Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA' 1430 hijrah diucapkan kepada semua kaum Muslimin & Muslimat SM3KB khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Wednesday, November 25, 2009

Staf Baru

Warga SM3KB mengalu-alukan kehadiran dan ucapan Selamat Bertugas di SM3KB kepada En.Abd.Aziz bin Mohamed Yussof yang akan menyandang jawatan PK mulai bulan ini menggantikan Tn Hj Rohaizad bin Mokhtar yang telah pun menerima jawatan baru sebagai Pen Kanan Tingkatan 6 di SM3KB. Juga kepada Pn Maniza bt Yusof yang telah dinaikkan ke jawatan Penolong Kanan HEM menggantikan En Abu Mansor bin Sathri yang telah menerima tawaran mengajar Tingkatan 6 - satu struktur pentadbiran baru yang diperkenalkan oleh KPM. Perubahan turut melibatkan Ketua Bidang Teknik & Vokasional Pn.Wan Shamsiah bt Wan Yusoff yang akan menggantikan Cik Hor Wai Yee. Secara kebetulan mereka anak kepada Yusof tapi berlainan bapa....sepusat sepusing mak lain-lain bapak asing-asing. SELAMAT BERTUGAS semoga SM3KB terus UNGGUL.

Tuesday, November 24, 2009

Walau hanya gambar....

Walau hanya 2 keping gambar tapi cukup untuk menceritakan segalanya...

Wednesday, November 18, 2009

SELAMAT MENDUDUKI SPM & STPM KEPADA CALON-CALON SM3KB SEMOGA BEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG UNTUK MENJADI YANG UNGGUL.

Tuesday, November 17, 2009

MESYUARAT GURU KE 3 2009

Mesyuarat yang dijalankan pada hari ini telah memutuskan beberapa perkara untuk diambil perhatian oleh semua warga SM3KB. Antaranya tarikh-tarikh mesyuarat JK HEM, JK Disiplin dan paling utama Mesyuarat Guru kali pertama 2010 yang akan dilangsungkan pada 28 Disember 2010 (Hari Isnin) seminggu sebelum hari persekolahan 2010 bermula. Pendaftaran murid tingkatan 1 akan diselesaikan pada 31 Disember 2009. Ini adalah makluman terawal untuk perhatian dan tindakan ibubapa yang anak mereka akan bersekolah di SM3KB. Surat-surat pemberitahuan akan diedarkan dalam masa yang terdekat.

Friday, November 13, 2009

Hi-Tea Kestaf 2009

Acara akhir tahun, Hi-Tea Kestaf akan diadakan di Bukit Beruntung Golf Resort petang ini Jumaat 13 November 2009 bermula 3.00 petang. Highlights of the event...klik kat http://www.kestafsm3kb.blogspot.com/

Thursday, November 12, 2009

KURSUS DI ROSA PASSADENA

Kursus Peningkatan Keprofesionalisme Ketua-ketua Bidang Sekolah Menengah Hulu Selangor sedang diadakan di Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands dengan pelbagai pengisian termasuk membina blog yang dikendalikan oleh GPB Syed Hassan Syed Mohamad. Wakil SM3KB terdiri daripada Ketua Bidang Bahasa -Pn Zainab bt Said, Ketua Bidang Kemanusiaan - Pn Zalita bt Osman dan Ketua Bidang Teknik & Vokasional -Cik Hor Wai Yee. Kursus dijalankan selama 3 hari 11-13 November 2009 (Rabu-Jumaat).

Tuesday, November 10, 2009

LAWATAN SKKKB1


Lawatan murid-murid tahun enam sempena aktiviti selepas UPSR ke SM3KB disambut dengan hati terbuka oleh pihak sekolah ini. Lawatan yang sedang berlangsung pagi ini Selasa 10 November 2009 bertujuan memperkenalkan suasana pembelajaran di sekolah menengah khususnya kepada murid-murid yang akan memasuki SM3KB tahun 2010. Rombongan terdiri daripada 32 orang murid diiringi Ustaz Hishamuddin bin Osman dan Pn Azrinah Ali Miras @ Shukor dan ketua murid Jeevan Rao a/l Siva Rao.SELAMAT DATANG KE SM3KB.

Saturday, November 7, 2009

Mesyuarat Kurikulum ke 3

JK Kurikulum sedang menjalankan mesyuarat kali ke 3 juga merupakan mesyuarat penutup tahun 2009. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Pengetua. Satu agenda yang perlu diambil perhatian oleh semua guru ialah PERANCANGAN STRATEGIK KURIKULUM 2010-2014 - Program Unggul Akademik Sekolah (PUAS). Maklumat lanjut akan disampaikan oleh Ketua Panitia mata pelajaran masing-masing dalam mesyuarat panitia yang akan diadakan kemudian. SM3KB akan menjadi pengerusi matapelajaran Geografi (PMR), Ekonomi Asas & Bah Cina (SPM) dan Pengajian Am & Ekonomi (STPM) tahun 2010.
Penyediaan takwim 2010 akan disediakan segera. Rujukan dilampirkan takwim persekolahan dan cuti tahun 2010.
(Klik untuk besarkan)

Friday, November 6, 2009

Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat

Majlis bacaan surah Yassin dan Solat Hajat khususnya untuk mendoakan kecemerlangan calon-calon SPM & STPM 2009 telah diadakan semalam di Mesjid Al-Rahimah Kuala Kubu Bharu selepas solat Maghrib. Majlis turut mengadakan Solat Hajat selepas solat Isya. Sebelum daripada itu pada sebelah siangnya telah diadakan Majlis Restu Ilmu dan Graduasi SPM yang berlansung di Dewan Gemilang Asrama SM3KB.

Monday, November 2, 2009

Minggu 1 Nov

Baru masuk awal bulan pencatat sudah kena meninggalkan sekolah untuk memberi satu kursus membina blog kepada pegawai sukan JPN dan PPD Negeri Selangor. Kursus diadakan di Seri Malaysia Port Dickson. Kursus ini adalah selama 4 hari - Isnin hingga Khamis (2-5 Nov 2009). Sepanjang minggu lepas pencatat berada di Dynasty Hotel - 5 hari. Peristiwa yang berlaku di sekolah dalam tempoh adalah diluar pengetahun pencatat. Lainlah kalau semua pihak berkerjasama untuk memaklumkan kepada pencatat semua aktiviti-aktiviti yang berlangsung di sekolah untuk dimuatkan dalam blog ini. Apa pun seminggu dua ini semua pelajar sedang menjalani peperiksaan akhir tahun...jadi tak banyak aktiviti yang melibatkan pelajar. Semoga berjaya semuanya.