Saturday, February 19, 2011

Program Potensi Cemerlang PMR 2011


Sabtu, 19.2.11 - Program Potensi Cemerlang PMR bertujuan antara lain mengenalpasti calon-calon PMR yang boleh mencapai keputusan cemerlang untuk diberi motivasi dan keyakinan diri. Melalui program ini diharapkan dapat meningkatkan peratus kuantiti dan kualiti PMR disamping memastikan pelajar boleh mencapai B ke A dalam PMR 2011. Dalam program ini calon-calon turut membuat penetapan target yang ingin dicapai dalam PMR serta Akur Janji di hadapan ibu bapa masing-masing.Seramai 132 orang pelajar terlibat menjayakan program ini. Program berlangsung di Dewan Gemilang Asrama SM3KB bermula jam 9 pagi telah dirasmikan oleh Dato Vincent Teh, Naib YDP PIBG.

No comments: