Thursday, November 3, 2011

MAJLIS GRADUASI KE 10


Khamis, 3.11.11 - Majlis Graduasi Siri ke 10 sedang berlangsung di Dewan Bestari SM3KB. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Abdul Khalid bin Hj Jaafar, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Majlis Graduasi ini merupakan satu majlis yang amat bermakna kepada para pelajar yang telah berjuang untuk memiliki segulung ijazah di sesebuah universiti. memandangkan majlis graduasi ini boleh memberi satu suntikan semangat yang amat berkesan di kalangan pelajar, maka Majlis Graduasi yang telah menjadi tradisi sejak tahun 2002 ini haruslah diteruskan. Diharapkan progtam ini dapat mencetuskan motivasi kpeada calon-calon SPM dan STPM tahun ini semoga dapat meningkatkan usaha ke arah mencapai kejayaan yang cemerlang dan seterusnya merealisasikan segala impian dan cita-cita. Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada para pelajar, Majlis Graduasi dapat mencetus semangat untuk berjaya dalam peperiksaan dan seterusnya memasuki IPT pada tahun hadapan. Majlis Graduasi adalah satu cara meningkatkan keazaman untuk menghadapi peperiksaan. Majlis ini bermatlamatkan meningkatkan semangat dan motivasi ke tahap tertinggi sebelm calon-calon menghadapi peperiksaan SPM dan STPM. Objektif program adalah : i. mencapai tahap persediaan yang tinggi bagi menghadapi peperiksaan SPM & STPM. ii. Menguatkan azam untuk merealisasikan kejayaan bagi diri sendiri dan iii. merasai pengalaman bergraduasi dan menyimpan hasrat menikmati graduasi atau konvokesyen sebenar di IPT kelak. Majlis Graduasi 2011 melibatkan 181 calon SPM dan 98 calon STPM. Gambar di sini

No comments: