Tuesday, October 7, 2008

MAJLIS SEMPENA PMR,SPM &STPM

Dua majlis yang berasingan akan dilangsungkan pada 9 Oktober 2008 Hari Khamis sempena meraikan calon-calon PMR, SPM dan STPM sekolah ini.
Pada sebelah pagi bermula jam 8.00 pagi Majlis Restu Ilmu akan dijalankan di Dewan sekolah khusus untuk calon-calon PMR yang akan menduduki peperiksaan pada 13-17 Oktober 2008. Sementara itu pada hari dan tarikh yang sama, selepas solat maghrib, majlis bacaan Yassin dan solat hajat akan berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimah KKB. Semua pelajar Islam, ibubapa dan warga SM3KB dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut sambil menunjukkan sokongan kepada calon-calon peperiksaan tahun 2008 semoga beroleh kejayaan cemerlang seperti yang diharapkan, InsyaAllah.

1 comment:

Habshah said...

Assalammualaikum,

Di sini saya Habshah bt Abdul Kudus dan suami Nor Paizin bin Ibrahim mengucapkan takziah kepada Pengetua SMK KKB, Tn Hj Manap Jakarsi atas kehilangan anak yang disayangi Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang dirahmati Allah.
Sekian

13 Oktober 2008