Friday, May 16, 2008

SELAMAT HARI GURU






Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah berlangsung pada hari ini Jumaat 16 Mei 2008 dengan pelbagai acara yang melibatkan guru dan pelajar. Detik-detik gembira akan dipamerkan dalam ruangan Kenangan Bergambar. TERIMA KASIH CIKGU!

Tuesday, May 13, 2008

SELAMAT DATANG PELAJAR 6 BAWAH 2008
















Pada hari Isnin 12 Mei 2008, para pelajar lulusan SPM 2007 telah melaporkan diri untuk memasuki Tingkatan 6 Bawah di SM3KB. Kepada pelajar SM3KB, warga sekolah mengucapkan Selamat Kembali ke SM3KB dan kepada para pelajar dari sekolah-sekolah jiran yang dipindahkan ke sini kami iringan dengan ucapan Selamat Datang ke SM3KB. Sepanjang minggu ini, mereka akan didedahkan kepada aspek-aspek pengurusan tingkatan 6 meliputi pemilihan mata pelajaran, taklimat Kurikulum, ko-kurikulum, HEM dan pengurusan Bestari. Aktiviti-aktiviti sepanjang minggu ini dikelolakan oleh Kaunselor sekolah.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK






















Hari yang penuh bersejarah bagi para pelajar yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik masing-masing telah berjaya dilangsungkan pada hari Sabtu 10 Mei 2008 bertempat di Komplek Sukan KKB. Bermula jam 9.00 pagi dengan ucapan Pengetua Kanan, Tn Hj Manap bin Jarkasi, majlis berjalan dengan lancar selama lebih kurang 2 jam. Ucapan perasminan disampaikan oleh Tn Hj Suhaimi bin Rashid AMN, yang juga adalah Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Dalam ucapan beliau menegaskan kepentingan para pelajar memiliki Kemahiran Lembut yakni keupayaan bercakap menyampaikan hujah-hujah, keupayaan memberi pandangan serta pendapat yang bernas dsb sebagai persediaan untuk berhadapan dengan realiti kehidupan apabila keluar ke dalam khalayak ramai selepas zaman persekolan. Kemahiran ini perlu dipupuk di alam persekolahan dengan merebut peluang yang disediakan melalui kegiatan kokurikulum. Para pelajar yang berjaya dalam bidang akademik telah menerima sijil-sijil penghargaan serta hadiah-hadiah iringan.Majlis ini turut mendapat sumbangan dari PIBG SM3KB.

Monday, May 5, 2008

AKTIVITI KELAB RUKUNEGARA

Kelab Rukunegara SM3KB telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti sepanjang bulan Mac-April termasuk KUIZ RUKUNEGARA dan Pertandingan Rekahias Kelas. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan semasa perhimpunan pada hari ini 5 Mei 2008. Untuk gambar-gambar pemenang sila klk GAMBAR KENANGAN - Kelab Rukunegara.