Thursday, January 21, 2010

Perkongsian Pintar SMATKKB-SM3KB


Khamis 21 Jan - Serombongan 7 orang pelajar dan 5 orang guru Tingkatan 6 dari Sekolah Menengah Agama Tinggi KKB telah datang ke sekolah ini untuk berkongsi ilmu dari segi pengurusan kelas tingkatan 6. Mereka telah mendapat penerangan dari Pen Kanan Ting.6 atau lebih dikenali di sekolah ini sebagai Program Pra Universiti - Tn Hj Rohaizad bin Mokhtar. Perbincangan antara ketua-ketua unit PPU dengan guru-guru T6 sekolah pelawat dijalankan dalam suasana harmoni dan lapang dada untuk membantu pihak yang memerlukan. Sementara itu para pelajar telah diberi kesempatan untuk meninjau kelas-kelas PPU dan berkenalan dengan para pelajar PPU di SM3KB. Pengetua sekolah Pn Mazmin bt Mohd dalam ucapan aluannya merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua SMAT KKB kerana sudi memilih SM3KB sebagai sekolah untuk perkongsian pintar ini. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran pelajar serta guru SMAT KKB untuk datang lagi dari semasa ke semasa agar matlamat yang diharapkan dapat tercapai dengan jayanya.

No comments: