Tuesday, July 10, 2012

AL-FATIHAH


                                       SYED ADHAR BIN SYED ZIN - 15.07.1956 - 10.07.2012
Berita sedih diterima seawal 8 pagi tentang kemalangan yang berlaku di Kuala Kubu Road yang melibatkan seorang lagi staf SM3KB kembali ke rahmatullah. Arwah Syed Adhar Syed Zin adalah pembantu makmal sekolah yang telah berkhidmat lebih daripada 20 tahun di SM3KB. Berita kematian arwah adalah satu kejutan kepada semua yang mengenalinya dan jenazah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kerling selepas zohor. Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Innalilahi wainailahirojiuun. Amin.

No comments: