Wednesday, January 27, 2010

Aktiviti Kelab Pencegah Jenayah

Rabu 27 Jan - Satu ceramah pencegahan jenayah telah diadakan awal pagi tadi. Ceramah ringkas yang diadakan di tapak perhimpunan Dataran Bestari telah disampaikan oleh DSP Bakhtiar yang juga merupakan YDP PIBG SM3KB. Ceramah yang disampaikan menyentuh aspek kesalahan lalulintas dan jenayah siber.
Sebelum daripada itu, semalam- Selasa 26 Jan. - satu sesi ujian air kencing telah diadakan. Sesi yang dijalankan dengan kerjasama PPD dan ADK adalah bertujuan untuk memastikan pelajar sekolah ini bebas dari pengaruh dadah. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan memberi komitmen tinggi bagi menjamin keselamatan warga sekolah khususnya para pelajar agar keunggulan SM3KB tetap terpelihara.

No comments: