Thursday, August 6, 2009

TAKLIMAT H1N1 & TOPENG



Sesi taklimat pengurusan diri bagi mengelak jangkitan pendamik influenza A (H1N1) peringkat sekolah telah diadakan pagi ini. Penerangan telah disampaikan oleh PKHEM. Langkah-langkah segera yang diambil oleh pihak sekolah termasuk :
i. membatalkan aktiviti kokurikulum pada hari Rabu
ii.menangguhkan Perkhemahan Integrasi yang sepatutnya diadakan hari Jumaat-Ahad minggu ini.
iii. mengedarkan topeng kepada guru & pelajar dengan kos subsidi 50 sen sekeping.
Setakat sekarang belum ada kes jangkitan virus ini di kalangan warga SM3KB.

1 comment:

alangtrio said...

Assalamualaikum,
tahniah kepada semua penggerak SMKKKB kerana mengambil tindakan proaktif.
Diharapkan agar nilai kebersihan diri yang tinggi ditanam dalam semua minda pelajar dan tenaga penggerak. Diharapkan agar "harga" tidak menjadi isu untuk tidak memakai topeng.
"keinsafan" untuk memakai topeng hendaklah di "paksa" kepada semua. Jangan ada segelintir yang memandang ringan hal ini. Jika dilihat pada tiga gambar di atas, kelihatan ada pelajar yang tidak memakai topeng tersebut. Kenapa ?
Juga pada gambar tengah pada baris kedua, sayup sayu[p di belakang terdapatr beberapa Guru (?) yang tidak memakai topeng. Begitu juga di gambar dimana pelajar sedang beratur mengambil topeng, kelihatan guru yang mengagih agihkan topeng tidak memakai topeng.
Sikap "tidak apa" dan "ianya tidak akan berlaku kepada diriku" hendaklah dikikis dan semua warga SMKKKB hendaklah difahamkan bahawa kecuaian pada diri individu boleh membawa musibah kepada warga yang lain dalam bentuk jangkitan dan juga penutupan sekolah.
Berdoalah kita semuanya kepada Allah agar warga SMKKKB keseluruhannya dijauhkan dari segala wabak dan musibah. Amin