Tuesday, August 4, 2009

Sekadar berkongsi berita

H1N1: Semua pelajar kena periksa suhu badan
Aug 4, 09 8:19pm
Kementerian Pelajaran mengarahkan semua pelajar di semua sekolah menjalankan pemeriksaan suhu badan sebelum bermula waktu sekolah bagi mencegah penularan wabak infuenza A(H1N1).Timbalan menteri berkenaan Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pemeriksaan itu akan mula dijalankan apabila sekolah dibekalkan dengan jangka suhu dan topeng muka dalam tempoh terdekat, lapor Bernama.Beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan RM3.6 juta untuk tujuan membeli termometer dan topeng muka."Setiap murid dan pelajar akan dimestikan menjalani pemeriksaan sebelum memasuki kelas dan kita akan pastikan suhu badan mereka tidak melebihi 37.5 darjah Celcius," beliau dipetik berkata selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan SK Sri Kenanga, Tampoi hari ini.

2 comments:

alangtrio said...

Alhamdulillah. Cuma bila agaknya tempoh terdekat tu? Harap harap tiada apa yang tidak diingini berlaku sebelum sampai tempoh tersebut.
Nampaknya cikgu cikgu tersayang terpaksa pula beraksi sebagai doktor. semuga Allah s.w.t membalas segala jasa guru guru atas segala usha yang dilakukan.
Berdoalah kita semua kehadratNya agar semua warga SMKKKB dijauhi dari segala wabak penyakit dan musibah.

Anonymous said...

The issue now is that pihak pejabat kesihatan macam tak ambil serius wabak ini. Sorang pelajar dah + tapi tak pulak dikuarantin...disuruh balik ke rumah, pulak tu naik bas sendiri2, mak bapa tak dtg ambil...tak serius kot H1N1 ni sampai 100 ke 200 orang kat KKB ni berjangkit baru nak ambil tindakan. KOT