Tuesday, July 6, 2010

Julai 6

Selaa - Lewat jam 4 petang serombongan pemantau dari Kementerian Pelajaran (bahagian pembangunan) bersama unit pembangunan JPNSDE dan PPD Hulu Selangor diirngi syarikat konsultan dan kontraktor pembinaan makmal komputer yang baru telah datang untuk membuat pemantauan status bangunan tersebut. Rombongan diketuai En Omar Taib (KPM) telah melawat tapak pembinaan dan kemudaiannya mengadakan sesi perbincangan bagi mengatasi masalah kelewatan menyiapkan kedua-dua makmal komputer tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. Syarikat Tok Uban Maju Teguh Sdn Bhd yang berupakan kontraktor yang telah diberi kerja telah berjanji akan menyiapkan pembinaan makmal sebelum tahun 2010 berakhir. Di samping itu untuk menjamin keselamatan persekitaran kawasan sekolah, syarikat akan membetulkan kerosakan yang berlaku serta mematuhi peraturan kerja ketika berada dalam kawasan sekolah. Perbincangan lanjutan akan diteruskan antara syarikat dengan pengetua sekolah dari semasa ke semasa.

No comments: