Thursday, December 31, 2009

Daftar Pelajar T1

Pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1 tahun 2010 telah selamat berlangsung pagi tadi. Beberapa sesi taklimat turut diadakan untuk memberi makluman awal kepada ibu bapa berkaitan pengurusan sekolah. Sesi berakhir menjelang 10 pagi dan persekolahan akan bermula pada 3 Januari 2010. Selamat Datang ke SM3KB semua pelajar baru untuk menempuh alam sekolah menengah. Lebih banyak gambar di http://gpbbea5061.fotopages.com/

Monday, December 28, 2009

AKTIVITI 2010 BERMULA...

Aktiviti yang melibatkan warga SM3KB - guru, ibubapa dan putera puteri -
31.12.09 Khamis - Pendaftaran murid tingkatan 1 bermula 8.30 pagi Dewan Bestari Sm3KB
3.1.2010 Ahad - Pendaftaran murid asrama bermula 8.30 pagi Dewan Gemilang Asrama
Untuk makluman semua pelajar beberapa perubahan telah dibuat bermula 4 Januari 2010. Pada hari pertama persekolahan bermula dengan Perhimpunan di Dataran Bestari pada jam 7.20 pagi, Semua pelajar tidak dibenarkan masuk ke kelas (sebab kelas-kelas telah diubah kedudukan) pada pagi hari Isnin. Pelajar hendaklah menunggu di CAFE D'RIA (Kantin) atau terus ke tapak perhimpunan.
Semua kelas akan berfungsi mulai jam 8.10 pagi.

Thursday, December 24, 2009

PMR 2009

Keputusan PMR 2009 telah diumumkan hari ini. SM3KB telah mencapai kejayaan yang membanggakan dengan peningkatan yang amat ketara berbanding 2008 seperti berikut:
GPS - 2.19 (2008 ) kepada 2.07
% lulus - 86.80 (2008) kepada 89.30
Bilangan A penuh - 14 orang (2008) kepada 27 orang
Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan kepada warga sekolah dan ibubapa yang telah bekerjasama untuk kejayaan calon PMR 2009.

Wajah keceriaan calon yang berjaya bersama rakan dan ibubapa. Sesi 'live broadcast' telah sempat dibuat selama 30 minit. Semua aktiviti yang berlangsung di Sm3KB akan dipancarkan secara lintas langsung yang boleh ditonton melalui layar TV dalam blog ini.
Pelajar Cemerlang
1. Nurul Huda bt Masdar (9A)
2. Muhd Daniel bin Abu Sofian (8A)
3. Nurul Izati bt Nurul Amin (8A)
4. Muhd Zaim b Zainudin (8A)
5. Nurshamiza bt Zamri (8A)
6. Amirah Norasykin bt Rozali (8A)6
7. Chong Qing Fung (8A)
8. Law Wen Ping (8A)
9. Lim Yi Ying (8A)
10. Norshasya Adibah bt Razman (8A)
11. Tan Jer Sen (8A)
12. Teh Shuan Chyi (8A)
13. Yong Yi Ying (8A)
14. Jayagaren a/l Paramasiram (8A)
15. Tan Lai Meng (8A)
16. Wong Oi Shin (8A)
17. Chong Qiu Yin (8A)
18. Amirah Syamimi Ahmad Shubri (8A)
19. Siti Munirah bt Mohd Yusof (8A)
20. Lian Wei Fung (8A)
21. Muhd Adha Salim (8A)
22. Norhazirah bt Hisham (8A)
23. Nur Alia bt Zainuddin (8A)
24. Nurshazwani bt Nordin (8A)
25. Kishok Pillai a/l Munalidaran (7A)
26. Balaganesan a/l Subramaniam (7A)
27.Kok Xuen Min (7A)
Di kesempatan ini diselitkan ucapan SELAMAT HARI NATAL kepada warga sekolah yang akan menyambutnya esok semoga kejayaan yang dicapai hari ini akan menambahkan kemeriahan sambutan Krismas tahun ini.Keratan akhbar SINAR Isnin 28 Disember 20009.

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431

SELAMAT TINGGAL 1430 HIJRAH,,,MARHABAN 1431 HIJRAH. Sambutannya esok 18 Dis...tapi amalannya petang hari ini..akhir waktu Asar baca dia ini...di awal waktu Maghrib baca pula doa ini...
Semoga dapat diamalkan ..jangan lepaskan peluang datang sekali setahun.

Tuesday, December 15, 2009

MESYUARAT GURU 1/2010

Mesyuarat Guru kali pertama tahun 2010 akan diadakan pada hari Isnin 28hb Disember 2009 bermula jam 8.00 pagi. Semua guru dimestikan hadir. Pada waktu rehat jam 10.30 pagi sesi penggambaran staf tahun 2009 akan dijalankan bertempat di Dataran Bestari. Pakaian formal sebab hari itu adalah hari rasmi bekerja. Harap Maklum. Pesanan Pengetua.

Dalam posting terdahulu terdapat 2 komen :
1. mencadangkan pakaian bertema - lelaki baju putih seluar hitam bertali leher.
2. Misi sekolah - kata ulangan 'dan' diganti ' serta' . Tindakan telah diambil untuk dibuat perubahan. Terima kasih kepada yang mencadangkan.

Siaran Langsung

Siaran langsung dari Asrama SM3KB sempena hari pendaftaran pelajar pada 3 Januari 2010. Butiran lanjut di http://www.asramasm3kb.blogspot.com/ Don't miss it!!!

Wednesday, December 9, 2009

Mesyuarat JK & x-sm3kbian

JK Asrama telah bersidang pada 8 Disember 2009....klik kat http://www.asramasm3kb.blogspot.com/ untuk sedikit butiran awal. Pada hari yang sama seorang bekas pelajar (X-SM3KBian) dari Sarawak telah datang menziarah sekolah lamanya yang dirindui ...Sdr Peter Tay (keluaran 1992)...klik kat http://www.alumnism3kb.blogspot.com/

Tuesday, December 1, 2009

PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SPM

Surat Pekeliling Ikhtisas : Bil 4/2009 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas : Bil 4/2009 bertarikh 1 Oktober 2009 berkenaan PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI TAHUN 2009. Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 9 September 2009 telah bersetuju supaya KPM melaksanakan sistem penggredan baru mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap SANGAT CEMERLANG di peringkat SPM. Sistem penggredan baru adalah seperti berikut :

GRED SEDIA ADA (GRED BARU)
(A+) 1A (A) 2A (A-) 3B (B+) 4B (B) 5C (C+) 6C (C) 7D (D) 8E (E) 9G (G)

Harap maklum dan terima kasih. Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=400

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA' 1430 hijrah diucapkan kepada semua kaum Muslimin & Muslimat SM3KB khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Wednesday, November 25, 2009

Staf Baru

Warga SM3KB mengalu-alukan kehadiran dan ucapan Selamat Bertugas di SM3KB kepada En.Abd.Aziz bin Mohamed Yussof yang akan menyandang jawatan PK mulai bulan ini menggantikan Tn Hj Rohaizad bin Mokhtar yang telah pun menerima jawatan baru sebagai Pen Kanan Tingkatan 6 di SM3KB. Juga kepada Pn Maniza bt Yusof yang telah dinaikkan ke jawatan Penolong Kanan HEM menggantikan En Abu Mansor bin Sathri yang telah menerima tawaran mengajar Tingkatan 6 - satu struktur pentadbiran baru yang diperkenalkan oleh KPM. Perubahan turut melibatkan Ketua Bidang Teknik & Vokasional Pn.Wan Shamsiah bt Wan Yusoff yang akan menggantikan Cik Hor Wai Yee. Secara kebetulan mereka anak kepada Yusof tapi berlainan bapa....sepusat sepusing mak lain-lain bapak asing-asing. SELAMAT BERTUGAS semoga SM3KB terus UNGGUL.

Tuesday, November 24, 2009

Walau hanya gambar....

Walau hanya 2 keping gambar tapi cukup untuk menceritakan segalanya...

Wednesday, November 18, 2009

SELAMAT MENDUDUKI SPM & STPM KEPADA CALON-CALON SM3KB SEMOGA BEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG UNTUK MENJADI YANG UNGGUL.

Tuesday, November 17, 2009

MESYUARAT GURU KE 3 2009

Mesyuarat yang dijalankan pada hari ini telah memutuskan beberapa perkara untuk diambil perhatian oleh semua warga SM3KB. Antaranya tarikh-tarikh mesyuarat JK HEM, JK Disiplin dan paling utama Mesyuarat Guru kali pertama 2010 yang akan dilangsungkan pada 28 Disember 2010 (Hari Isnin) seminggu sebelum hari persekolahan 2010 bermula. Pendaftaran murid tingkatan 1 akan diselesaikan pada 31 Disember 2009. Ini adalah makluman terawal untuk perhatian dan tindakan ibubapa yang anak mereka akan bersekolah di SM3KB. Surat-surat pemberitahuan akan diedarkan dalam masa yang terdekat.

Friday, November 13, 2009

Hi-Tea Kestaf 2009

Acara akhir tahun, Hi-Tea Kestaf akan diadakan di Bukit Beruntung Golf Resort petang ini Jumaat 13 November 2009 bermula 3.00 petang. Highlights of the event...klik kat http://www.kestafsm3kb.blogspot.com/

Thursday, November 12, 2009

KURSUS DI ROSA PASSADENA

Kursus Peningkatan Keprofesionalisme Ketua-ketua Bidang Sekolah Menengah Hulu Selangor sedang diadakan di Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands dengan pelbagai pengisian termasuk membina blog yang dikendalikan oleh GPB Syed Hassan Syed Mohamad. Wakil SM3KB terdiri daripada Ketua Bidang Bahasa -Pn Zainab bt Said, Ketua Bidang Kemanusiaan - Pn Zalita bt Osman dan Ketua Bidang Teknik & Vokasional -Cik Hor Wai Yee. Kursus dijalankan selama 3 hari 11-13 November 2009 (Rabu-Jumaat).

Tuesday, November 10, 2009

LAWATAN SKKKB1


Lawatan murid-murid tahun enam sempena aktiviti selepas UPSR ke SM3KB disambut dengan hati terbuka oleh pihak sekolah ini. Lawatan yang sedang berlangsung pagi ini Selasa 10 November 2009 bertujuan memperkenalkan suasana pembelajaran di sekolah menengah khususnya kepada murid-murid yang akan memasuki SM3KB tahun 2010. Rombongan terdiri daripada 32 orang murid diiringi Ustaz Hishamuddin bin Osman dan Pn Azrinah Ali Miras @ Shukor dan ketua murid Jeevan Rao a/l Siva Rao.SELAMAT DATANG KE SM3KB.

Saturday, November 7, 2009

Mesyuarat Kurikulum ke 3

JK Kurikulum sedang menjalankan mesyuarat kali ke 3 juga merupakan mesyuarat penutup tahun 2009. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Pengetua. Satu agenda yang perlu diambil perhatian oleh semua guru ialah PERANCANGAN STRATEGIK KURIKULUM 2010-2014 - Program Unggul Akademik Sekolah (PUAS). Maklumat lanjut akan disampaikan oleh Ketua Panitia mata pelajaran masing-masing dalam mesyuarat panitia yang akan diadakan kemudian. SM3KB akan menjadi pengerusi matapelajaran Geografi (PMR), Ekonomi Asas & Bah Cina (SPM) dan Pengajian Am & Ekonomi (STPM) tahun 2010.
Penyediaan takwim 2010 akan disediakan segera. Rujukan dilampirkan takwim persekolahan dan cuti tahun 2010.
(Klik untuk besarkan)

Friday, November 6, 2009

Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat

Majlis bacaan surah Yassin dan Solat Hajat khususnya untuk mendoakan kecemerlangan calon-calon SPM & STPM 2009 telah diadakan semalam di Mesjid Al-Rahimah Kuala Kubu Bharu selepas solat Maghrib. Majlis turut mengadakan Solat Hajat selepas solat Isya. Sebelum daripada itu pada sebelah siangnya telah diadakan Majlis Restu Ilmu dan Graduasi SPM yang berlansung di Dewan Gemilang Asrama SM3KB.

Monday, November 2, 2009

Minggu 1 Nov

Baru masuk awal bulan pencatat sudah kena meninggalkan sekolah untuk memberi satu kursus membina blog kepada pegawai sukan JPN dan PPD Negeri Selangor. Kursus diadakan di Seri Malaysia Port Dickson. Kursus ini adalah selama 4 hari - Isnin hingga Khamis (2-5 Nov 2009). Sepanjang minggu lepas pencatat berada di Dynasty Hotel - 5 hari. Peristiwa yang berlaku di sekolah dalam tempoh adalah diluar pengetahun pencatat. Lainlah kalau semua pihak berkerjasama untuk memaklumkan kepada pencatat semua aktiviti-aktiviti yang berlangsung di sekolah untuk dimuatkan dalam blog ini. Apa pun seminggu dua ini semua pelajar sedang menjalani peperiksaan akhir tahun...jadi tak banyak aktiviti yang melibatkan pelajar. Semoga berjaya semuanya.

Sunday, October 25, 2009

Gotong Royong

Walaupun hari Ahad, NYDP PIBG masih sudi meluangkan masa untuk menjalankan gotong royong bersama penghuni asrama awal pagi tadi. Setelah selesai menjalankan kerja-kerja, laluan air yang tersekat menjadi lebih lancar,jalan berlopak sempat ditimbus walaupun tak sempurna sebab backhoe yang dijanji tak sampai. Tetapi dengan kerja keras putera & puteri serta warden hasilnya boleh juga dibanggakan. Laporan telah dihantar kepada SINAR agar masalah bangunan terbengkalai, masalah keselamtan serta kebersihan kawasan asrama akan mendapat perhatian pihak yang berkenaan.Inilah usaha murni PIBG demi keselamatan pelajar SM3KB khususnya penghuni asrama.

Saturday, October 24, 2009

Okt 24

Majlis Khatam Quran, Jamuan Hari Raya dan Perpisahan Pelajar Asrama Tahun 2009 sedang berlangsung di Dewan Gemilang Asrama SM3KB. Cerita lanjut di www.asramasm3kb.blogspot.com

Thursday, October 22, 2009

Okt 22

Sekali lagi dimaklumkan kepada semua guru yang masih memegang NB PPSMI, diminta kerjasama untuk menyerahkan NB kepada GPB untuk tujuan pemeriksaan dan semakan inventori. Sila serahkan sebelum 30 Oktober 2009.

Wednesday, October 21, 2009

Rabu 21 Okt

Di awal pagi keadaan masih sunyi sepi. Mungkin mood peperiksaan sudah mula meresapi para pelajar yang sedang menjalani MUET mulai semalam hingga esok. Dalam pada itu peperiksaan akhir tahun akan bermula Jumaat ini 23/10/09 untuk tingkatan 4, Isnin 26/10/09 untuk tingkatan 6B dan Khamis 29/10/09 untuk tingkatan 1&2. Semuanya akan berakhir pada 6 Nov kecuali tingkatan 6B pada 10 Nov 2009. Pada sebelah petang telah diadakan mesyuarat kumpulan 'think-tank' perancangan strategik untuk tahun 2010-2014. Satu Visi dan Misi baru telah digubal dan akan diumumkan secara rasmi oleh pengetua tidak lama lagi.

Tuesday, October 20, 2009

Switch baru - akses laju

Semua sudah kembali ke sekolah. Bagi pelajar SPM dan STPM, mereka perlu membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang semakin hampir. Pelajar tingkatan 1,2,4 dan 6Bawah akan mula menghadapi peperiksaan akhir tahun mulai Jumaat ini 23/10/09. Sementara itu pelajar tingkatan 3 yang baru lepas dari tekanan PMR merasa lega dan gembira untuk mengisi masa-masa berbaki sebelum cuti panjang dengan aktiviti-aktiviti yang telah diatur khas untuk mereka. Hari juga pihak BTP telah menggantikan switch lama (dah masuk 10 tahun jenis accton) dengan yang baru jenis Allied Telesis yang dalam perancangan awal diganti pada bulan Disember 2008. Diharap dengan penggantian ini akses akan menjadi lebih lancar dan laju. Beginilah rupa cabinet yang telah disusunkemas oleh mereka bertiga.

Monday, October 19, 2009

Isnin Masih Cuti

Hari ini masih cuti...cuti yang telah diganti dulu. Tapi staf pejabat kena kerja le kot kecuali yang ambil cuti. Kira caturan yang amat tepat setelah penat berpesta air semalam, hari ini boleh rehat menghilangkan lelah sebelum kembali bertugas esok hari.

Sunday, October 18, 2009

HK - Sukses

Sambutan Hari Keluarga yang sukses. Semua yang hadir diharap sudah selamat kembali ke rumah masing-masing. Tukang catat sampai ke KKB pukul 11.00 malam - sebab singgah di Teluk Batik. Nak tahu ceritanya klik di sini. Sebelum bergerak tengah hari itu, pada sebelah pagi selepas sarapan telah diadakan aktiviti permainan untuk staf dan anak-anak. Selama 2 jam penuh dengan gelak ketawa dan suasana kegembiraan di kalangan staf yang hadir. Sebelum tiba waktu check out, masih ada yang sempat menaiki bot pisang untuk memahatkan kenangan terindah di Pulau Pangkor untuk kali terakhir. Belum tahu bila lagi kita akan sampai ke tempat ini.

Saturday, October 17, 2009

HARI KELUARGA 2009

Hari Keluarga warga SM3KB akan berlangsung hari ini di Pulau Pangkor. Bergerak dari KKB mulai 7. pagi dan dijangka sampai di sana pada jam 2.0 petang. Beberapa kereta telah konvoi dari SM3KB ke Jeti Lumut. Yang sempat berkumpul di sana bersama keluaga - Cikgu Serina, Cikgu Ct Noor, Cikgu Zalita, Cikgu Suhaily, Cikgu Faridah, Cikgu Zainab dan turut serta Pn Rosemah dan suami. Konvoi bergerak mulai jam 7.45 pagi melalui tol Tanjung Malim dan keluar di Tol Sungkai melalui Bidor ke Lumut. Di jeti lumut sedia menanti keluarga Pn Pengetua, Cikgu Roha, Cikgu Azura, , Cikgu Majlila, Cikgu Shirine, Cikgu Asmurni, Cikgu Nuratiqah,Cikgu Maniza, Cikgu Nurizan & suami , Cikgu Siti Faridah & suami dan kumpulan orang-orang bujang - Cikgu Rafizi & tunang, Cikgu Juliana & tunang & Sopian. Selepas menunggu seketika keluarga Cikgu Suhaini dan Cikgu Qamariah pun sampai. Penantian diteruskan kerana keluarga Pn Rosmina tersesat jalan tapi selamat sampai sebelum waktu menaiki feri untuk ke pulau bergerak jam 12.30 tgh. Rombongan tiba di Puteri Bayu Beach Resort kira-kira jam 1.45 petang dan check in ke chalet masing-masing. Waktu petang diisi dengan aktiviti pusing pulau menaiki van dan island hopping naik bot. Sementara itu budak-budak dan mak budak menghabiskan masa dalam kolam renang hingga lewat petang. Semuanya selesai dalam waktu yang mencukupi untuk persediaan program malam...BBQ sambil diselitkan aktivti yang cukup meriah dan penuh dengan hadiah. Selain acara selingan kira ok...(Pengetua sedang berucap bukan menyanyi), permainan dan cabutan bertuah turut diadakan. Aktiviti ini berakhir pada jam 11.00 malam dan semuanya masuk tidur dek keletihan
Mari mengenali keluarga warga SM3KB.dan bakal keluarga .Jangan tak jadi, satu dunia dah tahu!!!

Friday, October 16, 2009

Happy Deepavali

Hari ini mula cuti sampai hari Isnin. Selamat Hari Deepavali kepada semua guru dan pelajar India SM3KB yang akan menyambutnya esok hari. Yang lain pun tumpang seronok sebab cuti 4 hari. Apa nak dikata....MALAYSIA BOLEH!!!

Thursday, October 15, 2009

HARI ANUGERAH KO-KURIKULUM

Dirasmikan oleh En Kamal Rusdi mewakili PPD HS pada awal pagi tadi bermula dengan tabik hormat yang berlangsung di Astaka SM3KB. Dikuti dengan lawatan ke gerai-gerai jualan, pameran dan seterusnya acara di Dewan Bestari. Majlis penyampaian sijil dan penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam ko-kurikulum telah disempurnakan oleh wakil PIBG En Murali dan En Kamal Rusdi. Sementara majlis di dewan berjalan, gerai-gerai jualan makanan, cenderamata serta tidak ketinggalan kareoke turut diadakan. Sambutan sangat menggalakkan. Daripada banyak-banyak ruang bersantai yang disediakan untuk para pelajar yang hadir ke sekolah hari ini, rumah hantu telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan sehingga pelajar perlu berbaris panjang untuk masuk. Tayangan gambar, permainan komputer game,pameran AADK, Pejabat Kesihatan, F1 dan hasil kerja tangan seni para pelajar turut mendapat perhatian semua yang hadir. Hari Kecerlangan Ko-kurikulum telah menjadi satu agenda yang sangat berjaya dengan kutipan mencapai >RM10 000. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Tahniah kepada Nurul Sharlina Abu Hassan yang telah terpilih sebagai Tokoh Kokurikulum 2009.


Wednesday, October 14, 2009

Laporan Dari Hotel Putra,KL

Hari ini bertempat di 2 orang guru cemerlang dari SM3KB sedang menjalani bermula hari Isnin lalu dan berakhir hari ini Rabu.Mereka yang dimaksudkan ialah Guru Cemerlang Matematik Cikgu Low Lai Fun dan Guru Cemerlang Bahasa Inggeris Cikgu Sakila Bibi. Turut hadir untuk memberi sumbangan tips dan panduan membina blog kepada peserta-peserta kursus ialah GPB Syed Hassan bin Hj Syed Mohamad Pengerusi JK Guru Penyelaras Bestari Negeri Selangor (ruj: http://www.gpbnsde.blogspot.com/)