Monday, July 27, 2009

Terkini dari Dataran Bestari

Semasa perhimpunan hari ini, PK KoKu telah memaklumkan beberapa ketetapan yang telah dicapai semasa mesyuarat guru pada hari Sabtu lalu.
1. Dipelawa kepada semua pelajar yang berminat untuk menyertai Perkhemahan Intergasi dengan bayaran RM60.00 (semua ditanggung) untuk menambahkan koleksi sijil penyertaan pelajar.
2. Esok Selasa 28 Julai 2009, sebagai tuan rumah Olimpik Muda, pasukan bolasepak akan beraksi di Stadium Millinium Ampang Pecah dan pasukan bolajaring di SMSM. Para pelajar diseru untuk datang memberi sokongan moral kepada pasukan sekolah kita.
3. Mulai Rabu 29 Julai 2009, sebelum aktiviti kelab / persatuan/ unit uniform bermula, tepat jam 2.30 petang semua pelajar akan berkumpul di Dataran Bestari sebelum dibawa oleh Guru Penasihat ke tempat perjumpaan. Aktiviti minggu ini ialah Kelab & Persatuan.
4. Kelas tambahan untuk pelajar tingkatan 3 & 5 akan bermula minggu ini. Mereka dikecualikan daripada menghadiri aktiviti kokurikulum tetapi perlu membawa Buku Laporan Kokurikulum untuk ditandatangani oleh 2 orang guru yang menjalankan kelas tambahan.
5. Mulai minggu depan, pada setiap minggu pertama setiap bulan, semua pelajar dimestikan memakai pakaian unit uniform untuk acara pemeriksaan barisan.
6. Sempena sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak dalam bulan Ogos nanti, semua aktiviti KoKurikulum ditangguhkan.

4 comments:

Anonymous said...

ckgu, link 2 siber kt pautan hasil pelajar tu slh. waa ktorg pon ade blog kelas jugak. nanti bole la di list kan ye. heheh

Anonymous said...

http://3digital09.blogspot.com/

yusma said...

knp ari isnin kne pki bju unifrom...................

GPBSMKKKB said...

esok boleh tahu...sebab esok Isnin 3hb akan bermula sesuatu yang baru.ok