Friday, April 29, 2011

JAMUAN PERPISAHAN GURU UNISEL



Jumaat,29.4.11 - Satu sesi jamuan telah dadakan bagi meraikan hari akhir guru pelatih UNISEL. Ketetapan Allah tidak siapa menduga, hari ini juga adalah hari ulangtahun kelahiran Pengetua SM3KB ke 54. Sambutan pagi amat bermakna sekali bagi semua warga sekolah. Kepada yang akan meninggalkan SM3KB diucapkan Selamat Maju Jaya dan dapat bertugas di sekolah yang dihajati. Kepada Pengetua diucapkan Selamat Hari Lahir dengan iringan doa semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia sekeluarga selamanya. Amin.

Tuesday, April 26, 2011

Lawatan Pegawai Penyelidik FRIM



Pegawai Penyelidik Nik Azyyati Abdul Kadir dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah membuat lawatan kerja ke SM3KB hari ini. Beliau telah meninjau pelbagai aspek dalam pengurusan bahan kitar semula, kemenjadian pelajar mengamalkan konsep lestari alam sekitar. Terima kasih kepada semua.

Monday, April 25, 2011

MINGGU 16 APRIL



Minggu 16 bulan April - 25 April - 29 April 2011. Guru bertugas Cikgu Nor Azmi & Cikgu NoorFatmawaty.


  1. Isnin, 25.4.11 - Perhimpunan - perasmian Karnival Hari Pengguna peringkat sekolah; Pelaporan SKLSK 2; Kejohanan Ragbi ; Kejohanan Bola Tampar MSSD
    Selasa, 26.4.11 - Mesyuarat JK Kewangan; Pencerapan; Motivasi Kecemerlangan

  2. Rabu, 27.4.11 - Pencerapan; Motivasi kecemerlangan; Interaksi Unit Uniform / Kelab Persatuan; Mesyuarar Penyelarasan Sofbol MSSD; Kejohanan Tenis MSSD

  3. Khamis, 28.4.11 - Pencerapan; Motivasi kecemerlangan

  4. Jumaat, 29.4.11 - Pencerapan; Kem Remaja Rabbani Ting 3

  5. Sabtu,30.4.11 - Mesyuarat Guru; Kem Remaja Rabbani

Saturday, April 23, 2011

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2010





Sabtu, 22 April 2011- Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik tahun 2010 sedang berlangsung di Dewan Bestari SM3KB. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Isa bin Abu Kassim, ADUN Batang Kali. Lagi gambar di http://www.makasm3kb2010.blogspot.com/

Monday, April 18, 2011

MINGGU 15 APRIL

Minggu 15 bulan April bermula 18 April - 23 April 2011Guru bertugas Cikgu Mohd Jaiferi & Cikgu Mohan. 18.4.11 Isnin1. Perhimpunan - perbarisan Pengakap 2. Mesyuarat PSS 3. Kejohanan Bola Keranjang 19.4.11, Selasa 1. Pencerapan 2. Mesyuarat JK Kantin 3. Kejohanan Bola Keranjang 4. Kejohanan Sepak Takraw 20.4.11,Rabu 1. Pencerapan 2. Gotong Royong 3. Interaksi Unit Uniform /Persatuan 4. Kejohanan Sepak Takraw 5. Kejohanan Bola Jaring 21.4.11, Khamis 1. Pencerapan 22.4.11, Jumaat 1. Pencerapan 2. Kejohanan Sepak Takraw 3. Kejohanan Bola Jaring 23.4.11, Sabtu 1. Hari Anugerah Kecemerlangan Kurikulum 2. Perkhemahan Unit Uniform PPIM.

Friday, April 15, 2011

TERKINI - GOODBYE n WELCOME


Selamat bertugas di tempat baru diucapkan kepada JTK Mohd Sofian Ismail yang telah berjaya mohon pindah ke sekolah di Selayang. Terima kasih atas segalanya yang telah disumbangkan kepada SM3KB selama beliau bertugas sejak tahun 2009. Semoga lebih bersemangat dan gembira bertugas di sekolah berhampiran dengan rumah.

Selamat Datang ke SM3kb diucapkan kepada Pn Noor Sailawati bt Saadin yang akan berpindah masuk dari SK Pantai,WP Labuan.

Monday, April 11, 2011

MINGGU 14 APRIL

Minggu ke14 bulan April dari 11.4.11 hingga 15.4.11 Guru bertugas Cikgu Masron & Cikgu Mohan Isnin,11.4.11 1. Perhimpunan 2. Mesyuarat Panitia 2 3. Kejohanan Hoki MSSD 4. Kejohanan Bola Jaring Peringkat Zon 5. Kelas tambahan Ting 3,5,PPUA Selasa, 12.4.11 - 1. Mesyuarat Panitia 2 2. Aktiviti PRS 3. Kelas tambahan Ting 3,5, PPU A Rabu,13.4.11 1. Mesyuarat Panitia 2 2. Karnival Kaunseling Daerah 3. Interaksi Kelab & Persatuan / Sukan & Permainan Khamis,14.4.11 1. Mesyuarat Panitia 2 2. Mesyuarat JK Pentadbiran & Orientasi PPU Bawah 3. Mesy JK Pelaksana Kejohanan Bola Jaring MSSS 4. Kelas tambahan Ting 3,5, & PPU A Jumaat,15.4.11 1. Mesyuarat Panitia 1 2. Mesyuarat Agung MSSD Sabtu, 16.4.11 1. Perkhemahan Unit Uniform - KRS

Saturday, April 9, 2011

KEM KECEMERLANGAN ASRAMA

Satu program Kem Kecemerlangan Pelajar Asrama untuk PMR,SPM & STPM sedang berlangsung di INB Resort,Ayer Keroh,Melaka. Program dikendalikan oleh HUSHIM Motivational & Counselling Consultancy dari semalam Jumaat hingnga esok Ahad. Cerita lanjut di http://asramasm3kb.blogspot.com

Monday, April 4, 2011

Minggu 13 April

Minggu 13 - 4 April - 8 April 2011
Guru Bertugas Minggu ini - Cikgu Low Lai Fun & Cikgu Majlila
Isnin, 4.4.11 -
1. Perhimpunan - penyampaian tiket Perlumbaan F1 kpd ahli Kelab F1, penyampaian hadiah Olahraga MSSD.
2. Mesyuarat JK Kurikulum
3. Kejohanan Badminton MSSD
Selasa, 5.4.11 -
1. Mesyuarat Panitia 2
2. Aktiviti PRS
Rabu, 6.4.11 -
1. Mesyuarat Panitia 2
2. Mesyuarat Penyelarasan PMR
3. Mesyuarat Disiplin
4. Interaksi Unit Uniform & Kelab Permainan
Khamis, 7.4.11 -
1. Mesyuarat Penyelarasan SPM
2. Mesyuarat Panitia 2
3. Mesyuarat Penyelarasan Sepak Takraw MSSD
Jumaat, 8.4.11 -
1. Mesyuarat Panitia 2
2. Rombongan asrama bergerak ke Melaka
Sabtu, 9.4.11 -
1.Sekolah ganti cuti Deepavali 24.10.11 -Jadual Isnin
2. Kem Kecemerlangan Pelajar PMR,SPM & STPM di INB Resort,Ayer Keroh, Melaka.

Saturday, April 2, 2011

PROGRAM EKSKLUSIF SEKOLAH BITARA

Sabtu,2.1.11 - Program untuk calon-calon PMR dirancangkan akan berlangsung selama 2 hari - Sabtu-Ahad bertempat di Dewan Bestari SM3KB dari pukul 8 hingga 5 ptg. Pengisian aktiviti termasuk Ceramah Motivasi, Bengekal Peta Minda, LDK pelbagai tajuk. Majlis penutup akan diadakan pada hari Ahad 3.4.11
Sementara itu bertempat di Dewan Gemilang Asrama akan berlangsung Kem Pemimpin Unggul untuk ahli MKP & MKPA - Majlis kepimpinan Pelajar /Asrama pada hari ini.

Friday, April 1, 2011

MAJLIS MERAIKAN ATLET SEKOLAH

Khamis,31.3.11 - Satu majlis meraikan atlet sekolah telah didakan awal petang tadi bertempat di bilik mesyuarat SM3KB. Alet-atler serta pemain-pemain yang telah berjaya mengondol hadiah dalam pertandingan yang telah mereka sertai diraikan dengan jamuan makan bersama guru-guru yang melatih pasukan-pasukan terlibat. Majlis ini merupakan anjuran Unit Kokurikulum SM3KB.Tahniah kepada mereka. Semoga mencapai kejayaan lebih cemerlang pada masa hadapan.