Tuesday, May 19, 2009

Suasana sepi

Sehari selepas riuh rendah meraikan hari guru semalam, hari ini suasan kembali sunyi sepi apabila pelajar mulai menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Edaran jadual peperiksaan telah diberikan kepada semua yang terlibat. Pelajar tingkatan 4, 5 & 6Atas telah memulakan peperiksaan pada 13 Mei lalu. Pelajar tingkatan 3 akan bermula pada esok hari 20 Mei 2009 dan pelajar tingkatan 1 & 2 akan bermula pada hari khamis 21 Mei 2009. Kepada semua pelajar yang terlibat dengan peperiksaan diucapkan Selamat Maju Jaya dan semoga tercapai hajat dihati menggapai sasaran yang telah ditetapkan.

1 comment:

Anonymous said...

Selamat Hari Guru Untuk Guru SMKKKB. Anda adalah yang terhebat yang pernah saya temui. Mantan Pengetua. Tn. Hj, Manap Jarkasi