Wednesday, January 30, 2013

PEMBERITAHUAN PENTING

Syarat yang perlu dipatuhi oleh sekolah semasa mengisi BORANG TUNTUTAN - arahan PPD Hulu Selangor.
1. Cecair pemadam tidak dibenarkan sama sekali - hanya tandatangan ringkas jika ada kesalahan perkataan (AP 147 (ii))
2. Berkuatkuasa tahun 2013, pembayaran TOT mesti disertakan Resit Asal dan jika menggunakan TnG perlu sertakan Penyata Ringkas yang dicetak melalui sistem TnG (selain daripada itu tuntutan tidak akan dibayar).
3. Semua tuntutan perlu diserahkan kepada Unit Kewangan Sekolah (u.p. Pn Siti Murni) selewat-lewatnya pada 1hb setiap bulan dan jikalau telah pasti  pada bulan itu tiada tuntutan lain, tuntutan boleh diserahkan awal untuk mengelakkan kelewatan tuntutan dihantar ke PPD Hulu Selangor . Sebarang kelewatan tuntutan adalah tanggungjawab sendiri dan akan ditolak kerana Tuntutan Perjalanan perlu dihantar ke PPD Hulu Selangor pada 5hb setiap bulan berikutnya.
4. Hanya borang tuntutan yang baru diterima pakai oleh PPD Hulu Selangor. Versi lain tidak akan dilayan atau permohonan ditolak.
Borang tuntutan baru boleh didapati di pejabat sekolah. Borang format lama telah dibatalkan. 

No comments: