Saturday, January 22, 2011

PROGRAM HARAPAN UNGGUL PMR 2011

22.1.11 - Sabtu - Program Harapan Unggul PMR akan berlansung pada pagi hari ini bermula jam 8 pagi. Program ini bertujuan antara lain untuk meningkatkan peratus kuantiti dan kualiti PMR sekolah selaras status Sekolah Bestari Perdana. Program ini juga turut diharapakan dapat mengekalkan kecemerlangan pelajar yang berpotensi cemerlang di peringkat PMR. Bagi memastikan pelajar boleh mencapai 'Staright As" dalam PMR dengan mengembelingkan kerjasama guru, ibubapa dan masyarakat. Impak daripada program ini, SM3KB akan berada di kelompok Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2014. Program ini melibatkan 45 orang pelajar dari pelbagai kaum berserta ibubapa masing-masing yang akan didedahkan kepada satu slot motivasi oleh En Abu Mansor bin Sathri, pakar motivasi peringkat kebangsaan dengan tajuk "MOTIVASI DIRI KEUNGGULAN PERIBADI". Turut hadi bagi menyerikan program pagi ini ialah YDP PIBG DSP Bakhtiar bin Rashid yang akan menyampaikan Watikah Calon Harapan Unggul PMR 2011.

1 comment:

WebMaster said...

Dah sakit tu bersaralah. Pergi masjid lagi naik