Friday, April 18, 2008

ZOOM IN bersama Kebudayaan

Aktiviti tahunan Kelab Kebudayaan, Kesenian & Warisan SM3KB akan mengadakan sekali lagi acara-acara persembahan pentas oleh ahli-ahli kelab ini dengan nama ZOOM IN bersama KEBUDAYAAN. Acara akan bermula jam 3.00 petang hari Rabu 23 April 2008. Oleh kerana acara ini agak ekskusif, bayaran masuk adalah RM1.00 seorang. Kaunter jualan tiker sudah dibuka dan tiket-tiket telah dijual seperti pisang goreng panas. Jangan lepaskan peluang menyaksikan rakan-rakan anda beraksi di pentas utama Dewan Bestari SM3KB.

2 comments:

alangtrio said...

Assalamualikum Tuan syed,

dalam beberapa majlis sekolah yang saya dapat bersama, saya sering melihat Tuan Syed bersama dengan videocam Tuan Syed. Ingin tahu, samada dapat ada kah visual terbeut akan dikongsikan dengan kami ibu bapa. Sekurang kurangnya, bagi kami yang anak anak berada di asrama, terubat sedikit rindu terhadap anak anak kami. Contohnya, malam kebudayaan ini, ada tak rancangan untuk dirakamkan dan di upload ke blog?

Kalau ingin sebarang bantuan dan kalau saya dapat membantu, sila hubungi saya di alang.ariff.register@gmail.com

Wassalam.

Anonymous said...

Saya berharap pihak sekolah dapat melibatkan ibu bapa dalam program ini