Tuesday, February 28, 2012

Taklimat Sekolah Pemangkin 2012

Selasa, 28.2.12 - Satu taklimat untuk sekolah pemangkin 2012 atas anugerah pengiktirafan 5 bintang kepada SM3KB tahun 2011 telah diadakan di Bilik Merpati, BTPN Selangor bermula awal 9 pagi. Majlis dihadiri oleh Pengetua Cemerlang, GPB dan Cikgu Rozaidy mewakili SM3KB. Pada majlis berkenaan penyerahan Sijil Pengiktirafan 5 Bintang telah disampaikan oleh Pen Ketua Pengarah, BTPN Selangor Tn Hj Mohd Nor bin Isa. Untuk melaksanakan tugasan sebagai sekolah pemangkin, SM3KB akan membimbing 3 sekolah untuk mencapai sekurang-kurangnya 3 bintang tahun 2012 nanti. Sekolah yang terlibat ialah SJKC Choong Chee, SJKT Ladang Escort dan SK Sg Selisek. Program akan diatur untuk mencapai hasrat pihak yang berkenaan untuk menaikkan sekolah 5 bintang kepada 500 buah untuk tahun 2012. Semoga berjaya!!!

Monday, February 27, 2012

Minggu 9 Bulan Februari -Mac 2012

Minggu ke 9 bermula 27.02.12 hingga 3.03.2012. Guru bertugas minggu ini Cikgu Fathiyah & Cikgu Hafidza.
Isnin, 27.02.12
1. Perhimpunan -
i. Perutusan Hari Anti-Dadah,
ii. penyampaian hadiah pasukan bowling- keputusan L-15 Johan individu & Kumpulan ,p-15 individu No4, kumpulan -ketiga, P-18 kumpulan no.4. Semua akan mewakili daerah ke peringkat negeri Selangor. Tahniah & Syabas!!!
2. Kelas tambahan PPU
Selasa, 28.02.12
1. Mesyuarat Perancangan Strategik
2. Mesyuarat JK Kelas Tambahan 1
3 Kelas Tambahan PPU
4.Diskusi Kefahaman Islam
5. Mesyuarat JK Kewangan Sekolah
Rabu, 29.02.12
1. Perjumpaan Kelab Akademik
2. Perjumpaan Unit Uniform
3. Aktiviti Kelab Akademik PPU
4. Aktiviti Pengakap Kelana
5. Program Ikhtiar Hidup PPU
Khamis, 01.03.12
1. Mesyuarat Pengurusan
2. Mesyuarat JK NILAM
3. Kelas Tambahan PPU
4. Mesy JK Disiplin/MKP
Jumaat, 02.03.12
1. Takliamt Meretokrasi PPU
2, Ops Gaya
3. Perlantikan PRS
Sabtu, 03.03.12
Sekolah Ganti 2 - Jadual hari Jumaat

Saturday, February 25, 2012

LADAP - Pengurusan Kualiti


Sabtu - LADAP - Pengurusan Kualiti sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat SM3KB. Taklimat disampaikan oleh Sdr Mohd Isa bin Jali dari SMK Serendah, dulu pegawai di PPDHS juga merupakan x-sm3kbian.

Thursday, February 23, 2012

PROGRAM PENETAP TARGET SPM 2012

Khamis- Satu lagi program penetapan target dan ikrar calon SPM Potensi Cemerlang telah di adakan di Dewab Gemilang Asrama SM3KB. Majlis bermula jam 8.30 pagi dengan taklimat visi dan misi buat calon SPM 2012. Turut disampaikan penerangan Headcount kepada ibubapa supaya jelas dan faham objektif perjumpaan pagi agar ibubapa dapat membantu anak-anak mereka untuk cemerlang dalam SPM 2012 - harapan sekolah untuk mencapai 100%. Calon-calon yang terlibat telah menetapkan target dan melafazkan ikrar di hadapan ibu bapa masing-masing untuk cemerlang dalam SPM tahun ini.Untuk memberi semangat kepada calon SPM yang berpotensi cemerlang, slot motivasi disampaikan oleh Cikgu Abu Mansor seblum majlis berakhir.

Monday, February 20, 2012

MINGGU 8 BULAN FEBRUARI 2012

Minggu ke 8 Bulan Febrauri 2012. Guru bertugas minggu ini : Ustz Fadzlun & Cikgu Asmurni. Tajuk : "Nilai Terbaik Menuntut Ilmu"
Isnin, 20.2.11 -
1. Perhimpunan - perlantikan MKP, Pengawas PSS, Ketua Tingkatan & Penolong Ketua Tingkatan & Kuarter Master.
2. Kelas tambahan PPU
3. Ops Spot Check
4. PRS
Selasa, 21.2.12
1. Kelas Tambahan PPU
Rabu, 22.2.12
1. Perjumpaan Kelab Akademik / Bukan Akademik
2. Perjumpaan Kelab Sukan/ Permainan
3. Aktiviti Kelab Akademik PPU
4. Aktiviti Sukan/ Permainan PPU
Khamis,23.2.12
1. Program Penetapan Target & Ikrar Calon Potensi Cemerlang SPM 2012
1. Mesy AJK LDAP
2. Kelas Tambahan PPU
Jumaat,24.2.12
1, Taklimat KPK
2. Kemaskini data SKSLK PPU
3. Kem Belaian Kasih 1
Sabtu,25,2,12
1. LDAP bermula 8 pagi.

Friday, February 17, 2012

Penyerahan cek insuran Cuepacs

Jumaat - Sekeping cek tuntutan insurans ETIQA di bawah kelolaan CUEPACS telah disampaikan kepada Cikgu Yaki atas kematian isterinya Arwah NurAtiqah Suhaili Leng pada tahun 2011. Cek telah disampaikan oleh wakil pihak berkenaan pada hari yang sama Cikgu Yaki menyambut ulangtahun kelahiran pada hari ini. Kegembiraan dalam kesedihan... riang dalam duka.Al-Fatihah buat arwah.

Monday, February 13, 2012

MINGGU 7 BULAN FEBRUARI 2012

Minggu ke 7 bulan Februari 2012. Guru bertugas minggu ini : Cikgu Elangovan & Cikgu Cheah May Chee. Tajuk :Banyak Membaca Melahirkan Masyarakat Berilmu.
13.2.12, Isnin
1. Perhimpunan -
1. Perbarisan Kadet Polis
2. Penyampaian Watikah perlantikan Penasihat & Pengerusi Unit Uniform 2012
3. Perasmian Program NILAM oleh Pn Semariati bt Kiman, Penyelaras PKG, KKB
3.
3. Penyampaian Sijil Kebersihan Kelas Mesyuarat KPK
3. Kelas Tambahan PPU
4. Ops Gaya
5. Taklimat JK Kualiti
14.2.12, Selasa
1. Mesy JK Kesihatan
2. Diskusi Kefahaman Islam PPU
15.2.12, Rabu
1. Perjumpaan Unit Uniform / Kelab Permainan/Sukan
2. Aktiviti Pengakap Kelana
3. Aktiviti Sukan / Permainan PPU
4. Khidmat Sosial
16.2.12, Khamis
1. Kelas Tambahan PPU
2. Kursus Belajar Berkumpulan
3. Mesy JK Pengurusan Sekolah
17.2.12, Jumaat
1. Mesy JK Pengurusan Asrama
18.2.12 - Sabtu
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 di Dewan Bestari SM3KB.

Saturday, February 11, 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL / CERAMAH MOTIVASI


Sabtu - merupakan hari persekolahan ganti. Pengisian sepanjang hari dipenuhi dengan acara sambutan MaulidurRasul dan ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar bukan Islam. Acara sambutan MaulidurRasul telah dimulai dengan ucapan perasmian oleh pengetua cemerlang Sm3KB disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Untuk mendapat keberkatan, bacaan Surah Yassin secara berjemaah dipimpin oleh Tn Hj Mohd Ali Daud (PK) dan Selawat Nabi pimpinan Cikgu Abd Rashid. Acara selingan berupa persembahan nasyid, kisah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan diakhir slot pertama dengan deklamasi sajak oleh Cikgu Azura, Cikgu Hafidza & Cikgu Abdul Halim. Selepas rehat slot ke2 disambung dengan ceramah bertajuk Rasulullah Ikon Ummah Terunggul diadakan di 2 dewan berasingan di Asrama SM3KB. Ceramah disampaikan oleh Us Mohd Razalan dan Us Kamaruzaman dari Darul Quran, KKB.
Sementara itu para pelajar bukan Islam, satu sesi ceramah motivasi turut diadakan di Dewan Bestari SM3KB.

Sunday, February 5, 2012

MINGGU 6 - BULAN FEBRUARI 2012

Minggu ke 6 bulan Februari 2012. Guru bertugas minggu ini : Cikgu Azura & Cikgu Barathi
Isnin,6.2.12- Cuti MualidurRasul
Selasa, 7.2.12 - Cuti Taipusam
Rabu, 8.2.12 -
1. Perjumpaan Unit Uniform / Kelab Akademik
2. Aktiviti Pengakap Kelana
3. Aktiviti Kelab Akademik PPU
Khamais, 9.2.12 -
1. Mesy AJK Papan Kenyataan
2. Kelas Tambahan PPU
3. Kursus Belajar Berkumpulan
4. Mesy Majalah Sekolah
Jumaat -
1. Program Calon Harapan Unggul SPM
2. Program Penetap Target STPM
Sabtu - Hari persekolahan ganti cuti TBC
1. Sambutan MaulidurRasul & Penerapan Nilai Murni

Friday, February 3, 2012

Program Potensi Cemerlang PMR 2012




Jumaat,3.2.11 - Program yang sedang berlangsung di Dewan Gemilang Asrama SM3KB bermula 8 pagi dengan aturcara yang cukup padat. Majlis telah dirasmikan oleh Dato Vincent Teh Cheng Hock, Timb YDP,PIBG. Dalam ucapan beliau telah bersetuju untuk menyumbang piala pelajar terbaik sebagai cabaran kepada semua calon PMR 2012.Sebelum daripada itu penerangan berkaitan Head Count telah disampaikan oleh Tn Hj Zainal bin Sudin selepas ucapan aluan oleh Tn Hj Manap bin Jarkasi, Pengetua Cemerlang SM3KB. Para pelajar yang berpotensi cemerlang dalam PMR 2012 bersama ibubapa masing-masing telah membaca ikrar dan meletakkan penetapan target serta melafazkan akur janji untuk mencapai kecemerlangan yang dihajati.
Lain-lain gambar di www.sm3kbevents.blogspot.com

Wednesday, February 1, 2012

Perasmian Kelas Aliran Agama




1.2.12, Rabu - hari bersejarah bagi Kelas Aliran Agama (KAA) kerana dapat menjayakan Majlis Perasmian Bilik Aliran Agama untuk kelas ini, perasmian Persatuan Bahasa Arab serta penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang dari kelas ini. Majlis disempurnakan oleh Pengetua Wibawa SM3KB.