Monday, January 25, 2010

BERITA GEMBIRA YAYASAN SELANGOR


Isnin 25 Januari - Lawatan Pengurus Pembangunan Pendidikan Yayasan Selangor, Pn Hjh Normah bt Ismail bersama Pn Hjh Rosmaria bt Maarof, telah membawa berita gembira kepada semua warga SM3KB. Menurut analisis keputusan PMR 2009, SM3KB berada di tangga teratas berbanding asrama daerah seluruh Negeri Selangor. Dengan peratus kelulusan 88.5% yang disumbangkan oleh putera puteri SM3KB mengatasi SMK Teluk Datuk(83.3%) dan SMK Jln 3,Bangi (80.0%),juga melebihi % kelulusan keseluruhan peringkat Negeri Selangor iaitu 73%. Tahniah kepada semua pihak yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada kejayaan SM3KB mengekal kedudukan teratas selama 2 tahun berturut-turut. Semoga SM3KB terus UNGGUL. Cerita mentor mentee....pergi ke http://asramasm3kb.blogspot.com

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah atas kejayaan gemilang tersebut. Kejayaan murid diraikan dan barisan pentadbiran dijamukan dgn pelbagai macam wardah kegembiraan. Apa khabar guru-guru marhin bawahan yg 'mungkin ada' sedikit saham kejayaan berkongsi kegembiraan?
p/s si pengukir, mentimun dan pisau ada peranan walau mentimun sekadar sebuah bahan ukiran!

Anonymous said...

Jaman tak seberapa..makan kuih dan bihun goreng siam je...lagipun sekadar meraikan pegaqwai Yayasan Selangor yang datang ziarah pelajar YS. Tak ada makan pelbagai wardah kegembiraa...muka bebudak tu je yang gembira.

Anonymous said...

Syabas SMK!