Monday, April 20, 2009

SUMBANGAN KEPADA TSH KKB

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu kempen kutipan 50sen sehari dan berjaya mengumpulkan RM205.00 untuk disumbangkan kepada Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu. Majlis penyerahan cek telah disampaikan kepada Timbalan Pengetua taman tersebut semasa perhimpunan pagi hari ini. Dalam ucapannya beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatan warga SM3KB menjalankan kempen seperti ini. Walaupun sumbangannya nampak kecil tetapi besar erti kepada penghuni TSH yang senantiasa mengharapkan sokongan dan kerjasama pihak awam untuk memastikan kebajikan anak-anak di TSH terjaga dengan baik. Syabas kepada yang telah menyumbang dan kempen seperti ini patut diteruskan dari semasa ke semasa.

2 comments:

alangtrio said...

Assalamualaikum
tahniah kepada semua yang bertanggungjawab. di samping memberi ilmu akademik, nilai nilai murni seperti ini amatlah digalakkan.
Agaknya, di masa hadapan agar boleh dipanjangkan dengan cara membawa pelajar pelajar ini ke tempat tempat seperti rumah orang orang tua atau anak anak yatim ini untuk mereka berinteraksi dengan penghuni secara terus.

Anonymous said...

Panitia Sivik boleh buat...ada peruntukan...pengakap pun boleh juga kan kan kan