Wednesday, April 21, 2010

PROGRAM CELIK ICT - UNIRAZAK

Sekumpulan pelajar IT dari tingkatan 5 dan 4 telah dipelawa menyertai program Celik ICT anjuran Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) pada hari ini. Rombongan berlepas dari pekarangan sekolah menaiki bas ke UNIRAZAK dan sampai pada jam 10.00 pagi. Sesi pengenal telah disampaikan oleh Dekan Fakulti Teknologi Maklumat UNIRAZAK - Prof Dr.Syed Maloek F.D bin Syed Mustapha. Seterusnya sesi penerangan peluang kerjaya dalam bidan ICT disampaikan oleh Dr.Kalaivani - yang telah mencelikkan mata pelajar tentang pelbagai peluang pekerjaan yang menanti mereka di pasaran Malaysia pada masa kini. Selepas makan tengahari dan rehat, sesi petang diisi pula dengan penerangan mengelak daripada serangan pengodam (hackers) dan sedikit sebanyak cara-cara pengodam menjalankan kegiatan mereka. Program Slot 1 ini berakhir kira-kira jam 3.30 petang dan rombongan bertolak balik ke KKB dan selamat sampai pada jam 5.00 petang. Slot kedua berupa Seminar ICT yang akan dijalankan di sekolah akan diadakan pada 12hb Mei 2010 (Rabu). Gambar 1 : Bersama Dr Syed Malek Dekan Fakulti Teknologi Maklumat UNIRAZAK. 2. Sumbangan cendahati oleh Dr.Kalaivani (Pensyarah Kanan UNIRAZAK). 3. Gambar pelajar bersama pengelola program.

No comments: