Monday, August 30, 2010

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI










Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010 bertemakan 1 Malaysia Menjana Transformasi telah dilangsungkan hari ini Isnin 30 Ogos 2010 di Astaka SM3KB. Sambutan ini bertujuan menyemai rasa kecintaan kepada tanah air, menghargai perjuangan pemimpin-pemimpin kemerdekaan,mengukuhkan kerjasama dan semangat muhibbah di kalangan murid pelbagai kaum. Acara dimulakan dengan tabik hormat Unit Beruniform dipimpim Puteri Islam, ucapan dan persembahan ringan - sajak oleh guru-guru terpilih. Majlis berakhir dengan nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang & 31 Ogos.

No comments: