Saturday, April 10, 2010

DARI AKADEMI BOMBA KKB








Sabtu 10 April - Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SM3Kb telah berlangsung di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, KKB yang dirasmikan oleh YB Dr.Hj Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi berjalan lancar seperti yang dirancangkan dan berakhir pada kira-kira jam 10.30pagi. Untuk mengisi masa menanti kehadiran perasmi, para hadirin telah dipersembahkan dengan tayangan multimedia yang dikendalikan oleh ali Briged Bestari. Selepas sesi ucapan, penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang terus dijalankan dan berhenti sekejap untuk selingan persembahan kumpulan koir yang telah dikenali warga Hulu Selangor. Penyampaian hadiah kepada pelajar lain dieruskan sehingga akhir acara yang dirasakan cukup padat, ringkas dan berkesan. Syabas kepada semua yang terlibat. (Gambar-gambar semasa penyampaian hadiah boleh didapati dalam bentuk 4R dan 8R dengan harga RM20 (termasuk kos penghantaran) Kepada yang berhajat, sila hubungi 013-6022095 untuk tempahan dan penerangan lanjut.)

No comments: