Tuesday, January 1, 2013

Pendaftaran penghuni asrama 2013






Selasa, 1.1.2013 - Bersempena cuti tahun baru hari ini, para pelajar yang telah diterima untuk menduduki semula asrama SM3KB telah membuat pendaftaran, pembayaran yuran dan persediaan yang perlu untuk berpisah lagi dengan keluarga masing-masing. Paling teruja adalah pelajar-pelajar baru yang akan melangkah masuk ke Tingkatan 1 dan tinggal di asrama berjauhan dari keluarga. Selepas sarapan pagi, kata-kata aluan telah disampaikan oleh Pengetua Cemerlang diikuti dengan taklimat ringkas untuk makluma ibubapa disampaikan oleh PK HEM. Selesai sesi itu, urusan pembayaran yuran dan persediaan apa yang patut telah diuruskan sendiri oleh para pelajar dan ibubapa masing-masing. Kepada semua pelajar baru diucapkan SELAMAT DATANG UNTUK BELAJAR DI SM3KB.

No comments: