Saturday, June 23, 2012

Hi-Tea di Genting...





Jumaat,22 Jun 2012 - Majlis Hi-Tea bagi meraikan guru-guru yang telah berpindah sejak sekolah dibuka semula awal Jun ini telah berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands. Guru-guru yang dimaksudkan ialah Cikgu Mohd Jaiferi Ismail, Cikgu Sopiah Omar Ali dan kaunslor Norhayati bt Mohd Yusof. Alhamdulillah ketiga-tiga yang diraikan hadir memeriahkan majlis yang diadakan khusus untuk mereka.  Seramai 40 orang guru, ada setengahnya bersama keluarga, menampakkan wajah gembira menikmati hidangan yang disediakan. Majlis bermula tepat jam 3.30 ptg dengan ucapan aluan Pengerus KeStaf. Doa telah dibacakan oleh Us Yusry dari Darul Quran sebelum acara makan2 bermula. Sambil menjamu selera, ucapan2 seterusnya disampaikan oleh Pengetua dan guru2 yang diraikan, diselang seli dengan cabutan nombor bertuah. Penyampaian hadiah kenangan kepada mereka telah disampaikan sebelum majlis berakhir pada 5.30 ptg. Semua yang hadir mendapat buah tangan (sesuai untuk menghabiskan semua hidangan yang ada), 7 hamper telah berjaya dimenangi dan hadiah cabutan bertuah paling berharga berupa baucer penginapan di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands telah dimenangi oleh Cikgu Rozlinna Ishak. Terima kasih kepada semua staf yang memberi sokongan bagi menjayakan Hi-Tea ini dan kepada guru-guru yang telah meninggalkan SM3KB diucapkan Selamat Bertugas dengan penuh dedikasi dan semangat yang tinggi di sekolah baru.

No comments: