Monday, May 18, 2009

SAMBUTAN HARI GURU SM3KB

Sambutan Hari Guru di SM3KB telah diadakan pada 18hb Mei 2009. Pelbagai aktiviti telah diatur dari awal pagi hingga petang. Semua acara dijalankan di Dewan Bestari yang penuh sesak dengan pelajar. Walaupun pada awal pagi cuaca hujan seketika tetapi acara padang dapat diadakan dengan penuh keceriaan bermula jam 10.30 pagi. Pada masa yang sama pertandingan memasak dan menghias buah-buahan telah dijalankan serentak. Acara persembahan di dewan bermula jam 12.00 tgh dan berakhir pada waktu pelajar dibenarkan pulang. Walaupun ringkas tetapi padat dengan aktivti yang menghiburkan guru dan pelajar seadanya.
Selamat Datang diucapkan kepada Cikgu Elangovan Muthukrishnan yang telah mendaftar untuk menjadi warga SM3KB hari ini.

2 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Guru. Anda adalah guru yang terbaik yang pernah saya temui. Mantan Pengetua. Hj. Manap jarkasi.

Anonymous said...

manap de best!!!!!!!yang lain boleh tahan je~~~~