-Rahimah KKB
Jumaat - 12 Nov
1. Majlis Restu Ilmu T5 & T6 di Dewan Gemilang Asrama

Thursday, November 4, 2010

Program Mesra Sekolah 1 Malaysia

RABU 3 Nov 2010 - Atas arahan satu majlis telah diadakan awal pagi tadi bermula jam 8.00 pagi yang diisi dengan ucapan-ucapan dan berakhir dengan jamuan. Sumbangan turut disampaikan oleh YB Wong Koon Mun (ADUN dari Parti Pembangkang Negeri Selangor) dengan janji sejumlah RM 10K untuk sekolah.


Sunday, October 31, 2010

Minggu 39 November

Minggu ke 39 - 1 Nov hingga 5 Nov 2010
Guru bertugas minggu ini - Cikgu Zariah & Cikgu Zarina Razali
Isnin - 1 Nov
1. Perhimpunan - Restu Ilmu 1Sekolah











2. Pep Akhir Tahun 1,2,4 & PPUB
Selasa - 2 Nov
1. Pep Akhir Tahun
Rabu - 3 Nov
1. Program Mesra Sekolah 1 Malaysia - bersama ADUN KKB YB Wong Kun Mun.
Khamis - 4 Nov - CUTI GANTI
Jumaat - 5 Nov - CUTI DEEPAVALI

Monday, October 25, 2010

MINGGU 38 - OKTOBER

Minggu 38 - 25 Oktober - 29 Oktober 2010.
Guru bertugas minggu ini Cikgu Tan Meow Yen & Cikgu Wong Hong Ying
Isnin 25/10 -
1. Perhimpunan
1.Pep Akhir Tahun Ting 1,2,4 & PPUB
Selasa 26/10/10
1. Pep Akhir Tahun Ting 1,2,4 & PPUB
2. Lawatan pegwai Yayasan Selangor










3. Taklimat Majis solat Hajar, Majlis Restu Ilmu & Majlis Graduasi T5&6
2. Lawatan Mesra pegawai Yayasan Selangor.
Rabu 27/10/10
1. Pep Akhir Tahun Ting 1,2, 4 & PPUB
Khamis 28/10/10
1. Peperiksaan akhir tahun ting 1,2,4 & PPUB
Jumaat 29/10/10
1. Peperiksaan akhir tahun ting 1,2,4 & PPUB
Sabtu 30/10/10
Kursus Kepimpinan Pengerusi/Setiausaha Persatuan/Kelab/Unit Uniform anjuran Unit Kokurikulum.

Monday, October 18, 2010

MINGGU 37 OKTOBER

Minggu 37 - 18 Oktober - 22 Oktober 2010.
Guru bertugas minggu ini Cikgu SharulHisham & Cikgu Tan Hun Ni
Isnin 18/10 -
1.Pep Akhir Tahun Tingkatan 4
Selasa 19/10/10
1. Pep Akhir Tahun Tingkatan 4
Rabu 20/10/10
1. Pep Akhir Tahun Ting 4
Khamis 21/10/10
1. Peperiksaan akhir tahun ting 4
2. Taklimat Konsep 5S - Sisih, susun, sapu, seragam,sentiasa amal.
3. Taklimat PK Kokurikulum - pengisian buku koku
4. Mesyuarat JK 3K
Jumaat 22/10/
1. Peperiksaan akhir tahun ting 4

Wednesday, October 13, 2010

MINGGU 36 OKTOBER

Minggu 36 - 11 Oktober - 15 Oktober 2010.
Guru bertugas minggu ini Cikgu Sujatha & Cikgu Sulaiman
Isnin 11/10 - PMR masih berjalan.
Selasa 51210 -
i.PMR hari akhir
ii. Lawatan murid SKKKB2
Rabu 13/10
Khamis 14/10
1. peperiksaan akhir tahun ting 4
Jumaat 15/10
1. Peperiksaan akhir tahun ting 4
2. Jamuan akhir tahun MKP

Sunday, October 3, 2010

MINGGU 35 SEPTEMBER

Minggu 35 - 4 Oktober - 8 Oktober 2010.
Guru bertugas minggu ini Cikgu Suhaily & Cikgu Suhaini
Isnin 4/10 - Perhimpunan - meraikan perpindahan Kaunselor Rosli Sulaiman (berpindah ke PPD0
Selasa 5/10 - PMR bermula.
Rabu 6/10 - PMR
Khamis 7/10 - PMR
Jumaat 8/10 - Rombongan Asrama bertolak ke Terengganu

Wednesday, September 29, 2010

PERTANDINGAN AKHIR ROBOTIK KEBANGSAAN

Rabu,29 Sept - Pertandingan akhir Robotik peringkat kebangsaan telah berlangsung di Stadium Tasik Titiwangsa,KL. SM3KB mewakili Negeri Selangor dalam kategori terbuka.
Khamis - Majlis penutup pertandgngan telah berlangsung di lokasi yang sama.
Nampaknya tak ada rezeki tahun ini... kita berjaya setakat mewakili Negeri Selangor saja. Apa pun ucpaan syabas & tahniah perlu diberikan kepada guru-guru pembimbing serta para pelajaar yang terlibat secara langsung bagi menjayakan program ini. Kemangan di peringkat negeri adalah juga sesuatu yang boleh dibanggakan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelbagai pihak yang telah memberi sumbangan moral dan wang ringgit bagi membiayai pasukan robotik sekolah ke pertandingan ini. Semoga beroleh kejayaan di tahun-tahun hadapan dengan pengalaman yang diperolehi melalui penyertaan pada tahun ini.

Monday, September 27, 2010

MINGGU 34

27 Sept hingga 1 Oktober 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Siti Zuliana & Cikgu Sofiah
27/09/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan - penyerahan surat pemantauan kepada calon berpotensi score dalam PMR 2010
2. Peperiksaan Percubaan SPM
3. Peperiksan Percubaan STPM - MUET
28/09/10 (SELASA)
1. Peperiksan Percubaab SPM
2. Peperiksan Percubaan STPM - MUET
2. Mesyuarat JK Pengurusan Asrama 5/2010
1. Pasukan Elit Robotik mewakili Negeri Selangor ke Peringkat Kebangsaan di KL
29/09/10 (RABU)
1. Peperiksan Percubaan STPM - MUET
2. percubaan SPM
30/09/10 (KHAMIS)
1. Peperiksan Percubaan STPM - MUET
2. Percubaan SPM
1/10/10 (JUMAAT)
1. Peperiksan Percubaan STPM - MUET
2. Percubaan SPM
3. Majlis Restu Ilmu PMR - di Dewan Gemilang Asrama SM3KB
2/10/10 (SABTU)
1. Majlis Solat Hajat, Khatam Al-Quran dan Jamuan Hari Raya Asrama

Saturday, September 25, 2010

SAMBUTAN JUBLI EMAS

Sabtu - Sambutan JUBLI EMAS sedang berlangsung bermula pagi ini dengan acara jogathon.

Monday, September 20, 2010

MINGGU 33

20 Sept hingga 25 September 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Siti Roha & Cikgu Siti Safiah
20/09/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan
21/09/10 (SELASA)
1. Hari Anugerah Kecemerlangan KoKurikulum
2. Jamuan Hari Raya Perdana
22/09/10 (RABU)
23/09/10 (KHAMIS)
24/09/10 (JUMAAT)
25/09/10 (SABTU) -SAMBUTAN JUBLI EMAS
pagi - Mini Jogathon, gerai-gerai jualan & pameran, permainan padang
malam - Makan Malam di Dewan Serbaguna KKB.

Tuesday, September 7, 2010



CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA -
Cuti sekolah bermula 4 September 2010 selama 2 minggu sehingga 19 September 2010. Sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin 20 September 2010. Kepada semua warga SM3KB diucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Kembali.

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT BALIK KAMPUNG ...

5 hari lagi nak raya...ramai dah mula balik kampung... Kepada yang akan memandu, tengok la clip ni...

Unsafe Driving.... Watch more top selected videos about: My Immortal, Evanescence

Monday, August 30, 2010

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI










Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010 bertemakan 1 Malaysia Menjana Transformasi telah dilangsungkan hari ini Isnin 30 Ogos 2010 di Astaka SM3KB. Sambutan ini bertujuan menyemai rasa kecintaan kepada tanah air, menghargai perjuangan pemimpin-pemimpin kemerdekaan,mengukuhkan kerjasama dan semangat muhibbah di kalangan murid pelbagai kaum. Acara dimulakan dengan tabik hormat Unit Beruniform dipimpim Puteri Islam, ucapan dan persembahan ringan - sajak oleh guru-guru terpilih. Majlis berakhir dengan nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang & 31 Ogos.

Minggu 32


30 Ogos hingga 3 September 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Siti Khatijah & Cikgu Siti Noor
30/08/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan - Perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan 53
31/08/10 (SELASA) - CUTI HARI MERDEKA KE 53
1/09/10 (RABU)
2/09/10 (KHAMIS)
1. Taklimat Hari Kokurikulum - langsung pada 21 /09/ 10
2. Taklimat Jamuan Hari Raya Perdana langsung pada 21/09/10
3. Mesyuarat JK Jubli Emas
3/09/10 (JUMAAT) -
1. Majlis Khatam Quran (untuk murid Islam T1 & 2)
2. Pertandingan Membina Tanglong (untuk murid Cina T1&2)
3. Pertandingan Kolaj (untuk murid India T1 & 2)

Thursday, August 26, 2010

Mesyuarat Jubli Emas

Mesyuarat gabungan PIBG-ALUMI sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat SM3KB bagi memutuskan beberapa perkara berhubung Sambutan Jubli Emas - lebih tepat Makan Malam pada 25 September 2010. 2 lagi aktiviti terpaksa ditunda sebab masalah teknikal. Meja untuk tempahan sudah mula dijual dengan harga RM500, RM1000 dan RM2000. Sila rujuk weblog http://www.alumnism3kb.blogspot.com/

Wednesday, August 25, 2010

SELAMAT KEMBALI !!!

Selamat kembali bertugas di SM3KB kepada Tn Hj Manap bin Jarkasi yang telah pindahkan semula ke sekolah ini dari SMDHK. Selepas meninggalkan SM3KB selama hampir 17 bulan, beliau telah diminta untuk pindah semula ke sini untuk memberi peluang kenaikan pangkat kepada guru yang layak untuk menjadi pengetua di SMDHK.
Termenung unggas didahan mati,
kerana tugas arahan dituruti.

Monday, August 23, 2010

Minggu 31

23 Ogos hingga 27 Ogos 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Shirine
23/08/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan - Majlis perpisahan Pengetua Pn Mazmin bt Mohd
2. Majlis Iftar di Asrama SM3KB
24/08/10 (SELASA)
25/08/10 (RABU)
Perhimpunan khas - sambutan kembalinya pengetua ke sekolah ini.
26/08/10 (KHAMIS)
27/08/10 (JUMAAT)
CUTI NUZUL QURAN

Monday, August 16, 2010

MINGGU 30

16 Ogos hingga 21 Ogos 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Shafizan
16/08/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan -
2. PMR Percubaan
17/08/10 (SELASA)
PMR Percubaan
18/08/10 (RABU)
PMR Percubaan
19/08/10 (KHAMIS)
PMR Percubaan
20/08/10 (JUMAAT)
PMR Percubaan
21/08/10 (SABTU) - Hari Persekolahan ganti cuti Deepavali

Monday, August 9, 2010

Robotik Cemerlang

Pasukan Elit Robotik telah berjaya menggondol kesemua kategori yang dipertandingkan di Pertandingan Robotik Negeri Selangor Kategori Terbuka iaitu Persembahan Terbaik, Mentor Terbaik dan Keseluruhan Terbaik pada 5 Ogos 2010 di Pusat Sains Negara. Ini bermakna Pasukan Robotik SMK Kuala Kubu Bharu akan mewakili Negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan yang akan diberitahu lokasi dan tarikhnya. Tahniah & syabas kepada semua yang terlibat.

Sunday, August 8, 2010

Minggu 29

9 Ogos hingga 13 Ogos 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Salina & Cikgu Saniah
09/08/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan - Pelancaran Bulan Kemerdekaan & PSS
2. Ujian pencapaian PPU Bawah
10/08/10 (SELASA)
11/08/10 (RABU)
12/08/10 (KHAMIS)
13/08/10 (JUMAAT)

Perkhemahan RIMUP - sukses

Perkhemahan RIMUP yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum yang mewakili Unit Uniform masing-masing berakhir petang tadi dengan jayanya. Bermula pagi Jumaat rombongan bertolak dari SM3KB menaiki bas Yayasan Selangor dan 2 buah trak PDRM. Sesampai di Pusat Lstihan Belia, Bukit Lagong, Gombak - aktivti-aktiviti yang dirancang telah bermula. Semua aktiviti-aktivti dikendalikan oleh Jurulatih dari pusat berkenaan. Pada hari pertama rombongan telah mengadakan sesi ICE BREAKING sementara sebelah malamnya, mereka telah meredah hutan disekitar kawasan Bukit Lagong. Esoknya Sabtu aktiviti yang lebih mencabar seperti memanjat bukit tiruan, absailing dan sebelah malamnya persembahan pelajar. Dan hari ini setelah hampir 4 jam menjalan aktiviti larian berhalang dan beremdah dalam kolam, majlis penutup telah disempurnakan oleh PK En Abdul Azia bin Mohamad Yussof dengan penyampaian banyak hadiah-hadiah untuk peserta. Pengrusan dan pelaksanaan perkhemahan ini adalah dibawah Kem Komandan En Elongavan dan dibantu oleh 10 orang guru yang turut berada di tapak perkhemahan selama 3 hari 2 malam. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam perkhemahan RIMUP 2010.

Monday, August 2, 2010

MINGGU 28

2 Ogos hingga 7 Ogos 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Saaey & Cikgu Sakila Bibi
02/08/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan / Taklimat guru
2. Ujian pencapaian
03/08/10 (SELASA)
1. Ujian pencapaian
2. Bolasepak Pra-Olympik B14 - Keputusan: SM3KB Naib Johan.
04/08/10 (RABU)
1. Ujian pencapaian
05/08/10 (KHAMIS)
1. Ujian pencapaian
06/08/10 (JUMAAT)
1. Ujian pencapaian
07/08/10 (SABTU)- Hari persekolah ganti cuti Raya
1. Kem Rabbani - Desa Selesa, Kalumpang
2. Perkhemahan RIMUP - Bukit Lagong
3. Motivasi
4. Mesyuarat guru PPU
5. Kabbadi di SMDHK

Sunday, July 25, 2010

Minggu 27

26 Julai hingga 30 Julai 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Ruslinda & Cikgu Ruzita
26/07/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan - perbarisan Puteri Islam
2. Gerak Gempur PMR
27/07/10 (SELASA)
1. gerka gempur PMR
28/07/10 (RABU)
1. Gerak gempur PMR
1. Aktiviti Kokurikulum -Hari Bebas Denggi
29/07/10 (KHAMIS)
1. Gerak gempur PMR

30/07/10 (JUMAAT)
1. Gerak gempur PMR

Friday, July 23, 2010

JAMUAN MERAIKAN PELBAGAI

Jamuan bulanan KEstaf pagi ini untuk meraikan guru-guru yang dapat APC, cemerlang,lulus PTK, staf baru masuk, guru kembali semula, guru2 tak sihat nampak dah nak normal, sambut hari lahir dsb. Makan mudah tapi kenyang juga.

Tuesday, July 20, 2010

Tahniah! Tahniah! Tahniah

Ucapan tahniah kepada 2 orang guru yang telah menerima surat pengesahan sebagai Guru Cemerlang DG48. Guru terlibat Cikgu Mohd Diah Arjan dan Cikgu Hjh Siti Faridah Ayub. Mereka kekal mengajar di SM3KB. Makanya akan berlaku lagi rombakan dalam pengurusan sekolah atas kekosongan jawatan PK Kokurikulum.

Monday, July 19, 2010

MINGGU 26

19 Julai hingga 23 Julai 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Rozaidy & Cikgu Rozlinna
19/07/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan - Perasmian Kempen Sopan Santun - Senyum & Salam
20/07/10 (SELASA)
1. Taklimat guru
21/07/10 (RABU)
1. Aktiviti Kokurikulum - Unit Uniform
2. Karnival Sukan PPU
2. Latihan SAP
3. Klinik Ragbi
22/07/10 (KHAMIS)
1. Klinik Bolasepak
23/07/10 (JUMAAT)
1. Klinik Bolasepak
24/07/10 (SABTU)
Mesyuarat Guru Terpilih.
Minggu Depan Isnin - Perhimpunan - Pakaian lengkap Unit Uniform - Puteri Islam
27-28 - Explorace Pertanian di Dewan Merdeka
28 - Karnival Ko Kurikulum Hari Bebas Denggi
5-7 Ogos - Perkhemahan RIMUP

Wednesday, July 14, 2010

PENTAULIAHAN PEMIMPIN KADET POLIS

Majlis Pentaulihan Pemimpin Kor Kadet Polis Hulu Selangor telah berlangsung pagi tadi di Akademi Bomba dan Penyelamatan, Kuala Kubu Bharu. Ucapan perasmian disempurnakan oleh YDH Supt Norel Azmi bin Yahya Affandi, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor. Yang menjadi kebanggaan SM3KB ialah pentauliahan yang diterima oleh Cikgu Abd Rasid - ASP/K, Cikgu Shafizan Othman Insp/K & Cikgu NoorFatmawaty bt Harun Insp/K.

Tuesday, July 13, 2010

MINGGU 25

Minggu 25
12 Julai hingga 16 Julai 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Rosli & Cikgu Rosli
12/07/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan
13/07/10 (SELASA)
14/07/10 (RABU)
1.Hari Kokurikulum - Permainan & Sukan
15/07/10 (KHAMIS)
16/07/10 (JUMAAT)

Saturday, July 10, 2010

Tuesday, July 6, 2010

Julai 6

Selaa - Lewat jam 4 petang serombongan pemantau dari Kementerian Pelajaran (bahagian pembangunan) bersama unit pembangunan JPNSDE dan PPD Hulu Selangor diirngi syarikat konsultan dan kontraktor pembinaan makmal komputer yang baru telah datang untuk membuat pemantauan status bangunan tersebut. Rombongan diketuai En Omar Taib (KPM) telah melawat tapak pembinaan dan kemudaiannya mengadakan sesi perbincangan bagi mengatasi masalah kelewatan menyiapkan kedua-dua makmal komputer tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. Syarikat Tok Uban Maju Teguh Sdn Bhd yang berupakan kontraktor yang telah diberi kerja telah berjanji akan menyiapkan pembinaan makmal sebelum tahun 2010 berakhir. Di samping itu untuk menjamin keselamatan persekitaran kawasan sekolah, syarikat akan membetulkan kerosakan yang berlaku serta mematuhi peraturan kerja ketika berada dalam kawasan sekolah. Perbincangan lanjutan akan diteruskan antara syarikat dengan pengetua sekolah dari semasa ke semasa.

Monday, July 5, 2010

Minggu 24

Minggu 24 - 5 Julai hingga 9 Julai 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Rosiah & Cikgu Roslah
05/07/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan - Majlis meraikan persaraan PPD HS
2. Minggu Suaikenal PPU Bawah.
06/07/10 (SELASA)
1. Minggu Suaikenal PPU Bawah
2. Pemantauan pembinaan makmal komputer baru oleh KPM,JPN,PPD dan konsultan & kontraktor
07/07/10 (RABU)
1. Minggu suaikenal PPU Bawah
2. Hari Kokurikulum - Karnival Sukan
08/07/10 (KHAMIS)
1. Minggu Suaikenal PPU Bawah
09/07/07 (JUMAAT)
1. Hari Penyerahan Kad Penyata T3,5 & PPU A

Sunday, July 4, 2010

Ahad 4 Julai

Langsung dari Ayr keroh Resort. Hari akhir - dipenuhi oleh slot-slot permainan dalam kumpulan bagi meransang pemikiran peserta. Bermula dengan kuliah subuh disampaikan oleh GPB Syed Hassan. Oleh kerana kesuntukan masa, kulia hanya dapat disampaikan selama 20 minit. Selepas sarapan, sesi motivasi minda sehingga ke ahkir program dengan majlis penutup sebelum rombongan bergerak untuk kembali ke KKB.

Saturday, July 3, 2010

Sabtu 3 Julai

DAri Air Keroh Country Resort - Program sedang berlangsung dari awal pagi tadi hingga ke lewat malam. Awal pagi tadi Kuliah subuh dikendalikan oleh Cikgu Mohd diah diikuti dengan senamrobik. Selepas sarapan pagi peserta telah mengikut slot mempelajari Kemahiran Belajar. Slot kedua dijalankan dengan satu lagi cermaah PAc- Parent Adult Child sebelum peserta menjalnak aktiviti KEMBARUN - aktiviti lasak yang memerlukan peserta menjelajah seluruh kawasan resort hingga ke zoo Melaka. Selepas itu sesi INTEAM - membolehkan peserta menilai apa yang telah dilakukan. Sebelum malam berakhir, peserta diberi peluang menunjukkan bakat melalui acara persembahan. Siaran langsung disiarkan via justin.tv

Friday, July 2, 2010

KEM KEUNGGULAN SSAHSIAH & AKADEMIK

Jumaat -2 Julai - Sekumpulan pelajar telah bertolak ke Ayer Keroh Melaka untuk menghadiri program Kem Keunggulan Sahsiah dan Akademik SMKKKB 2010 Fasa 1. Program ini adalah merupakan anjuran bersama pelbagai pihak termasuk UPSI sempena program kebitaraan UPSI-SM3KB. Rombongan telah bertolak pada pukul 10.00 pagi dengan menaiki 2 buah bas. Mereka diiringi beberapa orang guru dan akan dibantu keseluruhan seramai 13 orang guru semuanya. Laporan akan disampaikan dari semasa ke semasa sehingga program tamat pada Ahad 4 Julai 2010.

Monday, June 28, 2010

Minggu 23

Minggu 23 - 28 Jun hingga 2 Julai 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Qamariah & Cikgu Rafizah
28/06/10 (ISNIN )
1. Perhimpunan - Perbarisan Kadet Bomba
2. Pelancaran Hari Koperasi
29/06/10 (SELASA)
30/06/10 (RABU)
1 /07/10 (KHAMIS)
2/07/07 (JUMAAT)- Kem Keunggulan Sahsiah dan akademik SMKKKB di Ayer Keroh Melaka.

Saturday, June 26, 2010

Jun 26

Sabtu - Mesyuarat Guru kali ke-2 sedang berlangsung di bilik mesyuarat.
Antara program yang akan dilaksanakan dalam waktu terdekat :
1. Post mortem peperiksaan pertengahan tahun
2. Program motivasi asrama 2-4 Julai 2010
3. Jubli Emas SM3KB - 25 September 2010
4. Walkathon SM3KB - 25 September 2010
5. Makan Malam SM3KB - 25 September 2010
6. Majlis Persaraan Tn Hj Suhaimi bin Rashid (PPDHS) - 5 Julai 2010 (ISNIN)
8. 9 guru menerima APC - Anuegerah Perkhidmatan Cemerlang
7. Unit Uniform - perhimpunan pagi Isnin 28/06/2010
8. Pelancaran Hari Koperasi -sambutan pada hari perhimpunan pagi -Isnin 28 Jun 2010
9. Kepada guru-guru yang tidak bertugas di sekolah kerana mesyuarat, kursus dsb - perlu mengisi borang dan mendapat tandatangan Pengetua/Pen Kanan untuk tujuan relif.
10. Kem Anti Denggi - Hari Kokurikulum
11. Sambutan Hari Kemerdekaan.
12. Program Sukan Sepanjang Tahun
13. Hari Anugerah Kokurikulum - Oktober
14. Pertandingan Bowling -anjuran PPD meraikan persaraan Pegawai Pendidikan Daerah.
Pada waktu yang sama 3 orang sm3kbian telah datang meziarah dan melawat sekolah. Mereak merupakan pelajar lepasan 1989. Maklumat lanjut di www.alumnism3kb.blogspot.com

Monday, June 21, 2010

KEMBALI KE SEKOLAH

Isnin - 21 Jun - Semua sudah kembali ke sekolah walaupun ada yang tidak dapat mulakan persekolahan hari ini atas sebab-sebab dugaan kesihatan.
Minggu 22- 21 Jun hingga 25 Jun 2010
Guru Bertugas Minggu Ini : Cikgu Nurizan & Cikgu Nurul Shuhada
Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun semua tingkatan.
21/06/2010 (ISNIN)
1. Perhimpunan
2. Taklimat khas kepada guru oleh Pengetua
3. Mesyuarat JK HEM
22/06/2010 (SELASA)
1. Mesyuarat JK PSS
23/06/2010 (RABU)
1. Mesyuarat JK Kokurikulum
2406/2010 (KHAMIS)
1.
25/06/2010 (JUMAAT)
1.
26/06/2010 (SABTU)
1. Mesyuarat guru

Sunday, June 6, 2010

CUTI! CUTI! CUTI

Cuti sudah bermula untuk tempoh 2 minggu bermula 5 Jun hingga 20 Jun 2010. Ada yang bercuti sakan, ada yang kena kerja. Apa pun "HAPPY HOLIDAYS TO ALL"

Friday, June 4, 2010

SELAMAT PERGI & SELAMAT DATANG


Selamat bertugas di tempat baru kepada 3 orang staf SM3KB yang telah dipindahkan ke PPD, SMDHK dan SKAP. Yang terlibat Pn Roslinda,(PPD) Pn Rosmah((SKAP) dan Pn Noorzilah (SMDHK)- telah terlibat dalam program pertukaran staf dalam daerah Hulu Selangor. SM3KB menerima 3 orang staf baru tapi masih belum dikenali secara rasmi. Satu majlis perpisahan anjuran KESTAF telah diadakan pada hari Khmais 3 Jun 2010. Semoga mereka gembira bertugas di tempat baru.