Monday, December 29, 2008

SALAM MAAL HIJRAH

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430 ... semoga SM3kb menjadi lebih cemerlang dan gemilang sepanjang tahun ini dengan pencapaian-pencapaian yang lebih memberangsangkan. Semangat kekitaan dalam melaksanakan kewajipan sebagai pendidik terus mantap dan erat. Semangat juang yang tinggi terus kukuh tersemat di sanubari para pelajar bagi melonjakkan kecemerlangan akademik dan kokuruikulum. SM3KB TERUS UNGGUL !!!

Saturday, December 27, 2008

KEPUTUSAN PMR 2008



Keputusan PMR bagi tahun 2008 telah diumumkan pada 30 Disember . Keputusannya .....
Peratus kelulusan - 86.80%
Gred Purata - 2.19
14 pelajar lulus A penuh
1. Naziratul Akma 9A
2. Nurfadilah 9A
3. Fahmi 9A
4. Ab. Zarin 9A
5. Mazhar Ab Lajis 8A
6. Hoh Yong Jun 8A
7. Ahmad Hatim 8A
8. Mohd Aiman 8A
9. Tengku Mohd Amirul 8A
10. Nur Fatin Syahadah 8A
11. Nur Fatin Syahirah 8A
12. Tan Yun Yin 8A
13. Darshini 7A
14. Tashwini 7A
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA !!! TAHNIAH KEPADA WARGA SM3KB !!!

Monday, December 22, 2008

2009 - bermula..


Mesyuarat Guru kali pertama untuk tahun 2009 sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat sekolah. Mesyuarat dipantau oleh wakil PPD Pn Yusma.
Moto SM3KB tahun 2009 - "SMK BESTARI CEMERLANG MENJELANG 2010"
Hari persekolahan ganti cuti perayaan:
Tahun Baru Cina - 17 Januari & 14 Februari 2009
Hari Raya Puasa - 11 April & 27 Jun 2009

Jumlah hari persekolahan 2009 - 210 hari
Jumlah hari cuti penggal - 78 hari
Jumlah 288 hari

MISI KURIKULUM : "Berusaha memastikan pengurusan Jk Kurikulum berkualiti, mewujudkan kerja berpasukan yang mantap dan dinamik, melahirkan pendidik yang berkualiti dan membentuk persekitran P&P yang kondusif"
MISI UNIT PENGURUSAN HEM :" Melahirkan Individu Pelajar Yang Berkeperibadian Unggul melalui Pengurusan Unit HEM yang berkualiti".
MISI KOKURIKULUM : "Melahirkan Pelajar Yang Serba Boleh, Cekap, Berkeyakinan dan Seimbang Dari Segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Interleknya."

Sunday, December 21, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU


€SIAPA ??? ... sila klik pada Pautan ALUMNI SM3KB untuk maklumat.

Saturday, December 6, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Kepada semua Muslimin Muslimat diiringkan ucapan SELAMAT HARI RAYA HAJI (Korban). Kepada sesiapa jua yang sedang mengerjakan ibadah Haji, diiringi doa semoga mendapat Haji Mabrur dan Selamat Kembali ke tanah air. Amin

Monday, December 1, 2008

AL-FATIHAH

Dukacita dimaklumkan bahawa mangsa tanah runtuh di Ulu Yam Allahyarham Nur Atriah bt Roslan adalah pelajar SM3KB dari Tingkatan 4 SIT. Warga Sm3KB ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga En Roslan Md Jani dan Pn Azizah bt Md Dom atas kehilangan 2 insan tersayang. Semoga roh kedua Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman. -Amin

Thursday, November 20, 2008

PERUBAHAN TARIKH MESYUARAT 2009

Walaupun semua guru telah mendapat edaran tentang perubahan tarikh-tarikh mesyuarat sesi persekolahan 2009, diturunkan juga di sini untuk rujukan dan peringatan, kalau-kalau terlupa.

22 Disember 2008 - Mesyuarat Guru 1/2009
23 Disember 2008 - Mesyuarat JK Kurikulum
30 Disember 2008 - Mesyuarat JK HEM
31 Disember 2008 - Mesyuarat JK Kokurikulum
4 Januari 2009 - Pendaftaran pelajar asrama (JK Asrama terlibat - tapi sebelum daripada itu kena mesyuarat dulu ?)
5 Januari 2009 - Persekolahan Tahun 2009 bermula dan pendaftaran pelajar tingkatan 1

Untuk makluman warga SM3KB, beberapa blog telah diwujudkan untuk sebaran maklumat pihak-pihak berkenaan. Antaranya...
1. http://www.pibgsm3kb.blogspot.com/ (PIBG)
2. http://www.asramasm3kb.blogspot.com/ (Asrama)
3. http://www.psksm3kb.blogspot.com/ (Pendidikan Sivik & Kewarnegaraan)
4. http://www.kbksm3kb.blogspot.com/ (Ketua Bidang Kemanusiaan)
5. http://www.alumnism3kb.blogspot.com/ (ALUMNI)
6. www.ceritarakyatmalaysia.blogspot.com (projek Pen Sivik Ting.1 - Koleksi cerita rakyat)

Harap maklum. Jika ada perubahan lain daripada ini minta maaf jika tidak diupdate.

Wednesday, November 19, 2008

HAI HAI BYE BYE


Tahun baru 2009 menjelang tiba. Seperti tahun-tahun lalu, kedatangan tahun baru akan menyaksikan muka-muka baru muncul di SM3KB dan ada juga muka-muka lama terpaksa meninggalkan SM3KB untuk berkhidmat di tempat lain. Warga SM3KB ingin mengucapkan SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU kepada :
Cikgu Adilah bt Adran, Cikgu Afidahsuzani bt Mohd Noh, Cikgu Norizan Ghani, Cikgu Nooraini Jusoh dan Cikgu Khairus Alias
Patah tumbuh hilang berganti ...tempat mereka diambil alih oleh beberapa orang guru baru yang akan bertugas di SM3KB. Mereka yang berkenaan adalah :
1. Cik Juliana bt Yahaya
2. Cik Hafizha bt Md Nasir
3. Cik Wong Hong Ying
4. En.Mohd Rafizi bin Rafie
5. En Sulaiman bin Mukhtar
6. Pn.Nurizah bt Mohamed Anwar
7. Pn Azma Shakirah bt Mohd Fauzi
8. Pn Mawarni bt Mohd Aman
9. Pn Qamariah bt Mohd Sood
10. Pn.Nurhazlina Syakirin bt Ramli
11. Pn Rafizah bt Abdullah

Sunday, November 16, 2008

KURSUS KOMUNITI DI SM3KB


Satu kursus Pengenalan Asas Komputer telah berlangsung di Makmal Bestari SM3KB hari Ahad ini 15 November 2008 bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Kursus ini adalah anjuran Jawatankuasa Kemajuan Kampung KKB dengan kerjasama SM3KB. Kursus dihadiri oleh Pengerusi & JK JKKK yang telah diundang khas bagi menambah ilmu dan kemahiran menggunakan komputer.

Wednesday, November 12, 2008

SELAMAT MENDUDUKI SPM & STPM

Kepada semua calon-calon SPM & STPM khususnya putera puteri SM3KB, kami para guru, staf sokongan & ibubapa mendokan kejayaan anda semua dalam peperiksaan tahun 2008. Semoga anda mampu menjawab soalan dengan tenang dan keluar sebagai SM3KBian yang gemilang.

Sunday, November 9, 2008

MESYUARAT & BENGKEL 5 BINTANG


Unit (CT & Pembestarian SM3KB dengan kerjasama PIBG telah berjaya menganjurkan satu Mesyuarat & Bengkel Pengurusan Perubahan Sekolah Bestari : Ke Arah Mencapai 5 Bintang 2008 pada hari Sabtu bertarikh 8 November 2008 bertempat di Genting International Convention Centre (GICC) Genting Highlands. Program bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Turut hadir dalam program itu 5 waki PIBG antaranya Naib YDP PIBG En.Vincent Teh, Pn.Salmah Wahid dan Pn Tan Gee Looi. Program ini melibatkan 25 orang guru termasuk pihak pengurusan sekolah dengan pihak BTPN mewakilkan En Abd Wahi bin Wahid (pengerusi PKG Hulu Selangor) bagi menjayakan program ini.
Model KASA BESTARI telah disampaikan oleh Pn Shahrizah Abdullah, Pen. Pengarah Sektor Pengurusan dan Pembangunan BTP telah berjaya memberi input terkini perkembangan sekolah bestari seluruh negara. Program ini telah mencapai matlamat dan tujuan penganjuran degan jayanya. Tindakan susulan dari resolusi mesyuarat & bengkel akan berterusan pada tahun 2009. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Saturday, October 25, 2008

KARNIVAL PERPADUAN KELAB RUKUN NEGARA

Karnival Perpaduan Kelab Rukun Negara peringkat Negeri Selangor 2008 telah berlangsung pada 25 Oktober 2008 bertempat di SM Teknik, Klang. Karnival anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrsi Nasional Negeri Selangor dengan kerjasama erat Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah dijalankan bermula jam 8.30 pagi dengan Senam Paduria dan diikuti pelbagai acara padang berupa pertandingan Futsal, Bola Jaring, Frisbee dan Sukan Rakyat seperti Konda-kondi, Baling slipar, Teng-teng, Batu Seremban, Congkak dan Sepak Raga bulatan. Pada sebelah petang dijalankan Pertandingan Pidato Kenegaraan sebelum majlis ucapan perasmian penutupan dan penyampaian hadiah. SM3KB telah mewakilkan 2 orang peserta pidato iaitu Teh Shuen Chyi dan Wong Oi Shen. Selain mendapat kawan baru dan pengalaman baru, wakil kita Teh Sheun Chyi telah berjaya mengalahkan 3 orang peserta Melayu yang lain dan berjaya mendapat tempat kedua dalam karnival ini dengan membawa pulang sijil penyertaan dan wang tunai RM270.00.Syabas dan tahniah!

Tuesday, October 14, 2008

TAKZIAH

AL-FATIHAH
Dukacita dimaklumkan bahawa Tn Hj Manap bin Jarkasi (Pengetua Kanan SM3KB) telah kehilangan anak perempuan kesayanganya Allahyarhamah Nurul Hidayah bt Siti Aisyah pada hari Sabtu 11 Syawal 1429 Hijrah bersamaan 11 Oktober 2008. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman. -Amin

Monday, October 13, 2008

SELAMAT MENDUDUKI PMR

Kepada semua calon-calon PMR 2008, warga SM3KB mengucapkan Selamat Menduduki PMR semoga beroleh kejayaan cemerlang seperti yang diharapkan ibubapa, guru dan kekawan semua. AMIN!

Tuesday, October 7, 2008

MAJLIS SEMPENA PMR,SPM &STPM

Dua majlis yang berasingan akan dilangsungkan pada 9 Oktober 2008 Hari Khamis sempena meraikan calon-calon PMR, SPM dan STPM sekolah ini.
Pada sebelah pagi bermula jam 8.00 pagi Majlis Restu Ilmu akan dijalankan di Dewan sekolah khusus untuk calon-calon PMR yang akan menduduki peperiksaan pada 13-17 Oktober 2008. Sementara itu pada hari dan tarikh yang sama, selepas solat maghrib, majlis bacaan Yassin dan solat hajat akan berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimah KKB. Semua pelajar Islam, ibubapa dan warga SM3KB dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut sambil menunjukkan sokongan kepada calon-calon peperiksaan tahun 2008 semoga beroleh kejayaan cemerlang seperti yang diharapkan, InsyaAllah.