Wednesday, March 3, 2010

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR UNGGUL

Rabu - Program Pemantapan Sahsiah Pelajar Unggul melalui Penghayatan Maulid-ur-Rasul (bertemakan Memantap Ukhwah,Memperkasa Ummah) dan Penerapan Nilai-nilai Murni telah diadakan pagi ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh Pn Mazmin bt Mohd. Selepas ucapan perasmian, selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W telah disampaikan beramai-ramai. Pelbagai acara kemudiannya dijalankan termasuk ceramah agama & kuiz, explorace serta ceramah khas untuk pelajar bukan Islam. Semua acara berjalan lancar dan P&P bersambung mulai jam 10.30 pagi. Banyak lagi gambar di http://gpbbea5061.fotopages.com/ Untuk tempahan gambar sila berurusan dengan Pengerusi atau bendahari Briged Bestari.

No comments: