Friday, February 5, 2010

KEJOHANAN MERENTAS DESA

Jumaat, 5 Februari 2010
Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah sedang dijalankan hari ini. Bermula jam 8.00 pagi, selepas kehadiran pelajar dicatat, sesi meregangkan otot dipimpin oleh guru pelatih upsi. Sambutan hebat dari guru dan pelajar tidak dapat dinafikan lagi mengambarkan keriangan dan kecerian dalam temasya tahun ini. Peserta memulakan larian dengan kumpulan pertama dilepaskan oleh Pn Pengetua pada jam 9.00 pagi. Tidak sampai 45 minit kemudian peserta pertama telah sampai ke garisan penamat. Acara penutup disempurnakan oleh DSP Bakthiar selaku YDP PIBG sekolah. Acara tamat tepat jam 12.00 tengahari. JK penganjur ini merakamkan ucapan tahniah kepada pemenang dan ucapan terima kasih kepada PDRM (bahagian trafik) kerana membantu pihak sekolah mengawas lalulintas semasa temasya ini berlangsung. Tidak ketinggalan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayankan temasya merentas desa tahun 2010. Temasya tahun ini disiarkan secara langsung via broadcast justin.tv (Untuk aktiviti-aktiviti lain yang berlangsung di sekolah ini boleh ditonton dengan klik pada TV di ruangan 'tonton live')Lagi banyak gambar di http://gpbbea5061.fotopages.com/

No comments: