Tuesday, February 17, 2009

BERITA ANGIN BERITA SAHIH

Berita angin yang bertiup kencang mengatakan Pengetua Kanan SM3KB akan beralih angin ke sekolah berhampiran telah menjadi berita sahih. Surat perpindahan (tukar kerusi) antara Sm3KB dan SMDHK kini telah disahkan dengan surat rasmi yang diterima kedua-dua pihak mulai 16 Februari 2009. Selamat Tinggal kepada Tn Hj Manap bin Jarkasi dan Selamat Datang kepada Pn Mazmin bt Mohamad. Semoga kedua-dua yang terlibat dapat menjalankan tugas dengan penuh iltizam, komitmen serta semangat tinggi di tempat baru.

13 comments:

kitolkl said...

Hanya Jauhari Mengenal Maknikam. Benih yg baik jatuh ke laut menjadi pulau jua akhirnya!

Habshah said...

Assalammualaikkum,

Selamat bertugas di tempat baru untuk keduadua pengetua.

Terimakasih

mamad said...

semoga begembira mentadbir dsana....kami d sini sentiasa mendoakan cikgu.....terima kasih cikgu....assalamualaikom

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM.TUAN MANAP.WALAUPUN SAYA MASIH BARU DI SINI TETAPI SAYA KAGUM DENGAN KETERAMPILAN DAN KEPIMPINAN TUAN SEBAGAI KETUA PENTADBIR DI SEKOLAH INI.SEMOGA TUAN DIRAHMATI ALLAH DAN DIPANJANGKAN UMUR.

KALAU ADA SUMUR DI SAWAH,
INGIN SAYA MENUPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG,
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI.

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM.TUAN MANAP.WALAUPUN SAYA MASIH BARU DI SINI TETAPI SAYA KAGUM DENGAN KETERAMPILAN DAN KEPIMPINAN TUAN SEBAGAI KETUA PENTADBIR DI SEKOLAH INI.SEMOGA TUAN DIRAHMATI ALLAH DAN DIPANJANGKAN UMUR.

KALAU ADA SUMUR DI SAWAH,
INGIN SAYA MENUPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG,
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI.

Anonymous said...

hee =.=
sedih gile..
cmne la nty dpt gru bsr baru.. T-T

Anonymous said...

waaaaaaaaa........sdey gler...

Anonymous said...

huhuhu......x snggup arr nk dpt pngetua bru

Ukhwah Fillah Abadan abada said...

assalamualaikum... Semoga Ayahanda berada dalam keadaan yang gembira dan sentiasa di rahmati Allah... Amin...

Anonymous said...

Kami harap Tn Hj Manap dapat dikekalkan di sekolah smkkkb lebih lama lagi kerana sekolah ini amat memerlukan kepimpinan tuan bagi pelbagai projek lagi samada dalam bidang akedemik mahupun pentadbiran sekolah keseluruhan.harap pihak jabatan pelajaran dapat menilai/mengkaji semula sebelum menbuat keputusan muktamad.Amat sedih dan sayang sekali jika benih yang baru sahaja ditanam dan dalam process tumbesaran sudah mulai dipindahkan ke tempat lain.

Warga Selangor

PIBG said...

Bagi pihak PIBG,kami rasa terkejut apabila dimaklumkan berita tersebut.Tn Pengetua amat berjasa dan merupakan seorang penasihat yang cemerlang dari segi kepimpinannya.Telah banyak membawa perubahan kepada sekolah dan amat terkenal mahupun di Hulu Selangor atau peringkat negeri Selangor.Banyak lagi program dan projek2 sedang dalam pembinaan/pembangunan yang amat memerlukan pimpinan beliau.Kami rasa perpindahan itu adalah tidak wajar dan boleh mengugat process pembangunan yang telah dirancang antara PIBG dan sekolah.Wajah kurang maya dan rasa pilu dilihat oleh semua guru2 dan murid2 dan juga semua AJK PIBG terhadap perpindahan beliau.Pihak PIBG telah merayu kepada pejabat pelajaran supaya perpindahan beliau dapat ditangguhkan/dibatalkan.Semoga rayuan kita mendapat perhatian dari jabatan pelajaran.

PIBG SMKKKB

Anonymous said...

ADA FAREWELL PARTI KE UNTUK TN.HJ MANAP JIKA SECARA KEBETULAN PINDAH KE SEKOLAH LAIN? JANGAN LUPA BUAT JEMPUTAN KHAS KEPADA AHLI PIBG DAN ALUMI SMKKKB.CIKGU SYED JANGAN LUPA BAWA KAMERA DAN VCAM UNTUK KENANGAN MANIS YA!

PIBG MEMBERS

Anonymous said...

xnk tukar pengetua la..
bdk2 smd kate pn. mazmin xbgs mcm tuan manap..
cmne bleh tuka ngan pengetua smd plak neh..
skola dah bestari..smpai pengetua pn kne tuka?
haihh