Thursday, October 15, 2009

HARI ANUGERAH KO-KURIKULUM

Dirasmikan oleh En Kamal Rusdi mewakili PPD HS pada awal pagi tadi bermula dengan tabik hormat yang berlangsung di Astaka SM3KB. Dikuti dengan lawatan ke gerai-gerai jualan, pameran dan seterusnya acara di Dewan Bestari. Majlis penyampaian sijil dan penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam ko-kurikulum telah disempurnakan oleh wakil PIBG En Murali dan En Kamal Rusdi. Sementara majlis di dewan berjalan, gerai-gerai jualan makanan, cenderamata serta tidak ketinggalan kareoke turut diadakan. Sambutan sangat menggalakkan. Daripada banyak-banyak ruang bersantai yang disediakan untuk para pelajar yang hadir ke sekolah hari ini, rumah hantu telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan sehingga pelajar perlu berbaris panjang untuk masuk. Tayangan gambar, permainan komputer game,pameran AADK, Pejabat Kesihatan, F1 dan hasil kerja tangan seni para pelajar turut mendapat perhatian semua yang hadir. Hari Kecerlangan Ko-kurikulum telah menjadi satu agenda yang sangat berjaya dengan kutipan mencapai >RM10 000. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Tahniah kepada Nurul Sharlina Abu Hassan yang telah terpilih sebagai Tokoh Kokurikulum 2009.


2 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada kepemimpinan Pengurusan KOKURIKULUM semoga gemilang 2010. Mantan Pengetua

GPBSMKKKB said...

Terima kasih kerana masih sudi menjenguk kat sini. Syukran!!!