Saturday, February 2, 2008

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 34

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34 akan dilangsungkan pada 23 Febuari 2008. Mesyuarat kali ini dijangka akan diadakan di Auditorium Pusat Latihan Bomba Malaysia KKB agar ibubapa yang akan menghadiri mesyuarat tahun ini lebih selesa dan dapat memberi perhatian kepada perjalanan mesyuarat. Surat-surat panggilan ke mesyuarat akan diedarkan dalam masa terdekat.Diharap semua ibubapa sedia maklum.

4 comments:

Anonymous said...

Terimak kaseh kepada sekolah dan pibg kerana berjaya menganjurkan mesyuarat. Beberapa komen untuk masa hadapan:
Pastikan tiada kanak kanak dibenarkan masuk kedalam bilik mesyuarat kerana ianya mengganggu perjalanan mesyuarat. Sekiranya peserta berkeras untuk membawa masuk, mereka hendaklah memastikan anak anak mereka tidak membuat bising .
Jangan terlalu mengejar masa sehingga membuat ahli tidak selesa bercakap. Ini adalah hari di mana ahli ahli berpeluang menyuarakan apa jua yang dikehendakki. sekiranya masa menjadi faktor, pastikan ucapan ucapan yang dibuat tidak meleret (sediakan teks ucapan dan ikut). Peluang ahli untuk bercakap, samada dalam bentuk usul pandangan atau apa sahaja yang terbuku adalah lebih penting dari bebelan peribadi yang tidak kena mengena dengan perjalanan mesyuarat.

Anonymous said...

Tahniah diatas kelancaran perjalanan Mesyuarat Agung kali 34 SMKKKB. Pohon dimaklumkan melalui Blog ini Senarai Jawatankuasa Ibu Bapa dan Guru (nama dan no telefon dan alamat emel) untuk kami hubungi.

Anonymous said...

Tahniah diatas kelancaran perjalanan Mesyuarat Agung kali 34 SMKKKB. Pohon dimaklumkan melalui Blog ini Senarai Jawatankuasa Ibu Bapa dan Guru (nama dan no telefon dan alamat emel) untuk kami hubungi.

Vince said...

Dear Tn Hj.Zanhuri B Mohd Ali(Yang Di Pertua PIBG 2007/2008) "Big Thank You & Appreciate for all your kind efforts and contribution to SMKKKB through out all the years.To us you are the great leader and shall be in our memory forever."Happy Retirement & always in good health.
For new PIBG Office Bearer,Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Ibubapa Dan Guru-Guru bagi tahun 2008/2009 yang dilantik semasa Mesyuarat Agung Kali Ke-34. Harap semua AJK yang dilantik berkerja dengan lebih gigih lagi demi kepentingan sekolah "SMKKKB PERDANA BESTARI" dan anak-anak kita.Sekian.