Saturday, June 27, 2009

TAKLIMAT JAIS




Satu program melibatkan seluruh Jabatan Agama Islam Hulu Selangor - Unit Penguatkuasa & Unit Dakwah sedang berlangsung di SM3KB hari ini Sabtu 27 Jun 2009. Taklimat Enakmen Jenayah Syariah Selangor & Gejala Sosial adalah tajuk program. Pengisian program termasuklah ceramah yang disampaikan oleh Tn Abdul Rahim bin Hj Salleh, Pegawai Tadbir Agama (Kadhi) Daerah Hulu Selangor bertajuk Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Sementara Ustaz Zulkifli bin Jaid dari PAID Hulu Selangor yang telah menyampaikan ceramah bertajuk Gejala Sosial. Program ini dihadiri oleh lebih 80 orang pelajar tingkatan 6. Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi berakhir pada jam 12.00 tgh. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana telah memilih SM3KB sebagai venue roadshow Jabatan Agama Islam HS bagi memberi penerangan berhubung isu yang perlu difahami rakyat negeri Selangor khususnya orang Islam.

Friday, June 19, 2009

Kem Remaja Rabbani Ting 3

Aktiviti Kem Remaja Rabbani untuk pelajar tingkatan 3 sedang berlangsung di Kem Bina Semangat KKB mulai hari ini hingga esok 20 Jun 2009. Kemaskini di ....www.kbksm3kb.blogspot.com / pkhemsm3kb.blogspot.com

Tuesday, June 16, 2009

Sistem Pengurusan Sekolah

GPB kini sedang menjalani latihan SPS yang akan dipasang oleh Syarikat Rebound pada 22 Jun 2009. Jadual latihan di peringkat sekolah akan disediakan tidak lama lagi. Latihan sedang dijalankan di BTPN Perak bersama kumpulan GPB Selangor dan Perak. Latihan bermula 13 Jun dan akan berakhir pada 18 Jun. Bersedialah semua warga SM3KB untuk menggunakan sistem ini menjelang Julai 2009.