Wednesday, April 14, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA

Rabu 14 April - Program Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua pelajar dan guru SM3KB telah berjaya diadakan bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Pembahagian kawasan dengan bilangan pelajar yang mencukupi menjadikan kerja-kerja yang dijalankan lebih tersusun dan berkesan. Ucapan terima kasih pihak pengurusan sekolah kepada semua yang terlibat secara langsung (bekerja semasa gotong royong) dan tidak langsung (menyumbang pokok, bahan dsb) bagi menjayakan program ini. Masih banyak yang perlu dilakukan, makanya gotong royong kali kedua seharusnya diadakan lagi.

No comments: