Thursday, July 19, 2007

PROGRAM KEM REMAJA RABBANI

Program ini akan diadakan di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. Program anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama Bidang Kemanusiaan ini adalah khusus untuk pelajar Islam tingkatan 5 & 6 Atas bermula hari Jumaat 20hb Julai hingga hari Ahad 22 Julai 2007. Program ini akan dikendalikan oleh PUSAT PEMANTAPAN AKADEMIK & SAKSIAH ISLAM (PAKSI). Semua ibubapa pelajar terlibat turut dijemput hadir pada hari Ahad 210707 jam 9.00 pagi untuk bersama mengikuti slot MOTIVASI KELUARGA sebelum membawa anak-anak masing-masing pulang ke rumah. Semoga usaha ini dapat menyuntik semangat dan siapsiaga pelajar menghadapi peperiksaan SPM & STPM yang akan menjelang tiba.

2 comments:

kitolkl said...

Tahniah, semoga program yang dirancang berlangsung dengan jaya dan memberi impak kepada anak didik demi masa depan mereka.

Kucaksmmx said...

huhu... program yang ok, tapi... kaedah penyampaian yang tak berkesan, harap di perbaiki lagi di masa akan datang