Tuesday, August 25, 2009

Friday, August 21, 2009

JAMUAN .....

Sejak semalam rezki harimau buat staf SM3KB..bukan apa cuma tumpang gembira menyambut kedatang Ramadhan, sambut Merdeka dan tak ketinggalan CUTI..beginilah suasananya.


TERKINI UNTUK PELAJAR ASRAMA

Surat edaran untuk semua ibubapa putera& puteri asrama tentang maklumat balik bermalam sepanjang bulan Ramadhan adalah dirujuki. Butiran adalah seperti berikut:

21-31 Ogos 2009 - Cuti persekolahan (Jumaat-Isnin - Merdeka)

4-7 September 2009 - Jumaat - Isnin (cuti Nuzul Quran)

11- 13 September 2009 - Jumaat- Ahad

18 - 27 September 2009 - Cuti HARI RAYA AIDIL-FITRI

Semua putera & puteri boleh bertolak balik ke rumah mulai jam 3.00 petang hari Jumaat dan balik ke asrama sebelum 6.15 petang pada hari-hari yang sepatutnya.
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

Wednesday, August 19, 2009

SUASANA SAMBUTAN MERDEKA



Bermula Isnin 17 Ogos 2009, SM3KB telah memulakan sambutan kemerdekaan ke 52 dengan beberapa acara di padang sekolah semasa perhimpunan pagi.
Hari ini Rabu 19 Ogos 2009, pada jam 12.30 wakil dari Pejabat Daerah telah menghantar bendera & banting untuk memeriahkan sambutan di peringkat sekolah. Sementara itu di sebelah petangnya satu pertandingan mendeklamasi sajak kemerdekaan antara staf telah diadakan di Dewan Bestari. Acara disaksikan oleh para pelajar yang menjalankan aktiviti kokurikulum untuk minggu ini. Acara pelajar diselitkan kuiz kemerdekaan sementara menunggu keputusan para juri mengumumkan pendeklamator terbaik. Acara petang ditutup dengan majlis tandatangan Pengetua atas kad ucapan kemerdekaan terbesar hasil kerja tangan PERTINAM.

Monday, August 17, 2009

UJIAN PERMATApintar UKM 2






Ujian saringan PERMATApintar UKM 2 sedang berlangsung di makmal komputer SM3KB hari ini - 17 Ogos 2009. Melibatkan 2 kumpulan - murid sekolah menengah (di makmal ICT) dan murid sekolah rendah (makmal bestari) - ujian bermula jam 9.00 pagi dan berjalan selama 2 jam 30 minit diawasi 2 orang pengawas ujian dan 2 orang pengawas ICT yang dilantik khas oleh JPN. Kepada calon yang terlibat diucapkan SELAMAT MENCUBA ! Semoga mencapai kejayaan cemerlang.

Friday, August 14, 2009

Kajian Reka Seni Visual

Berita dan gambar ... sila ke kbksm3kb.blogspot.com

Tuesday, August 11, 2009

SEKOLAH GANTI, TRIAL PMR, TUTUP MAKMAL

Hari Sabtu 15 Ogos 2009 adalah hari persekolahan ganti cuti Deepavali yang akan disambut pada bulan Oktober nanti menggunakan jadual hari Jumaat. Harap semua warga SM3KB akan sedia maklum.
Peperiksaan Percubaan PMR akan bermula pada 13 Ogos - 23 Ogos 2009. Kepada semua yang berkenaan didoakan sihat untuk menghadapinya.
Pada 17 Ogos 2009, makmal bestari dan makmal ICT akan ditutup mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang untuk satu sesi Ujian Saringan UKM-2 PERMATA pintar yang akan melibatkan 25 orang pelajar sekolah rendah kelolan Unit Pendidikan Khas Daerah Hulu Selangor. Semua kelas yang dijadualkan dalam tempoh itu dibatalkan.

Saturday, August 8, 2009

LDAP JSU



Kursus dalaman untuk semua guru sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat hari ini. Topik yang ditekankan ialah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang disampaikan oleh Guru Pakar Tn Hj Zainal bin Sudin. Sesi teori disampaikan selama 1.5jam dan bersambung pula dengan sesi bengkel untuk mengasak lebih kefahaman di kalangan guru-guru yang mengikuti kursus ini. Sebelum bersurai satu lagi sesi pembentangan telah diadakan untuk menunjukkan kefahaman dan penguasaan guru dalam mengendalikan soalan ujian dalam peperiksaan akan datang.


Thursday, August 6, 2009

TAKLIMAT H1N1 & TOPENG



Sesi taklimat pengurusan diri bagi mengelak jangkitan pendamik influenza A (H1N1) peringkat sekolah telah diadakan pagi ini. Penerangan telah disampaikan oleh PKHEM. Langkah-langkah segera yang diambil oleh pihak sekolah termasuk :
i. membatalkan aktiviti kokurikulum pada hari Rabu
ii.menangguhkan Perkhemahan Integrasi yang sepatutnya diadakan hari Jumaat-Ahad minggu ini.
iii. mengedarkan topeng kepada guru & pelajar dengan kos subsidi 50 sen sekeping.
Setakat sekarang belum ada kes jangkitan virus ini di kalangan warga SM3KB.