Friday, July 10, 2009

HARI PENYERAHAN KAD LAPORAN



Hari ini adalah yang mengembirakan kepada pelajar SM3KB kerana pada hari ini ibubapa/ penjaga masing-masing akan menerima kad pelaporan akademik untuk tempoh 1/2 tahun 2009. Kepada para pelajar yang telah lulus dengan cemerlang diucapkan tahniah. Kekalkan prestasi ini untuk masa depan kalian. Namun begitu ada juga pelajar yang merasa gundah gulana kerana kurang berjaya dalam beberapa mata pelajaran. Sebagai insan anda jangan berputus asa. Cuba lagi sebab peluang untuk membaiki diri masih terbuka luas. Semoga berjaya untuk anda. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibubapa/ penjaga atau wakil kerana sudi hadir ke sekolah untuk menjayakan satu-satunya acara yang membuktikan komitmen anda untuk kecemerlangan anak masing-masing.

1 comment:

Tn. Hj. Manap Jarkasi said...

Kecemerlangan dapat dihasilkan jika kita dapat melakukan perkara yang luar biasa. Tahniah warga SMKKKB