Saturday, February 11, 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL / CERAMAH MOTIVASI


Sabtu - merupakan hari persekolahan ganti. Pengisian sepanjang hari dipenuhi dengan acara sambutan MaulidurRasul dan ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar bukan Islam. Acara sambutan MaulidurRasul telah dimulai dengan ucapan perasmian oleh pengetua cemerlang Sm3KB disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Untuk mendapat keberkatan, bacaan Surah Yassin secara berjemaah dipimpin oleh Tn Hj Mohd Ali Daud (PK) dan Selawat Nabi pimpinan Cikgu Abd Rashid. Acara selingan berupa persembahan nasyid, kisah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan diakhir slot pertama dengan deklamasi sajak oleh Cikgu Azura, Cikgu Hafidza & Cikgu Abdul Halim. Selepas rehat slot ke2 disambung dengan ceramah bertajuk Rasulullah Ikon Ummah Terunggul diadakan di 2 dewan berasingan di Asrama SM3KB. Ceramah disampaikan oleh Us Mohd Razalan dan Us Kamaruzaman dari Darul Quran, KKB.
Sementara itu para pelajar bukan Islam, satu sesi ceramah motivasi turut diadakan di Dewan Bestari SM3KB.

No comments: