Friday, August 26, 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

Jumaat,26.8.11 - sedang berlangsung di Dewan Gemilang Asrama SM3KB. Majlis akan dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, Tn Hj Khalid bin Hj Jaafar. Majlis ini disertai oleh pelajar dari tingkatan4 & 5 menyaksikan penyampaian anurgerah kecemerlangan kokurikulum kepada 24 orang pelajar, Kelab Bukan Akademik Terbaik digondol bersama oleh Kelab Robotik, Kelab Formula 1, Kelab Koir dan Kelab Sayangi Guru & Sekolah. Kategori Kelab Sukan & Permainan terbaik disandang oleh Kelab Bola Sepak sementara Kategori Unit Uniform Terbaik dibolot oleh Pengakap. Anugerah Khas Guru diberikan kepada 10 orang guru pilihan. Lebih menarik ialah anugerah pelajar harapan disandang oleh NurHumaira Ramdzan (2Bios) dan Abu Zulkornain Abu Samah (3 Siber) sementara anugerah pelajar gemilang jatuh kepada Wong Oi Sin (5 Siber) dan Muhammad NurHakimi Mohd Falahurradzi (5 Digital).
Pada waktu dan hari yang sama satu lagi program sedang berlangsung di surau sekolah iaitu Majlis Khatam Al-Quran 1432 H yang disertai oleh semua pelajar Islam Ting 1 & 2.

1 comment:

pengetua said...

TAHNIAH UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT