Thursday, December 29, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN HEM & KOKURIKULUM

Khamis - Mesyuarat sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat SM3KB dipengerusikan oleh Pn Maniza Yusof - Pen Kanan HEM. Perkara-perkara yang disentuh :
1. Taklimat Pengurusan HEM
2. Analisis kes penting kelas dan ponteng sekolah - cadangan penalti ponteng kelas 5 mata - 2 kali ponteng 10 mata - boleh dirotan.
3. Penubuhan JK Sekolah Penyayang.
4. Salinan edaran penalti untuk rujukan guru.
5. Pendaftaran Asrama - 2/01/2012 - di Asrama SM3KB.
6. Pendaftaran Pelajar Ting 1 - 3/01/2012 - di Dewan Bestari SM3KB - tiada pembayaran yuran tapi dijalankan orientasi, buku teks dan pembelian peralatan di koperasi.
11 pagi - Mesyuarat Unit Ko-kurikulum dipengerusikan oleh Pn Wan Shamsiah bt Wan Yusof. Agenda menyentuh pelbagai perkara yang biasa seperti tahun-tahun lalu serta perkara baru termasuk:
1. Sistem penalti tidak hadir ke aktiviti kokurikulum.
2. Rekod kehadiran ke aktiviti kokurikulum - pelajar dan guru.
3. Perancangan aktiviti tahun 2012 -
i. Pemakaian uniform minggu ke3 setiap bulan - 16/1- KRS, 13/2 - Kadet Polis, 16/4 -Pengakap, 14/5 -Pengakap Kelana , 18/6 -Kadet Bomba, 16/7 -PPIM, 17/9 - PBSM, 15/10 -Pengakap Kelana.
ii. Pemakaian Uniform setiap hari Rabu bermula 5 Januari 2012
iii. Kejohanan Merentas Desa 13 Januari 2012
iv. Kejohanan Sukan - 22 Jun 2012
v. Hari Anugerah Kokurikulum 30 Ogos 2012
Agenda ke 3 - pembentangan pengurusan PPU oleh Tn HJ Rohaizad MokhtarLink
Agenda akhir- mesyuarat KESTAF - perubahan berlaku pada JK Kestaf... maklumat lanjut di http:://kestafsm3kb.blogspot.com atau klik di sini
Mesyuarat ditangguhkan pada 1.30tgh.

Wednesday, December 28, 2011

SISTEM BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

Taklimat telah disampaikan dengan terang dan jelas oleh Ketua Kerani. Semua penjawat awam diminta menyatakan persetujuan menerima SBPA atau menolak tawaran untuk kekal dalam SSM sebelum 30 Disember 2011. Terdapat 2 borang tawaran yang berasingan untuk ditandatangani - borang terima SBPA atau kekal pada SSM dan borang bersara pada umur 60 tahun atau kekal pada 55,56 atau 58 tahun. Itu saja... paling senang dan mudah difahami. Pokoknya semua perlu tandatangan segera supaya perubahan gaji baru bermula Januari 2012. Kepada yang ada pertanyaan dan perlu penjelasan yang lebih jelas, pasal kenaikan gaji dsbnya yang berkaitan perubahan sistem ini, sila berjumpa terus dengan En Nazzary di pejabat sekolah.APA PUN ALASANNYA PERLU TANDATANGAN SEBELUM 30 DISEMBER 2011 atau secara otomatik dianggap tidak menerima tawaran SISTEM BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) ini dan kekal dalam SSM..

MESYUARAT GURU 1/2012






Mesyuarat Guru kali pertama untuk tahun 2012 sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat SM3KB. Agenda mesyuarat termasuk:
1. Perancangan mencapai keunggulan tahun 2014 yang perlu dilaksanakan tahun 2012.
2. Penyampaian Sijil Penghargaan Capaian Cemerlang PMR 2011.
3. Makluman terkini Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam - tarikh akhir membuat pilihan 30.12.11.
4. Dasar KPM - tawaran baru untuk pengurusan sekolah, Sekolah Berprestasi Tinggu, Kurikulum Standard Sekolah Menengah, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Mertabatkan BM kukuhkan BI...
5. Memperincikan Buku Pengurusan Sekolah 2012
6. Taklimat Pengurusan Sekolah Bestari

Tuesday, December 27, 2011

SELAMAT DATANG GURU BARU

Selamat Datang ke SM3KB kepada Pn Nora bt Ramli Pn Nurul Imah bt Ibrahim danPn. Jamariah bt Ahmad. Turut akan berada bersama warga SM3KB awal tahun 2012 ialah 3 orang guru pelat ih dari UNISEL - Susanti Rani Rajoo , Varankumar & Muhammad Danish bin Mohd Johari .Selamat bertugas di SM3KB.

MESYUARAT KURIKULUM 1/2012

Selasa Mesyuarat Guru - Kurikulum telah diadakan pada hari ini menggantikan Mesyuarat Guru -Pengurusan yang ditunda ke hari esok atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Apa pun pertukaran ini tidak menjejaskan sistem pengurusan sekolah asalkan semua urusan mesyuarat dapat diselesaikan dalam minggu ini seperti yang dirancangkan. Satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah mesyuarat ini adalah agenda yang perlu dihadiran oleh setiap individu yang mengaku dirinya seorang guru sejati DAN mesyuarat ini juga adalah MAJLIS RASMI. Jadi seharusnya etika berpakaian elok diambil berat bagi menjaga imej SMK Sekolah Bestari Perdana.

Thursday, December 22, 2011

KEPUTUSAN PMR 2011




Khamis, 22 Disember 2011.
Pengumuman keputusan PMR 2011 menggembirakan semua pihak apabila SM3KB berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dengan peratus kelulusan 91.36% dan berjaya meningkat bilangan mendapat straight 'A' seramai 31 orang berbanding 2010 - 16 orang dengan menurunkan GPS kepada 2.0. Pecahan calon straight A ialah 9 calon mendapat 9A, 21 mendapat 8A dan 1 mendapat 7A. Butiran lengkap akan menyusul...

Friday, November 25, 2011

Persediaan Menjelang 2012

27 Disember 2011 (Selasa) - Mesyuarat Guru 1/2012
28.Disember 2011 (Rabu) - Mesyuarat Kurikulum
29 Disember 2011 (Khamis) - Mesyuarat HEM
30 Disember 2011 (Jumaat)- Mesyuarat Kokurikulum
3 Januari 2012 (Selasa) - Pendaftaran Tingkatan 1 & Asrama
4 Januari 2012 (Rabu) - Sesi Persekolahan 2012 bermula

Monday, November 14, 2011

Minggu 42 - November (minggu akhir 2011)

Minggu 42 bulan November 2011 - minggu akhir persekolahan tahun 2011. Guru bertugas minggu ini: Cikgu Zolfah & Cikgu Abu Mansor
Isnin, 14.11.11 -
1. Perhimpunan
2. Peperiksaan SPM & STPM bermula
Selasa, 15.11.11 -
1. Mesy. JK Pengurusan
Rabu, 16.11.11 -
Khamis,17.11.11 -
1. Mesy JK Pengurusan Aset Alih Kerajaan 2/2011
Jumaat, 18.11.11 -

Thursday, November 10, 2011

MINGGU 41 - NOVEMBER

Minggu ke 41 bulan November. Guru-guru bertugas minggu ni : Cikgu Zuraidah & Ust.Zurinawati
Isnin, 7.11.11 - Cuti Hari Raya Korban
Selasa, 8.11.11 - Cuti lagi
Rabu, 9.11.11 -
1. Aktiviti sembelihan lembu korban anjuran asrama
2. Pemulangan buku teks oleh pelajar
Khamis, 10.11.11-
Jumaat, 11.11.11 -

Friday, November 4, 2011

MAJLIS RESTU ILMU

Jumaat, 4.11.11 -Majlis restu ilmu untuk calon-calon SPM & STPM telah dilangsungkan pagi tadi bertempat di Dewan Gemilang Asrama SM3KB.

Thursday, November 3, 2011

MAJLIS GRADUASI KE 10


Khamis, 3.11.11 - Majlis Graduasi Siri ke 10 sedang berlangsung di Dewan Bestari SM3KB. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Abdul Khalid bin Hj Jaafar, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Majlis Graduasi ini merupakan satu majlis yang amat bermakna kepada para pelajar yang telah berjuang untuk memiliki segulung ijazah di sesebuah universiti. memandangkan majlis graduasi ini boleh memberi satu suntikan semangat yang amat berkesan di kalangan pelajar, maka Majlis Graduasi yang telah menjadi tradisi sejak tahun 2002 ini haruslah diteruskan. Diharapkan progtam ini dapat mencetuskan motivasi kpeada calon-calon SPM dan STPM tahun ini semoga dapat meningkatkan usaha ke arah mencapai kejayaan yang cemerlang dan seterusnya merealisasikan segala impian dan cita-cita. Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada para pelajar, Majlis Graduasi dapat mencetus semangat untuk berjaya dalam peperiksaan dan seterusnya memasuki IPT pada tahun hadapan. Majlis Graduasi adalah satu cara meningkatkan keazaman untuk menghadapi peperiksaan. Majlis ini bermatlamatkan meningkatkan semangat dan motivasi ke tahap tertinggi sebelm calon-calon menghadapi peperiksaan SPM dan STPM. Objektif program adalah : i. mencapai tahap persediaan yang tinggi bagi menghadapi peperiksaan SPM & STPM. ii. Menguatkan azam untuk merealisasikan kejayaan bagi diri sendiri dan iii. merasai pengalaman bergraduasi dan menyimpan hasrat menikmati graduasi atau konvokesyen sebenar di IPT kelak. Majlis Graduasi 2011 melibatkan 181 calon SPM dan 98 calon STPM. Gambar di sini

Monday, October 31, 2011

MINGGU 40 OKT

Minggu ke 40 bulan Oktober-November bermula 31 Okt hingga 4 November 2011. Guru-guru bertugas minggu ini : Cikgu Azma & Cikgu Azura
Isnin,31.10.11 -
1. Perhimpunan
2. Peperiksaan akhir tahun T 1,T2, T4 & PPU B
Selasa, 1.11.11 -
1. Peperiksaan akhir tahun
2. Jamuan Akhir Tahun Staf SM3KB
Rabu, 2.11.11 -
1. Peperiksaan Akhir Tahun
Khamis,3.11.11-
1. Peperiksaan Akhir Tahun
2. Majlis Graduasi SPM & STPM
3. Solat Hajat untuk calon SPM & STPM di Masjid Ar-Rahimah, KKB
2. Majlis Graduasi Ting 3, 5, & PPU A
Jumaat,4.11.11 -
1. Majis Restu Ilmu SPM & STPM

Thursday, October 27, 2011

HAPPY DEEPAVALI

MINGGU 39
24.10.11 - 28.10.11 CUTI SAMBUTAN DEEPAVLI

Saturday, October 22, 2011

Mesyuarat Guru 3/2011

Sabtu, 22.10.11 - Mesyuarat Guru kali ke 3 untuk tahun 2011 berlangsung di Bilik Mesyuarat SM3KB.. bermula 8.30 pagi dipengerusikan oleh Pengetua Cemerlang Tn Hj Manap bin Jarkasi.
Antara arahan yang perlu dipatuhi guru-guru sebelum akhir 2011 dan persediaan untuk 2012 adalah:
1. Budaya hadir sebelum 7.20 pagi dan PnP bermula 7.30 pagi.
2. Yuran sekolah tak perlu dikutip oleh Guru Tingkatan
3. Urusan CRK, Time Slip, Cuti sakit -lebih 2hari tidak melebihi 15 hari.
4. Etika pakaian waktu bertugas
5. Buku Rekod Mengajar perlu dilengkapkan sebelum cuti bermula.
6. SAPS - key in markah T1,T2,T4 & T6B
7. Pemakaian unit uniform hari rabu.
8. Jadual pentadbir bertugas semasa cuti sekolah- akan dibuat untuk rujukan.
9. Jadual guru bertugas semasa SPM / STPM - tindakan PK & PK Ting 6
10. Program 2 Q - Quality & Quantity
11. Laporan Post Mortem PMR, SPM, STPM - tindakan Pn Low lai Fun, Cik Cheah May Chee & Pn Husniza.
12. SAPS - tarikh akhir 14.11.11
13. Laporan Prestasi Pep Percubaan & Akhir Tahun untuk ibubapa.
14. TOV dan pelajar cemerlang Ting 1,2,4 & PPU B
15. Dokumentasi Program Kelas tambahan - tindakanPn. Ili,En. Shaafizan & Hj Rohaizad.
16. Pelajar berhutang yuran2 - tindakan guru tingkatan
17. Buku resit yuran - serahkan ke pejabat.
18. Pengisian borang prestasi.
19. Buku Jadual kedatangan pelajar-ada maklumat tidak lengkap -tindakan guru tingkatan berkenaan
20. Isu pelajar ponteng sekolah - tindakan guru tindakan
21. Isu pelajar ponteng kelas - buku kawalan kelas tidak terurus - tindakan guru yang mengajar.
21. Isu-isu lain berkaitan disiplin pelajar - isi slip sistem salah laku.
22. Pemulangan SPBT - 4.11.11 - Ting 2, 9.11.11 ting 5, jumaat 10.11.11 - ting 4 ambil sekali
23. Sijil berhenti tng 5 - sebelum cuti bermula.
24. Pemulangan buku spbt desk copy - sebelum cuti.
25. Gotong Royong bersihkan bilik guru - Rabu 16.11.11
26. Program Graduasi T3,T5 &T6 pada 3.11.11 di Dewan Bestari SM3KB.

Antara resolusi yang dipersetujui bersama dalam mesyuarat kali ini adalah:
1. Visi - Ke Arah Sekolah Berkualiti
2. Moto - Kualiti dijunjung pendidikan disanjung
3. Dasar 1 murid 1 sukan
4. Takwim pengurusan sekolah - takwim persekolahan 2012, takwim merancang aktiviti 2012
5. Mesy Guru 27.12.11, PK - 28.12.11, HEM 29.12.11, Koku 30.12.11, Daftar ting 1/asrama - 3.1.12
6. Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) akan lebih berkesan 2012.
8. Mohon whiteboard untuk wakaf - gantian kelas bila perlu, tanda kerusi ikut kelas, buat paip tepi padang.
9. Laluan gajah menyusu ke blok PPU.
10. Menanda buku kehadiran guru ke aktiviti kokurikulum.
11. Taklimat perubahan gred jawatan persaraan 60 tahun.
12. Perubahan pada pakej untuk tingkatan 4 tahun 2012.
13. e-SPLD - Sistem Pengurusan Latihan Guru- di http://apps.gov.my/splg/i_splg - guru perlu masukkan ke dalam sistem tarikh akhir - 7.11.11 login id: no mykad
14. PnP Sain & Matematik - T4 dlm Bahasa Melayu - Ting 5 - pilihan.
(GPB meminta masa untuk menjelaskan kekeliruan konsep BESTARI untuk makluman guru-guru baru di sekolah ini yang beranggapan perlu mengajar menggunakan komputer - harap telah jelas dan kegagalan login kehadiran bukan salah sistem jika 2-3 orang sahaja menghadapi masalah)
Rujukan GPB hadiri Bengkel di BTPN Sel - disini nak masuk ke Sistem Pengurusan Sekolah - guru diminta semak dan kemaskini profil diri di sini

Monday, October 17, 2011

MINGGU 38 OKTOBER

Minggu ke 38 bermula 17 hingga 21 Oktober 2011. Guru bertugas minggu ini Cikgu Zulfakar & Cikgu Zulkornain.
Isnin, 17.10.11
1. Perhimpunan
Selasa, 18.10.11
1. Program Lepas PMR untuk pelajar tingkatan 3
2. Mesyuarat JK Pengurusan
Rabu, 19.10.11
Khamis, 20.10.11
Jumaat, 21.10.11
SABTU, 22.10.11
MESYUARAT GURU KALI KE 3 bermula 8.00 pagi di Blk Mesyuarat SM3KB

PERKHEMAHAN RIMUP

Program Perkhemahan Unit Uniform SM3KB 2011 telah diadakan pada 14 hingga 16 Oktober 2011 di lokasi yang menarik iaitu di TERATAK NALY'S ECO RESORT ,Ulu Tamu, Batang Kali. Pelajar yang terlibat adalah daripada 3 kaum - Melayu, Cina & India - merupakan usaha berterusan mengujudkan semangat perpaduan di kalangan mereka. Butiran lanjut sila klik di sini.

Wednesday, October 12, 2011

PROGRAM KESELAMATAN PENGGUNAAN BAHAN BAKAR PETROLEUM

TARIKH : 12 Okober 2011 (Rabu)
ANJURAN : Gerakan Pengguna Daerah (KPDNKK) Hulu Selangor
DENGAN KERJASAMA SHELL Malaysia Trading, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu, Kelab Pengguna SM3KB, Unit Kokurikulum Tingkatan Enam SM3KB
MASA : 8.30 pagi – 12.30 Tengah Hari
TEMPAT : Blk Mesyuarat Sm3KB
OBJEKTIF :
1. Pelajar akan menyedarai peranan sebagai pengguna dalam masyarakat dan Negara.
2. Pelajar dapat menghargai keselamatan diri dan orang lain.
3. Pelajar dapat mengenalpasti langkah-langkah keselamatan yang dapat diambil ketika berlakunya kebakaran.
AKTIVITI:
1. Taklimat kepenggunaan dari Unit Perlindungan Pengguna KPDNKK
2. Ceramah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
3. Taklimat Keselamatan Penggunaan Bahan Bakar Petroleum dari Shell Malaysia Trading
4. Dementrasi memadam kebakaran.
5. Pameran

Tuesday, October 11, 2011

MINGGU 37 OKTOBER

Minggu ke 37 bulan Oktober bermula 10.10.11 hingga 4.10.11. Guru-guru bertugas minggu ini Cikgu Zarina & Cikgu Zarina.
Isnin,10.10.11
1. Perhimpunan
2. PMR
Selasa,11.10.11
Rabu,12.10.11
1. Program Kepenggunaan Keselamatan Penggunaan Bahan Bakar Petroleum - melibatkan pelajar PPU
Khamis,13.10.11
1. Kursus Dalaman Pedagogi Sains SPM
2. Taklimat Perkhemahan RIMUP 14-16 Oktober 2011
Jumaat,14.10.11

Monday, October 10, 2011

AL-FATIHAH

Innalillahi wa inna ilaihirojiuun.....(DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali).

Buat Cikgu Nur Atikah Suhaili Leng binti Abdullah. guru SM3KB yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh-roh yang mendapat keberkatan serta perlindungan Allah. Salam Takziah buat Cikgu Yaki sekeluarga.

Friday, October 7, 2011

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK TAMBAHAN

ANJURAN PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN SPM
TARIKH : 7 OKTOBER 2011
HARI : JUMAAT
MASA : 9.00 - 11 .00 PAGI
TEMPAT ; BILIK MESYUARAT SM3KB
PENCERAMAH : PN WAN KHATIJAH BT WAN ABDULLAH
Objektif:
Para pelajar khususnya calon SPM dapat menguasai kaedah/teknik menjawab soalan Matematik Tambahan SPM secara sistematik, teranang dan tepat dengan memahami cara bagaimana menperolehi markah semaksima yang mungkin.
Matlamat: Melahirkan pelajar yang celik dengan teknik/kaedah yang tepat dalam menguasai kemahiran menjawab soalan Matematik Tambahan SPM seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM 2011.
Kumpulan sasar : Semua pelajar tingkatan 5Siber, 5 Bios dan 5 Cmos SM3KB 2011
Aktiviti - Ceramah dan bengkel

PROGRAM PENGURUSAN STRESS

TINGKATAN 6 ATAS / PPU ATAS
Tarikh : 7 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa : 7.30 – 10.00 Pagi
Tempat : Dewan Gemilang Asrama SMKKKB
Objektif:
1. Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar PPU Atas :
1.1 Punca-punca gejala Stress
1.2 Tanda-tanda mengalami stress
1.2 Kesan gejala stress yang tidak dapat diurus
1.2 Cara-cara terbaik menguruskan stress
2. Memberikan keyakinan pelajar-pelajar untuk menduduki peperiksaan STPM dengan selesa @ kondusif.
Aktiviti:
1. Sesi taklimat / ceramah
2. Aktiviti / praktikal
Pengendali:
Unit Bimbingan & Kaunseling SMKKKB (Dikendalikan oleh En. Saiful)

Saturday, October 1, 2011

MINGGU 36

Minggu ke 36 - bermula 3 Oktober - 7 Oktober 2011.
Insin, 3.10.11 -
1. Perhimpunan
Selasa,4.10.11-
1. PMR hari pertama
Rabu,5.10.11-
1,. PMR hari kedua
Khamis,6.10.11-
1. PMR - hari ketiga
Jumaat.7.10.11 -
1. Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM - Matematik Tambahah 9.00 pagi. Penceramah jemputan : Pn Wan Khatijah Wan Abdullah melibatkan tingkatan 5Siber, 5 Bios & 5 Cmos.
2. Bengkel Pengurusan Stress untuk PPU Atas di Dewan Gemilang, Asrama SM3KB


Friday, September 30, 2011

T1 & T2 direhatkan

Pengurusan sekolah telah mengeluarkan edaran merujuk SMK.KKB/04/01/002 bertarikh 26 September 2011 bertajuk PELAJAR TINGATAN 1&2 DIREHATKAN SEMPENA PMR 2011. Kepada semua ibubapa / penjaga adalah dengan ini dimaklumkan atas perkara ni bermula Hari Selasa (4 Oktober 2011) sehingga Selasa (11 Oktober 2011). Sekembali dari 'cuti rehat' ini, pelajar akan menghadapi peperiksaan akhir tahun yang akan bermula pada 7 Oktober 2011 (sila rujuk jadual di sebelah). Diharapkan ibubapa / penjaga akan dapat sama-sama memantau dan memastikan para pelajar akan menggunakan masa itu untuk mengulangkaji pelajaran demi kejayaan masa depan mereka.

Monday, September 26, 2011

MINGGU 35

Minggu 35 bulan September bermula 26.9.11 - 30.9.11. Guru bertugas minggu ini :
Isnin,26.9.11 -
1. Perhimpunan
2. Peperiksaan Percubaan SPM/STPM
Selasa,27.0.11-
Rabu,28.9.11-
Khamis,29.9.11 -
Jumaat,30.9.11 -
1. Majlis Solat Hajat Bersama Pelajar Asrama 2/2011 - 6.30 ptg.

Monday, September 19, 2011

MINGGU 34 SEPT

Minggu ke 34 bermula 19.9.11 hingga 23.9.11. Guru bertugas minggu ini -
19.9.11, Isnin -
Peperiksaan percubaan SPM/STPM
20.9.11,Selasa -
Peperiksaan percubaan SPM/STPM
21.9.11, Rabu -
Peperiksaan percubaan SPM/STPM
22.9.11, Khamis -
1.Peperiksaan percubaan SPM/STPM
2. Majlis solat hajat PMR
23.9.11, Jumaat -
Peperiksaan percubaan SPM/STPM

Monday, September 12, 2011

MINGGU 33 SEPT

Minggu ke 33 bulan September bermula 12.9.11 - 16.9.11. Guru-guru bertugas Cikgu Suhaini & Cikgu Mainiroh.
Isnin, 12.9.11 -
1. Perhimpunan - Perbarisan Unit Uniform -Bomba
2. Peperiksaan Percubaan SPM
Selasa, 13.9.11 -
Rabu,14.9.11 -
1. Aktiviti akhir Kokurikulum - Jamuan Hari Raya Perdana
Khamis,15.9.11-
Jumaat,16.9.11 - CUTI HARI MALAYSIA

Monday, September 5, 2011

MINGGU 32 SEPT

Minggu 32 bermula 5 Sept hingga 9 Sept 2011. Guru bertugas Cikgu Suhaily & Cikgu Hjh Siti Faridah.
Isnin,5.9.11
1. Perhimpunan

Selasa, 6.9.11 -
Rabu, 7.9.11 -
Khamis,8.9.11 -
Jumaat, 9.9.11 -

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITR'

TAQABBALLALLAH MINNA WA MINKUM.. MINAL AIDIL WA FAEIZIN... MAAF ZAHIR BATHIN.

Friday, August 26, 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

Jumaat,26.8.11 - sedang berlangsung di Dewan Gemilang Asrama SM3KB. Majlis akan dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, Tn Hj Khalid bin Hj Jaafar. Majlis ini disertai oleh pelajar dari tingkatan4 & 5 menyaksikan penyampaian anurgerah kecemerlangan kokurikulum kepada 24 orang pelajar, Kelab Bukan Akademik Terbaik digondol bersama oleh Kelab Robotik, Kelab Formula 1, Kelab Koir dan Kelab Sayangi Guru & Sekolah. Kategori Kelab Sukan & Permainan terbaik disandang oleh Kelab Bola Sepak sementara Kategori Unit Uniform Terbaik dibolot oleh Pengakap. Anugerah Khas Guru diberikan kepada 10 orang guru pilihan. Lebih menarik ialah anugerah pelajar harapan disandang oleh NurHumaira Ramdzan (2Bios) dan Abu Zulkornain Abu Samah (3 Siber) sementara anugerah pelajar gemilang jatuh kepada Wong Oi Sin (5 Siber) dan Muhammad NurHakimi Mohd Falahurradzi (5 Digital).
Pada waktu dan hari yang sama satu lagi program sedang berlangsung di surau sekolah iaitu Majlis Khatam Al-Quran 1432 H yang disertai oleh semua pelajar Islam Ting 1 & 2.

KHATAM QURAN ASRAMA

Khamis,25.8.11 - Majlis khatam quran telah berlangsung di Dewan Gemilang Asrama dengan jayanya. Butiran lanjut di blog asrama di sini

Wednesday, August 24, 2011

PROGRAM PERMATAKU SAYANG

Rabu,24.8.11 - Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Tn Hj Abdul Khalid bin Hj Jaafar, adalah program pengumpulan dan penyerahan pakaian raya kepada yang memerlukan. Objektif adalah untuk membantu pelajar kurang berkemampuan menghadapi Hari Raya AidilFitri, memupuk nilai tanggungjawab dan kerjasama di kalangan pelajar tingkatan 6 ke arah budaya masyarakat penyayang serta merealisasika konsep khidmat masyarakat yang menjadi agenda penting pelajar-pelajar tingkatan 6. Turut hadir pengetua sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam program PERMATAKU SAYANG ini. Banyak lagi gambar di sini

Monday, August 22, 2011

Minggu 31 Bulan Ogos

Minggu ke 31 bulan Ogos 2011. Guru-guru bertugas minggu ini :
Isnin,22.8.11 -
1. Perhimpunan - penyampai sumbangan raya ALUMNI kpd yang berkenaan
2. Taklimat Peperiksaan PPU
3. Percubaan PMR
Selasa,23.8.11-
1. Percubaan PMR
Rabu, 24.8.11-
1. Percubaan PMR
2. Majlis PermataKu Sayang - pengumpulan dan penyerahan pakaian raya kepada yang memerlukan
Khamis,25.8.11-
1. Percubaan PMR
2. Program Solat Hajat Ting 3
3. Majlis Khatam Quran Asrama
Jumaat, 26.8.11-
1. Majlis Anurgerah Kecemerlangan Kokurikulum

Monday, August 15, 2011

Minggu 30 Bulan Ogos

Minggu ke 30 bulan Ogos bermula 15.8.11 hingga 19.8.11. Guru bertugas minggu ini :
Isnin,15.8.11 -
1. Peperiksaan Percubaan PMR
Selasa,16.8.11 -
1. Peperiksaan Perccubaan PMR
2. Majlis Iftor ALUMNI di asrama
Rabu, 17.8.11 - Cuti Nuzul Quran
Khamis,18.8.11 -
1. Peperiksaan Percubaan PMR
Jumaat, 19.8.11 -
1. Peperiksaan Percubaan PMR

Monday, August 8, 2011

Minggu 29 Ogos

Minggu ke 29 dalam bulan Ogos dari 8.8.11 hingga 12.8.11. Guru bertugas minggu ini: Cikgu
Isnin, 8.8.11 -
1. Perhimpunan - Pelancaran Bulan Patriotik, Akademik & PSS 2011

Selasa,9.8.11 - Mesy JK Pengurusan Sekolah
Rabu,10.8.11 -
Khamis,11.8.11 -
Jumaat,12.8.11 -

Monday, August 1, 2011

Minggu 28 Ogos

Minggu 28 bulan Ogos. Guru bertugas minggu ini :

Isnin,1.8.11 - Cuti ganti Larian 2/7/11. Permulaan puasa.
Selasa,2.8.11 -
1. Mesyuarat JK Pengurusan Sekolah
Rabu,3.8.11 -
Khamis,4.8.11 -
Jumaat,5.8.11 -

Monday, July 25, 2011

Minggu 27 Julai

Minggu 27 bulan Julai mulai 25.7.11 hingga 29 Julai 2011. Guru bertugas minggu ini ialah Cikgu Saniah & Cikgu Shafizan.
Isnin,25.7.11
1. Perhimpunan
2. Ujian pencapaian 2
3. Mesyuarat Biasiswa 2
4. Kejohanan Olimpik Muda MSSD
Selasa,26.7.11 -
1. Ujian pencapaian 2
2. Mesyuarat JK Pengurusan Sekolah
3. Mesyuarat JK PSS
4. Mesy Disiplin Daerah 2
Rabu,27.7.11 -
1. Ujian pencapaian 2
2. Mesyuarat guru
Khamis 28.7.11-
1. Ujian Pencapaian
2. Mesy JK PBS
3. Mesy Khas JK Asrama - merancang aktiviti Bulan Ramadhan
Jumaat,29.7.11-
Sabtu, 30.7.11 - Pertemuan khas bersama waris penghuni asrama

Monday, July 18, 2011

Minggu 26 JULAI



Minggu 26 bulan Julai bermula 18.7.11 hingga 22.7.11. Guru bertugas minggu ini Cikgu Norhayati dan Cikgu Sakila.
Isnin,18.7.11 -
1. Perhimpunan - Pelancaran Kempen Kebersihan anjuran Panitia Sivik & Kewarganegaraan & Penyampaian Hadiah kepada Koir Sekolah berjaya mendapat tempat ke 5 daripada 20 sekolah seluruh Selangor (lagi gambar di sini)
2. Mesyuarat JK Disiplin
Selasa,19.7.11 -
Rabu, 20.7.11-
1. Interaksi Unit Uniform / Kelab Persatuan
Khamis,21.7.11 -
Jumaat,22.7.11-

Monday, July 11, 2011

MINGGU 25 - JULAI




Minggu 25 bulan Julai bermula 11.7.11 hingga 15.7.11. Guru bertugas minggu ini : Cikgu Ruslinda & Cikgu Ruzita.
Isnin,11.7.11
1. Perhimpunan - perbarisan PPIM
(lagi gambar di sini )
2. Mesyuarat Panitia
Selasa, 12,7.11
1. Mesy Panitia
2. Mesyuarat JK Kantin
Rabu, 13.7.11 -
1. Mesy Panitia
2. Penggambaran Sesi 2 - Unit Uniform / Kelab / Persatuan - 9 pagi
3. Interaksi Kelab/Persatuan
Khamis,14.7.11 -
1. Penggambaran Sesi 2 - MKP, MKPA, PSS, PRS, Briged Bestari
2. Mesy JK Peperiksaan
3. Mesy 3K/Perabot
4. Mesy Panitia
5. Majlis Solat Hajat & bacaan Yassin di Asrama Sm3KB
Jumaat,15.7.11 -
1. Mesy Panitia
Sabtu,16.7.11 -
1. Perkhemahan PBSMlagi gambar di sini